Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar buat pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Tajaan Iftar Anak Yatin dan Asnaf Bersama Supercube yang berlangsung dengan meriah bertempat di Grand Oasis Hall, Seri Kembangan, Selangor.
Di majlis tersebut, seramai 200 anak yatim dan asnaf daripada Rumah Anak Yatim Baitul Ulfah, Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa dan Rumah Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia diraikan oleh pihak Supercube dengan juadah berbuka yang enak dan sungguh menyelerakan.
MAJLIS TAJAAN IFTAR ANAK YATIM & ASNAF BERSAMA SUPERCUBE
“Supercube sebagai satu platform beri peluang untuk orang ramai menjadi usahawan, bukan sahaja mendidik cara perniagaan tapi ingin juga menunjukkan jalan cara-cara yang boleh kita berkongsi kembali kepada masyarakat.
“Kiranya kali ini mereka berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan. Jadi, kami anjurkan majlis ini untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan Supercube memberi semula kepada masyarakat dengan menaja majlis iftar dan memberi duit raya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Supercube, Aizuddin Alif Yusof, majlis ini juga diadakan setelah dua kali Ramadan masyarakat berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik COVID-19.
“Program berbuka puasa bersama golongan asnaf dan anak-anak yatim ini juling kali kami adakan bersama para ejen Supercube. Kami sangat beruntung mempunyai ejen-ejen yang prihatin. Kita pun dah dua tahun hilang suasana macam ni. Jadi, kesempatan yang ada ini kami nak bahagiakan asnaf dan anak-anak yatim,” katanya.
MENGENAI SUPERCUBE
Menurut Hayfa, produk Supercube dilancarkan pada Disember 2020 manakala setahun sebelum ianya dijual secara kecil-kecilan sahaja. Supercube yang mempunyai lebih 26,000 ejen ini berkonsepkan perniagaan yang dijalankan tanpa modal. Melalui rangkaian tujuh jenis produk, Supercube sentiasa memperkenalkan produk baharu agar masyarakat berpeluang untuk menjana pendapatan.
Hafya juga menjelaskan bahawa mengikut data, hasil jualan Supercube adalah hampir RM 2,000,000 untuk sebulan. Target mereka pula adalah RM4,000,000 sebulan di mana mereka berjaya capai nilai ini pada tahun 2021.
"Cuma tak dapat kekalkan momentum kerana cabaran kilang tak dapat penuhi permintaan di kala pandemik COVID-19. Kini insya-Allah keadaan sudah kembali normal, kami bersedia dan mampu untuk pergi lebih jauh.
“Mengikut data tahun 2021 juga, jualan kami adalah RM 20.5 juta setahun. 60 peratus daripada Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Kami harap masyarakat di luar dua lokasi ini tidak melepaskan peluang yang bermanfaat ini."
Antara produk yang dikeluarkan oleh Supercube adalah Supercube Molasses Drink, Soothe Mist, Superbytes dan banyak lagi.
SUPERCUBE
Laman Web : https://supercube.my/
Facebook : https://www.facebook.com/supercube.hq
Instagram : https://www.instagram.com/supercube.hq/
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.