Supercube Raikan 200 Orang Anak Yatim dan Asnaf dalam Majlis Berbuka Puasa

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Tajaan Iftar Anak Yatin dan Asnaf Bersama Supercube yang berlangsung dengan meriah bertempat di Grand Oasis Hall, Seri Kembangan, Selangor

Di majlis tersebut, seramai 200 anak yatim dan asnaf daripada Rumah Anak Yatim Baitul Ulfah, Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa dan Rumah Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia  diraikan oleh pihak Supercube dengan juadah berbuka yang enak dan sungguh menyelerakan.

MAJLIS TAJAAN IFTAR ANAK YATIM & ASNAF BERSAMA SUPERCUBE


Pengasas Supercube, Hayfa Amira Ahmad Kamal, 35, berkata seramai 200 orang anak yatim diraikan atas rasa keprihatinan dan mahu berkongsi rezeki. 

“Supercube sebagai satu platform beri peluang untuk orang ramai menjadi usahawan, bukan sahaja mendidik cara perniagaan tapi ingin juga menunjukkan jalan cara-cara yang boleh kita berkongsi kembali kepada masyarakat. 

“Kiranya kali ini mereka berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan. Jadi, kami anjurkan majlis ini untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan Supercube memberi semula kepada masyarakat dengan menaja majlis iftar dan memberi duit raya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Supercube, Aizuddin Alif Yusof, majlis ini juga diadakan setelah dua kali Ramadan masyarakat berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik COVID-19.

“Program berbuka puasa bersama golongan asnaf dan anak-anak yatim ini juling kali kami adakan bersama para ejen Supercube. Kami sangat beruntung mempunyai ejen-ejen yang prihatin. Kita pun dah dua tahun hilang suasana macam ni. Jadi, kesempatan yang ada ini kami nak bahagiakan asnaf dan anak-anak yatim,” katanya.


Dalam majlis yang sama, pemberian duit raya buat anak-anak yatim dan asnaf ini turut diadakan. Memang seronok adik-adik ini menerima duit raya daripada pihak Supercube untuk tahun ini. Selain itu, majlis ini diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan selawat oleh kumpulan nasyid popular tanah air, UNIC.

MENGENAI SUPERCUBE


Menurut Hayfa, produk Supercube dilancarkan pada Disember 2020 manakala setahun sebelum ianya dijual secara kecil-kecilan sahaja. Supercube yang mempunyai lebih 26,000 ejen ini berkonsepkan perniagaan yang dijalankan tanpa modal. Melalui rangkaian tujuh jenis produk, Supercube sentiasa memperkenalkan produk baharu agar masyarakat berpeluang untuk menjana pendapatan. 

Hafya juga menjelaskan bahawa mengikut data, hasil jualan Supercube adalah hampir RM 2,000,000 untuk sebulan. Target mereka pula adalah RM4,000,000 sebulan di mana mereka berjaya capai nilai ini pada tahun 2021. 


"Cuma tak dapat kekalkan momentum kerana cabaran kilang tak dapat penuhi permintaan di kala pandemik COVID-19. Kini insya-Allah keadaan sudah kembali normal, kami bersedia dan mampu untuk pergi lebih jauh.

“Mengikut data tahun 2021 juga, jualan kami adalah RM 20.5 juta setahun. 60 peratus daripada Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Kami harap masyarakat di luar dua lokasi ini tidak melepaskan peluang yang bermanfaat ini."

Antara produk yang dikeluarkan oleh Supercube adalah Supercube Molasses Drink, Soothe Mist, Superbytes dan banyak lagi.


SUPERCUBE

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!