Wajib Cuba Lima Produk Terbaru LengQuas. Sedap & Terbaik!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan tentang produk terbaru yang aku rasa sangat berbaloi untuk dikongsikan. Baru-baru ini aku ada hebahkan diruangan sosial media tentang "Hari Terbuka LengQuas" yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 Mac 2022 yang lalu. Acara tersebut berlangsung dengan meriah bertempat di Dapur Setempat KOPETRO, Taman Bukit Serdang, Sri Kembangan Selangor.


Aku sendiri sempat singgah pada hari pertama dan melihat sendiri kemeriahan Hari Terbuka LengQuas di lokasi tersebut. Pada hari tersebut, pihak Kopetro dan LengQuas mengadakan pelbagai program seperti jualan produk LengQuas pada harga kilang dimana anda boleh beli banyak produk dengan banyak dan murah, juga makanan percuma dihidangkan buat para tetamu dan juga pendaftaran agen baharu untuk tetamu dan pengunjung yang ingin menjana pendapatan dengan menjual produk LengQuas. 





Pelancaran lima produk terbaharu dibawah jenama LengQuas turut diadakan pada hari tersebut. Bila melihat senarai produk yang baru dilancarkan, aku begitu teruja kerana produk yang tersenarai adalah sangat menarik. Jadi, apa lagi, sempatlah aku grab ke lima-lima produk baharu tersebut untuk dicuba di rumah. 

SENANG UNTUK DISEDIAKAN 


Okay, sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku mencuba produk LengQuas. Sebelum ini pun dah pernah cuba dan memang aku suka sebab cara penyediaannya sangat mudah. Kita hanya perlu panaskan sahaja produk LengQuas selama 5 minit sahaja dan terus siap untuk dihidangkan. Lebih menarik lagi produk yang dikeluarkan adalah sangat menarik dan bertepatan dengan citarasa rakyat Malaysia. 

LIMA PRODUK LENGQUAS TERBARU


Okay, sekarang tibalah masanya untuk aku ceritakan tentang lima produk terbaru daripada LengQuas. Lima produk tersebut adalah Ayam Pedas Korea, Puff Daging, Ikan Merah Kukus, Daging Perap Barbeku dan Ayam Cili Padi.

#1 AYAM PEDAS KOREA


Menu Ayam Pedas Korea merupakan antara produk terbaru yang aku teruja untuk cuba. Siapa je yang tak suka yaam pedas korea kan? Okay, dalam satu pek ni ada tiga ketul ayam dengan saiz sederhana. Ditambah dengan sos yang pedas dan bijian bijan, memang sedap. Panaskan hanya untuk beberapa minit sahaja, dan boleh makan. Macam aku, makan ayam pedas korea ini sahjaa tanpa nasi. Tapi kalau korang nak makan dengan nasi pun boleh.

#2 PUFF DAGING


Puff daging ini pun bagi aku menu yang menarik. Ala-ala Beef Wellington tetapi versi mudah disediakan. Sos dan sayuran juga turut disertakan sekali. Memang lengkaplah menunya. Saiz hidangan dalam pek ini juga bagi aku agak besar.


Memang kenyang dengan saiz hidangan besar macam ni. Dagingnya yang dibalut dengan puff pastri yang rapuh, memang menyelerakan. Bagi aku sesuai untuk anda yang menggemari makanan Barat. Oh ya, dagingnya juga lembut ya!

#3 IKAN MERAH KUKUS


Okay, menu seterusnya yang aku cuba adalah ikam merah kukus. Dalam pack bersaiz sederhana ini memang menyihatkan tanpa lemak dan minyak. Di dalamnya tersedia ikan merah dimasak dengan rempah yang sedap. Sesuai untuk dimakan oleh mereka yang inginkan diet tetapi masih mahu makan makanan yang sedap. 

#4 DAGING PERAP BARBEKU


Menu berikutnya adalah Daging Perap Barbeku. Okay, aku sememangnya suka makan daging perap. Kalau balik rumah ibubapa di Kedah, aku mesti akan beli daging dan seterusnya perap daging tersebut dan seterusnya dipanggang. Makan dengan salad, ala-ala Korea memang sedap. Eh melalut pulak.

Baiklah, daging perap barbeku ini rasanya sedap dan unik, dengan sos barbeku yang sedap. Daging yang disediakan juga tidak liat. Perapannya juga sangat sedap. 

#5 AYAM CILI PADI


Baiklah, menu terakhir yang aku cuba adalah Ayam Cili Padi. Menu ini bagi aku sangat dekat dengan selera orang Malaysia. Saiz hidangan yang sederhana, memang berbaloi sebenarnya. Aku suka dengan rasa kuahnya yang pedas cili padi. Walaubagaimanapun rasanya taklah pedas sangat. Bagi aku secukup rasa. 


Makan dengan nasi memang sangat sesuai. Jadi, aku rasa ini antara menu yang aku wajib ada terutamanya bulan puasa nanti sebab senang nak sediakan. Contoh macam untuk bersahur, hanya panaskan beberapa minit, kemudian dah siap untuk dihidangkan.

Kesimpulannya, kelima-lima produk terbaru LengQuas ini memang berbaloi. Dah boleh rasanya untuk aku beli banyak-banyak untuk dimakan sewaktu Ramadan nanti. Cara penyediaannya yang sangat mudah hanya perlu panaskan dalam microwave beberapa minit sahaja. Tak ada microwave? Boleh sahaja kukus dengan air panas beberapa minit. Memang mudah. 

Di mana nak cari produk LengQuas ni? Mudah sahaja, anda boleh cari dimana-mana pasaraya, kedai serbaneka atau anda boleh buat pembelian secara atas talian. 

Maklumat lanjut tentang produk baharu dan LengQuas anda boleh layari :-


SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!