McDonald’s Malaysia Rasmi Restoran Pandu-Lalu Tampin, Rancakkan Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Sembilan

Aerill Hassan
0



McDonald’s Malaysia pada 8 Mac yang lalu telah meraikan pembukaan rasmi rangkaian restoran di Tampin, Negeri Sembilan. Selaras dengan inisiatif Kerajaan dalam mentransformasikan Negeri Sembilan ke negeri membangun, McDonald’s menyasarkan untuk menyumbang kepada inisiatif Kerajaan negeri ini dengan pembangunan sosio ekonomi negeri dan menawarkan peluang pekerjaan untuk komuniti setempat khususnya di Tampin melalui pembukaan Restoran McDonald’s di Tampin ini. 


Alhamdulillah, baru-baru ini aku turut berpeluang untuk melihat sendiri majlis pembukaan rasmi restoran McDonald Pandu Lalu Tampin ini selain dapat melihat betapa cantik dan meriahnya majlis ini yang dihadiri tetamu kenamaan.




LOKASI KE 15 DI NEGERI SEMBILAN DENGAN LOKASI STRATEGIK


Untuk pengetahuan anda, restoran ini merupakan restoran ke-15 dibuka di Negeri Sembilan, dengan lokasi yang strategik berdekatan dengan sempadan negeri Melaka-Negeri Sembilan membolehkan aksesibiliti yang mudah bagi pelanggan dari pelbagai kawasan.  


Lebih menarik, bangunan asal Restoran McDonald’s Tampin ini merupakan Rumah Rehat Tampin dan telah diambil alih oleh McDonald’s Malaysia bagi membuka restoran McDonald’s.  Restoran ini juga restoran pertama yang mempunyai rekabentuk yang unik berinspirasikan bumbung panjang yang sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan.



Menurut McDonald’s Malaysia, sejak dibuka pada penghujung tahun 2020, restoran ini telah berjaya mencapai jualan yang memberangsangkan, satu angka yang amat membanggakan bagi sebuah restoran yg masih muda.  


Majlis pembukaan rasmi ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.  



Menurut YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan,“Sokongan dan kerjasama syarikat-syarikat korporat seperti McDonald’s, bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri tetapi juga dapat merangsang peluang-peluang pembangunan kerjaya kepada golongan muda di negeri ini.


“Saya amat berbangga dengan pembukaan restoran baharu McDonald’s ini memandangkan ia adalah salah satu dari usaha Kerajaan untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan menuju ke arah transformasi Negeri Sembilan sebagai negeri membangun,” katanya lagi.  



Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata perasmian Restoran McDonald’s Tampin ini adalah selaras dengan pelan pembangunan McDonald’s Malaysia hasil dari peningkatan prestasi perniagaan McDonald’s Malaysia.  Ia bakal menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sembilan di samping peluang pekerjaan bagi komuniti setempat yang seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka.



BILIK TERAPI SENSORI RONALD MCDONALD – YAYASAN JAAFAR AHMAD


Selain dari reka bentuk yang unik, Restoran McDonald’s Tampin ini juga digandingkan dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald – Yayasan Jaafar Ahmad.  Bilik terapi sensori ini disediakan khas untuk kanak-kanak istimewa khususnya dari keluarga golongan B40 bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri mereka.  




Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM4 juta dan telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak.  



Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180 ribu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINs) bagi diedarkan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan. 


MAINs telah diwakili oleh Dato’ Dr Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.


SEKIAN


إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!