Absolut Bazar x Gaya Raya 2022 Dirasmikan Oleh YB Tan Sri Noh Omar

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Kemeriahan hari raya Aidilfitri tahun ini begitu dirasai apabila begitu banyak jualan raya diadakan di seluruh pelusuk negara. Sana-sini semua penuh sesak dengan kenderaan yang mencari lokasi untuk membeli belah sempena perayaan Aidilfitri kali ini.

Baiklah, tahniah diucapkan kepada My Events International, Absolut Event & Management dan MITEC atas penganjuran festival raya yang sangat meriah dengan kunjungan ratusan ribu rakyat Malaysia. 

PERASMIAN FESTIVAL ABSOLUT BAZAR X GAYA RAYA 2022 

Festival Gaya Raya KUSKOP bersama Absolut Bazaar x Gaya Raya telah dirasmikan di MITEC, Kuala Lumpur oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). 

YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar berkata, “Festival ini merupakan festival terbesar di Malaysia setakat ini. Sambungnya lagi, festival ini telah memberi ruang kepada usahawan-usahawan kecil dan sederhana untuk mempromosikan produk mereka kepada orang awam. 


Penganjuran festival ini sudah pasti akan menghidupkan semula kemeriahan riang ria raya setelah dua tahun disambut dalam suasana suram. Slogan festival ini, “Restart, Reboot, Refresh”, sangat bertepatan dengan situasi semasa di mana seluruh Keluarga Malaysia sudah pasti mendambakan kemeriahan menyambut Aidilfitri seperti sediakala.”

ABSOLUT BAZAR x GAYA RAYA 2022


Festival Absolut Bazaar x Gaya Raya 2022 yang bermula 22 April selama empat hari tanpa henti selama 66 jam yang diadakan di MITEC sini turut dianjurkan bersama My Events International  dan Absolut Event & Management.

My Events International juga akan meneruskan kerjasama dengan dua lagi rakan perniagaan untuk menganjurkan  jualan secara besar-besaran seperti Festival Gaya Raya pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Hema Kandy berkata, gabungan semangat kerjasama, kemahiran, pengalaman dan bidang masing-masing menjadi faktor utama  majlis tersebut berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

“Sebanyak 420 usahawan berkumpul untuk jualan mega di sini selama 66 jam dan ini adalah peluang untuk mereka menawarkan produk masing-masing dengan harga menarik memandangkan ia adalah minggu terakhir untuk persiapan hari raya.

“Meskipun ada juga jualan mega berlangsung di lokasi-lokasi utama di sekitar Lembah Klang, ia tidak menjejaskan jualan di sini kerana kami memiliki keunikan tersendiri,” katanya.

Antara matlamat Festival ini adalah: 

* Mempromosi produk para peniaga dan usahawan tempatan
* Meningkatkan kegiatan ekonomi pasca pandemik COVID-19 
* Memberi ruang dan peluang untuk berinteraksi bersama pengguna 
* Menggalakkan penyertaan usahawan sekaligus dapat menjana keuntungan berterusan
* Memberi platfom kepada usahawan-usahawan baru untuk berdaya saing 

Turut hadir Pengurus Besar Pembangunan MITEC, Winnee Lim; Pengasas Bersama Absolut Brands Sdn. Bhd. Nurali Nadzwan dan Sharifah Nadiyah Syed Fuad.


Winnee Lim menerangkan, kelebihan MITEC yang memiliki keluasan dan boleh menampung sehingga 100,000 pengunjung  dalam satu-satu masa menawarkan keselesaan dan penjarakan sosial yang bersesuaian untuk orang ramai membeli-belah bagi membuat persiapan hari raya.

Kemudahan yang lengkap seperti surau, tempat makan dan juga kawasan meletak kenderaan di sini juga memainkan peranan bagi meningkatkan keyakinan pengunjung ke sini.

Sementara itu, menurut Pengasas Bersama Absolut Brands Sdn. Bhd; Nurali Nadzwan dan Sharifah Nadiyah Syed Fuad, "Kami percaya, rezeki masing-masing pasti ada bagi yang berusaha. Kami telah melakukan rangka pemasaran dan melancarkannya. Penglibatan awal kami dalam menganjurkan Absolut Bazaar X Gaya Raya 2022 membuahkan hasil. Ini kerana seramai 450 vendor turut serta dari pelbagai jenama. Malah kami membawa selebriti-selebriti tanah air untuk sama-sama berniaga. Selebihnya bahagian promosi kami dari Absolut Event & Management sediakan. Perancangan awal amat penting. Dari situ, kami boleh promosi acara ini dengan pelbagai cara. Terima kasih kepada semua yang mempercayai kebolehan kami.”


Nurali turut menambah, penganjuran jualan selama 66 jam tanpa henti di sini memberi peluang kepada pengunjung untuk berada di MITEC sepanjang hari menunjukkan lokasi dan kemudahan di sini  bersesuaian untuk mereka bersama keluarga berkumpul menikmati makanan dan minuman untuk berbuka serta bersahur selain membeli-belah.

“Kami mahu kesepakatan kerjasama ini diteruskan pada jualan hari raya tahun depan atau jika ada permintaan kami mahu membawa konsep yang sama ke luar Lembah Klang,” ujarnya.


PENAMPILAN ARTIS HEBAT


Selebriti seperti Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza, Marsha Milan, Fasha Sandha, Aedy Asyraf, Shukri Yahya, Izzu Islam, Nelydia Senrose, Rozita Che Wan dan banyak lagi turut hadir memeriahkan lagi festival raya ini. Jenama-jenama besar seperti Jovian, Fiziwoo, Bulan Bintang dan Alha Alfa juga dapat ditemui di Absolut Bazaar x Gaya Raya ini. 


MENGENAI MY EVENT INTERNATIONAL

My Events International merupakan sebuah syarikat pengurusan acara yang berpengalaman selama 15 tahun. Syarikat ini mempunyai cawangan di 9 buah negara iaitu Saudi Arabia, Filipina, Nigeria, Pakistan, China, United Kingdom, India, Rwanda dan United Arab Emirates dan beribu pejabat di Malaysia. My Events International berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan terbaik dalam penganjuran ekspo, persidangan, anugerah dan pelbagai acara mengikut keperluan pelanggan. 

MENGENAI ABSOLUT EVENT & MANAGEMENT 

Absolut Event & Management merupakan jenama baharu yang dicipta dengan perluasan Absolut Chocolat. Absolut Chocolat telah menanam akarnya di tengah-tengah Lembah Klang dengan meletakkan keknya di kira-kira lebih 100 buah stesen minyak seperti Petronas, Shell dan Petron dalam usaha untuk lebih dekat dengan masyarakat. Absolut Event & Management sebelucanvm ini menjadi tuan rumah kepada pesta makanan terbesar iaitu Absolut Food Fest (Shah Alam). Walaupun ini kali pertama mereka sebagai penganjur, skala dan jumlah keluaran adalah satu kejayaan yang mutlak. 

MENGENAI MALAYSIA INTERNATIONAL TRADE & EXHIBITION CENTRE (MITEC) 

Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di dalam Bahasa Melayu adalah Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia. Ia sering disingkat sebagai MITEC, merupakan pusat perdagangan dan pameran terbesar Malaysia di pinggir bandar Segambut, Kuala Lumpur.

Dengan berlangsungnya festival raya kali ini yang begitu meriah, secara tak langsung turut membantu orang ramai untuk beraya dalam suasana yang lebih meriah berbanding dua tahun yang lalu. Dengar khabarnya selepas ini akan ada lagi festival jualan terbesar? Tak sabar nak berbelanja lagi!

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!