McDonald’s Malaysia Melancarkan Lintasan Pejalan Kaki “Fries” Yang Ikonik di Ibu Kota Kuala Lumpur

Aerill Hassan
7
Assalamualaikum dan salam sejahtera



McDonald’s Malaysia Melancarkan Lintasan Pejalan Kaki “Fries” Yang Ikonik di Ibu Kota Kuala Lumpur

Sebut sahaja nama McDonald’s mesti ramai yang tahu dan pernah makan di sini. McDonald’s bukan sahaja menjadi tempat kegemaran untuk makan tetapi juga menjadi tempat pertemuan, bersuka ria, lepak dan pelbagai lagi. Aku sendiri sewaktu zaman belajar, sangat kerap lepak dan kadang-kala belajar secara berkumpulan di sini.

Baiklah kali ini aku nak kongsikan satu kejutan dan inisiatif terbaru oleh pihak McDonald’s Malaysia yang aku rasa mereka yang suka bergambar, aktif di mana-mana media sosial pasti akan suka!!

LINTASAN PEJALAN KAKI “FRIES” McDONALD’S


Pada 15 Mac 2022 yang lalu, McDonald’s Malaysia melakar sejarah ibu kota Kuala Lumpur dengan menjadikan ilustrasi kentang gorengnya - “McDonald’s French Fries” - yang terkenal di seluruh dunia sebagai lintasan pejalan kaki sekaligus mencipta lokasi ikonik baru untuk pengguna-pengguna media sosial bergambar di kota raya ini. Usaha ini bertujuan untuk mencetus keterujaan di kalangan rakyat Malaysia dan menjadi destinasi wajib dilawati buat pengunjung tempatan dan luar negara.


Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan serta YBhg. Dato’ Azmir Jaafar Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, di McDonald’s Bukit Bintang.

“Kami berharap penukaran lintasan pejalan kaki Bukit Bintang kepada Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini akan membantu memperkukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai lokasi wajib dilawati oleh pelancong tempatan dan luar negara. Melalui inisiatif ini kami sangat berbesar hati dapat menyokong rancangan kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar raya yang makmur menjelang 2030,” kata YBhg. Dato’ Azmir Jaafar Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s seiring dengan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dalam menggalakkan pembangunan lestari bandar raya ini melibatkan aspek fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar yang akan menjadikan Kuala Lumpur lebih makmur menjelang 2030.

“Kami telah meningkat maju bersama-sama rakyat Malaysia sejak 40 tahun lalu dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Kuala Lumpur dan Malaysia secara keseluruhan. Di samping menghidangkan detik-detik kegembiraan, kami juga menganjurkan program komuniti dengan kerjasama Ronald McDonald House Charities (RMHC) sebagai salah satu cara untuk membantu komuniti-komuniti di mana kami berada,” tambah Azmir.


“Selain dari itu, Kementerian dan Dewan Bandar Raya juga percaya ia akan memacu perkembangan ekonomi Kuala Lumpur. Inisiatif McDonald’s ini juga merupakan sebahagian dari pelan pembangunan fizikal dalam wawasan kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang makmur menjelang 2030,” tambah Shahidan.


“Kami bersyukur dan amat berbesar hati dengan inisiatif McDonald’s Malaysia yang tampil ke hadapan dan bekerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bagi menambah nilai lintasan pejalan kaki Bukit Bintang dengan kreativiti dan menjadikannya simbol ikonik bandar raya – Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s,” kata YB Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.

Menarik bukan Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini? Aku sendiri bersama rakan-rakan blogger, influencer dan artis turut berpeluang berada dan sempat bergambar di lintasan ini. Untuk pengetahuan anda, lokasi ini cukup bersejarah bagi McDonald’s sendiri kerana McDonald’s Bukit Bintang merupakan restoran pertama di Malaysia yang dibuka 40 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1982. Sangat ikonik!



McDonald’s terus komited dalam menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara seperti yang telah diumumkan dalam 5 tahun perancangan pengembangan perniagaan mereka awal bulan ini. Sebagai sebahagian dari Wawasan 2026 mereka, McDonald’s Malaysia akan melabur sebanyak RM1.35 bilion sepanjang 5 tahun akan datang untuk membuka 205 restoran baharu termasuk memberi peluang kerjaya kepada lebih daripada 50,000 rakyat Malaysia menjelang tahun 2026.

Pada April 1982, McDonald’s membuka restoran pertamanya di Malaysia di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan sejak itu telah berkembang ke serata Malaysia. Setelah 40 tahun berada di Malaysia, McDonald’s kini mempunyai 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 300 restorannya di serata negara. McDonald’s menggaji lebih daripada 15,000 rakyat Malaysia di restoran-restorannya di seluruh negara yang memberikan peluang kerjaya, latihan serta pembangunan.


Dengan pelancaran Lintasan Pejalan Kaki “Fries” McDonald’s ini, aku pasti jenama McDonald’s akan terus kukuh dan kuat manakala warga kota, pelancong pula pasti tidak akan lepaskan peluang untuk bergambar dan mungkin membuat video di sini. Memang cantik dengan berlatarbelakangkan bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk, pasti gambar dan video anda cantik!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang McDonald’s Malaysia, sila lawati laman web rasmi di https://www.mcdonalds.com.my/

إرسال تعليق

7تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Bagus! Kawan2 saya selalu pergi ambil gambar di MCD Dan upload Instagram. Kawan saya and saya dah Gila makan MCD. Hehe

    ردحذف
  2. Cantik la Mekdi nie. Nanti lintasan ini akan jadi macam Shibuya Crossing, famous betul dah.

    ردحذف
  3. Ohh wowo...I was at Bukit Bintang KL last weekend & I miss this fries walk, else I would enjoy my OOTD shots la...sayangnya...gonna dropping by next time lo...cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
  4. cantikla lintasan ni. suka tgk.. boleh jd tarikan org luar juga.. tgk trs rasa nak makan mekdi hehe

    ردحذف
  5. Another iconic attraction added to this busy street! Love it ya, gonna go and take many2 photo there too, maybe on my next weekend 👍

    ردحذف
  6. Waaa nicenya... meriah lerr jalan BB tu yaa. dari jauh nengok dah lapar hahahaha kreatif sungguh...

    ردحذف
  7. Wow nice! i was in bukit bintang over the weekend and spotted this crossing also.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!