Kategori | 3 produk paling banyak dijual sepanjang Ramadan 2021 | 3 produk paling banyak dijual sepanjang Ramadan 2020 | 3 produk paling banyak dijual sepanjang Ramadan 2019 |
Barangan Runcit & Produk Haiwan Peliharaan | Detergen Pakaian | Detergen Pakaian | Sampul Raya |
| Sampul Raya | Keropok/Kerepek | Serbuk Keju |
| Ketupat Palas | Sampul Raya | Set Hadiah Kuih Raya |
Kelengkapan Rumah & Kediaman | Bekas Makanan | Kotak Simpanan Barang | Kotak Simpanan Barang |
| Bantal | Bekas Makanan | Straw Minuman Guna Semula |
| Kain | Ubat Nyamuk | Peralatan Membakar Kek/Kuih |
Peralatan Rumah | Pemproses Makanan | Pemproses Makanan | Pemerah Jus Mudah Alih |
| Penggoreng Udara | Pemerah Jus Mudah Alih | Pemproses Makanan |
| Pemerah Jus Mudah Alih | Periuk Nasi | Periuk Nasi |
Kesihatan & Kecantikan | Mask Muka | Mask Muka | Mask Muka |
| Krim BB dan foundation cair | Syampu | Syampu |
| Concealer | Produk untuk Bulu Kening | Produk untuk Bulu Kening |
Fesyen Muslim | Baju Kurung | Hijab | Baju Melayu |
| Kain Pelikat | Baju Melayu | Telekung |
| Baju Melayu | Blaus Wanita | Hijab |
Aksesori Muslim | Kerongsang | Sejadah | Tasbih |
| Sejadah | Tasbih | Kerongsang |
| Tag Hijab | Kerongsang | Sejadah |
Automotif | Injap Tayar | Rim Sukan | Pen Cat Tayar |
| Pen Cat Tayar | Pen Cat Tayar | Penutup Hab Pusat Roda |
| Nat Roda | Penutup Roda Rim Sukan | Nat Roda |
Rakyat Malaysia Beralih ke atas Talian untuk Dapatkan Keperluan Ramadan mereka
12 أبريل
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baju Kurung dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang Ramadan 2021
Kawalan pergerakan telah mengubah cara kami membeli-belah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Data bulan Ramadan Shopee dari tahun 2019 ke 2021 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah menjadi lebih intuitif apabila ia melibatkan pembelian atas talian.
Dengan kemajuan teknologi dan cara membeli-belah Ramadan yang telah menjadi lebih digital, Shopee menyaksikan lonjakan dalam carian untuk produk dari semua segmen di atas platform sepanjang bulan Ramadan bagi tempoh tiga tahun lepas.
Kata carian Baju Kurung telah dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang musim Ramadan pada tahun 2021. Ini menampakkan peningkatan sebanyak 433 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2020. Pada bulan Ramadan 2020, populariti kata carian tersebut meningkat sebanyak 265 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Bagi segmen kesihatan dan kecantikan, kata carian foundation telah dicari lebih dari 90,000 kali di Shopee, peningkatan yang ketara berbanding tahun 2019 di mana ia dicari kira-kira 28,000 kali. Pada tahun 2021, kata carian tersebut meningkat kepada lebih dari 197,000 kali. Ini menunjukkan ramai yang menyambut Ramadan membeli produk yang membantu meningkatkan penampilan mereka untuk sesi bergambar bersama keluarga semasa musim Raya.
Sementara itu, kata carian Kuih Raya meningkat kepada 253,603 kali sepanjang bulan Ramadan tahun lepas dari 58,331 kali pada tahun 2020 kerana Kuih Raya merupakan salah satu keperluan dalam rumah tangga rakyat Malaysia yang meraikan perayaan itu dan juga merupakan buah tangan yang diberikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.
Para pengguna juga mencari barangan automotif seperti topi keledar, minyak enjin, pengelap cermin kereta, penapis minyak dan lilin kereta di atas talian. Sebagai contoh, kata carian wiper telah dicari sebanyak 8,365 kali pada bulan Ramadan 2020 kerana kedai perkakasan dan alat ganti mempunyai waktu operasi yang terhad sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada bulan Ramadan tahun lepas, ia telah dicari lebih 27,000 kali.
Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia berkata bahawa kawalan pergerakan telah melatih rakyat Malaysia untuk membiasakan diri dengan e-dagang dan Shopee kini menjadi platform utama untuk dapatkan barangan keperluan Ramadan mereka yang dibeli di luar talian sebelum ini.
“Sebagai contoh, terdapat peningkatan dalam jualan untuk ketupat palas, krim BB dan concealer semasa bulan Ramadan pada tahun 2021. Produk-produk ini merupakan barangan popular yang dibeli oleh para pengguna di luar talian sebelum ini. Namun begitu, produk-produk tersebut menjadi barangan yang paling banyak dijual di atas talian dalam kategori produk mereka pada tahun lepas.”
Bagi 3 produk terlaris dari setiap kategori untuk tempoh tiga tahun yang lalu, Shopee telah kongsi yang berikut:
Dengan musim Ramadan yang kian menjelang, rakyat Malaysia boleh mendapatkan keperluan Ramadan mereka semasa kempen Ramadan Bersama Shopee dari 4 hingga 18 April 2022. Pengguna Shopee boleh menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM5, Tawaran Ramadan RM10 serta berpeluang memenangi sebuah Vespa Sprint S 150 melalui Hadiah Mingguan Motosikal sepanjang tempoh kempen tersebut.
Anda juga boleh dapatkan keperluan Ramadan anda di Shopee Mall daripada jenama-jenama seperti: Akemi, Celovis, Dessini, Dr. Cardin, Enfagrow, Gaabor, Garnier, Grafen, Honor, Infinix, Kiehl's, Kitchenz, Levi's, Logitech, Maserati, McDonald's, Mydin, MY Mentholatum, OPPO, Perfect Diary, PinkFlash, Polo Hill, Skechers, Tefal dan Vinda atau cari apa sahaja yang anda perlukan di https://shopee.com.my/m/ramadan-sale.
sekian
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.