Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar buat semua rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, aku disini baik dan sihat sahaja. Baiklah, sebenarnya dah lama aku nak menulis artikel kali ini, tetapi ada beberapa kekangan. Pertama, ada job lain yang memerlukan aku untuk memberi fokus yang lebih, kemudian ada beberapa draft artikel client yang aku perlu siapkan. Yang paling aku rasa memberikan kesan adalah bilamana keyboard laptop aku rosak. Rosak pun atas kelakuan aku sendiri.
5,000,000
Tanggal 11 April 2022 yang lalu, pageview blog ini mencecah angka 5,000,000. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pembaca tak kira dari mana anda datang kerana sudi membaca artikel di dalam blog yang tidak seberapa ini. Terima kasih juga kepada rakan-rkan blogger yang bersama-sama masih lagi berusaha untuk memajukan industri blogging ini. Ya, blogging sudah tidak seperti dahulu.
Oh tak lupa juga pada mereka yang sudi berkerjasama dalam event, collaboration, paid article dan advertorial. Alhaldulillah, terima kasih atas rezeki yang dikongsikan untuk aku. In shaa Allah aku akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu tulisan aku dan juga kualiti pada blog ini.
BANGGA DENGAN 5 JUTA PAGEVIEW?
Alhamdulillah, untuk aku sendiri 5 juta itu bukan angka yang mudah untuk aku capai. Mungkin ramai blogger senior lain yang dah capai angka ini bertahun-tahun lalu, tapi untuk aku capai tahap ini adalah sangat sukar. Ya lah, berapa kerap sangatlah aku menulis dalam blog ini? Satu lagi, blog aku ini tiada satu niche yang fixed. Macam-macam jenuis artikel aku sumbat dan tulis sahaja.
Antara artikel yang banyak dilihat dalam blog ini sudah pastinya tentang review filem, travel, lirik lagu, review hotel, review makan dan beberapa lagi. Nampak tak, memang bercampur aduk ya. Maybe aku boleh dikategorikan sebagai lifestyle.
PERANCANGAN MASA DEPAN
Okay sebenarnya untuk blog ini aku masih tiada perancangan yang betul-betul tetap lagi. Cuma aku akan menulis seperti biasa dan in shaa Allah tidak akan meninggalkan blog ini selama 2 hari tanpa sebarang artikel baru.
Untuk yang terdekat ini, aku rasa macam nak tukar templat dan tema warna, sebab nampak buruk pada pandangan aku. Yang lain-lain, macam biasa, aku sedang melihat tutorial dan tips untuk meringankan blog dan menarik trafik lebih banyak tanpa tajuk yang sensasi.
Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang sudi membuka blog ini, membaca tak kisahlah mana-mana artikel pun. Jom kita lihat bila pula boleh capai 6 juta pageview?!
SEKIAN
tahniah pv cecah 5M
ردحذفTahniah! Akak tengah bertateh ke 700k pv sebab pindah platform dari wp ke blogger. Dulu juta lemon juga, akak start dari zero. hehehe. Teruskan menulis okay?
ردحذفtahniahhh
ردحذفTahniah
ردحذف