Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda di Restoran Rebung Chef Ismail

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Satu lagi lokasi berbuka puasa yang bagi aku makanannya sangat sedap dan 'kena' dengan selera aku adalah di Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Kalau sebut sahaja Chef Ismail, pasti ramai yang kenal dan tau tentang reputasi chef selebriti ini.  Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan ke majlis preview buffet berbuka puasa di Restoran Rebung Chef Ismail

SELERA WARISAN BONDA BY CHEF ISMAIL


Restoran Rebung pada tahun ini menyambut Ramadhan dengan bertemakan Selera Warisan Bonda by Chef Ismail. Tema ini akan mereka persembahkan dengan memperbanyakkan hidangan-hidangan warisan yang hampir ditelan zaman dek arus pemodenan yang kian pesat.

Restoran Rebung merupakan perniagaan bersama di antara Selebriti Chef Malaysia, Dato' Chef Haji Ismail Ahmad dan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri. Istimewanya di Restoran Rebung, setiap resepi masakan telah dilhamkan sendiri oleh Chef Ismail iaitu salah seorang pemilik Restoran Rebung ini.

LEBIH 100 PILIHAN MAKANAN



Lebih daripada 100 jenis pilihan hidangan makanan dan juga pelbagai jenis pilihan minuman. Kebanyakan hidangan makanan disiniberunsurkan masakan tradisional masyarakat Melayu, Di restoran Rebung, selain hidangan makanan berkonsepkan masyarakat Melayu, teratak ini juga menggunakan hiasan dan dekorasi berkonsepkan khazanah Melayu Asli, baik dari segi hiasan dalaman dan luaran hiasan gambar dan juga tanaman yang segar.


Istimewanya pada tahun ini, Restoran Rebung menyajikan hidangan sentuhan Pantai Timur. Antara hidangan sentuhan Pantai Timur seperti Nasi Kerabu Kelantan, Laksam, Ayam Percik, Ikan Percik serta beberapa jenis kuih-muih yang berasal dari Pantai Timur seperti, Kuih Lompat Tikam, Kuih Serabai, Kuih Belebat Ubi, dan sebagainya. 




Untuk anda yang ingin mencuba makanan lain, anda juga boleh mencuba hidangan wajib seperti, Masak Lemak Rebung dan Perut, Daging Salai Masak Lemak, Asam Pedas Daging Tetel, Gulai Tempoyak Ikan Patin, dan sebagainya. Sempena Ramadhan ini, tidak ketinggalan juga kami menyajikan juadah istimewa Ramadhan jaitu Murtabak, Gulai Kawah dan sebagainya. 



Untuk pilihan air pula, terdapat pelbagai pilihan seperti, air balang pelbagai perisa, kopi O kampung, Teh O panas, Laicikang, Cendol dan lain-lain lagi. 



Terdapat beberapa "Action Stall" disediakan. Gerai-gerai in akan menjalankan pembuatan dan penyediaan makanan secara langsung dan dihidangkan secara terus dalam keadaan masih panas ke atas pinggan hidangan. Antara makanan yang disediakan secara langsung adalah, menebar Murtabak, membuat Roti Jala, menguli Onde-onde, memanggang Ikan Bakar, dan beberapa jenis makanan lain lagi.


PERSEMBAHAN MENARIK DI BULAN RAMADHAN

Sepanjang operasi Restoran Rebung di bulan Ramadhan, selain disajikan dengan makanan yang sedap dan harga yang berbaloi, pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan Ghazal yang dibawakan khas untuk semua pelanggan yang menjamu selera di Restoran Rebung. Persembahan irama Ghazal ini akan dipersembahkan oleh Kumpulan Orkes Melayu Rojer.

BUNGKUS DAN BAWA PULANG

Sekiranya anda ingin membeli juadah berbuka puasa, Restoran Rebung juga telah menyediakan perkhidmatan "PICK & PAY". Anda hanya perlu datang ke Restoran Rebung, memesan juadah pilihan, membayar harga juadah yang dipesan dan terus boleh dibawa pulang ke rumah masing-masing. Masa yang kami tetapkan untuk perkhidmatan "PICK & PAY" ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang sahaja.



PRODUK EKSLUSIF RESTORAN REBUNG

Selain menjamu selera, anda juga boleh mendapatkan beberapa produk ekslusif dari Restoran Rebung Chef Ismail. Di sini, terdapat beberapa produk keluaran Restoran Rebung sendiri seperti, Acar Buah resepi asli daripada Chef Ismail yang berharga RM20.00 sahaja untuk sebotol yang mengandungi berat bersih sebanyak 350gram. Selain itu, Restoran Rebung juga menjual dan menerima tempahan untuk beberapa produk Hari Raya sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan buffet ramadan, anda boleh hubungi dengan wakil Restoran Rebung Chef Ismail. 

Alamat: 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50430, Kuala Lumpur
Nombor Telefon Restoran: +603-2276 3535 / +603-2276 2525
Khidmat Katering: Muhd Hafis (4017-778 7895), Nurul Jannah Jaapar (+6011-33201245)
Email: restoranrebungchefismail@gmail.com
Facebook: Restoran Rebung Chef Ismail

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!