Kisah Hari Raya Aidilfitri 2022

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah. Agak lama juga aku bercuti daripada menulis dalam blog ini. Biasalah, masih dalam mood raya. Seperti biasa, kali ini aku nak kongsikan kisah raya aidilfitri untuk tahun 2022. Seperti kebiasaan setiap tahun, aku pasti akan menulis tentang raya di dalam blog untuk tatapan sendiri di masa depan dan sebagainya.


KISAH RAYA AIDILFITRI 2022

Aku akan mulakan ceritanya dari awal kepulangan aku ke kampung. Baiklah, sebenarnya aku balik kampung awal seminggu. Seminggu sebelum raya aku dah sampai ke rumah ibubapa aku yang terletak di Kulim, Kedah. Aku dah agak kalau aku gerak lambat mesti akan lewat sebab kesesakan trafik di lebuhraya. Jadi, aku ambil keputusan untuk pulang lebih awal.

Sempat berbuka puasa bersama keluarga di restoran


PERSIAPAN : Persiapan untuk raya kali ini bagi aku adalah lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kalau sebelum ini tak banyak sangat yang aku keluarkan untuk beli barangan tetapi tahun ini aku sediakan bajet yang lebih.

Antara barangan yang aku sempat beli sebelum pulang

Sebelum aku balik ke kampung, aku dah beli barangan persiapan kuih di Lembah Klang terlebih dahulu. RM200 aku sediakan untuk beli kesemua barangan seperti tepung, marjerin, mentega, telur, dan sebagainya. Sebelum membeli barangan tu adik aku dah senaraikan bararangan yang aku kena beli.

Persiapan lain macam baju raya semuanya dah siap awal, tapi last minit baru aku tahu family aku ada buat tema baju raya batik. Nasib baik sempat aku beli baju batik di Shopee dan alhamdulillah sampai sebelum raya.



KUIH RAYA : Okay, sejak Covid-19 melanda, tiap kali raya mesti aku dan keluarga akan buat kuih raya. Kalau sebelum covid buat kuih raya yang biasa-biasa sahaja dan boleh dikatakan 80% kuih raya akan dibeli sahaja. Tapi sejak tahun 2020, memang hampir 80% kuih adalah dibuat sendiri.

Untuk tahun ini antara kuih raya yang aku dan keluarga buat adalah kuih samprit (dahlia), tart nenas gulung, kuih siput, kuih suji, kacang botak, dan honey cornflakes. Alhamdulillah, semua kuih menjadi elok. Yang paling aku bangga bilamana percubaan pertama membuat tart nenas gulung menjadi!

Ketupat daun palas salah satu juadah wajib raya


MALAM RAYA : Seperti rakyat Malaysia yang lain, aku dan keluarga tidak menyangka bahawa tarikh hari raya adalah 2 Mei 2022. Bila mana pengumuman selesai dibuat, ayah aku terus mencari ayam untuk dibuat rendang manakala kami yang lain menyiapkan bahan-bahan serta menyiapkan baki kuih raya yang perlu disiapkan. Sepatutnya ayam dan beberapa juadah akan disiapkan pada esoknya tetapi sebab raya terkejut, memang kalut jugak malam tu.


HARI RAYA : Pagi hari raya memang agak memenatkan. Disebabkan tidur lewat sebab menyediakan juadah serta mengemas rumah, pagi tersebut aku sendiri rasa macam penat yang teramat. Selesai solat sunat di masjid, pulang ke rumah dan berehat sahaja.  Untuk raya pertama ini aku dan keluarga hanya berada di rumah sahaja. Hari raya kedua dan keenam barulah kami akan beraya di rumah saudara mara yang terletak di sekitar Kulim dan juga kampung di sebelah ayah di Jitra, Kedah.

Danial & danish datang beraya. Danial tak dapat duit raya tapi dapat mainan raya.

Nak bergambar dengan Danial tapi dia malu pulak


Baju raya untuk tahun 2022 : baju batik & kurta hitam

RAYA KEDUA :  Hari raya kedua aku dan keluarga menziarahi sedara mara di sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang. Alhamdulillah, agak lama juga tak ziarah menziarahi dan akhirnya tahun ini dibolehkan. Yang paling best selain menziarah pastinya mencuba pelbagai juadah hari raya yang betul-betul sedap.

RAYA KETIGA : Hari raya ketiga ( yang sepatutnya menjadi raya kedua ), aku dan adik beradik aku ke Amanjaya Mall, Sungai Petani untuk menonton filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness (2022).  Alhamdulillah, beraya di pusat beli belah pun seronok sebenarnya. Tiket untuk filem itu sebenarnya sudah dibeli awal sewaktu masih tiada sesiapa yang membeli tiket untuk tayangan tersebut. Bila tiba waktu tayangan, memang penuh penonton dari atas sampailah ke bahagian bawah. 

Seawal jam 10 sudah berada di Amanjaya Mall



RAYA KEENAM : Okay, hari raya ke 4 dan 5 kami sekeluarga berada di rumah sahaja, menonton rancangan yang ditayangkan di televisyen dan menghabiskan kuih raya dirumah. Raya kelima barulah kami pulang ke kampung halaman ayah aku di Jitra, Kedah. Pertamanya adalah untuk menghadiri majlis kenduri kahwin dimana semua adik beradik dan saudara mara berkumpul. Jadi senanglah untuk berjumpa dan beraya dengan menghadiri kenduri itu sahaja. 


Lebih dua tahun tak jumpa dan beraya, macam-macam perkara sudah berubah. Ada yang sudah berkahwin, ada yang semakin membesar dengan jayanya, ada yang bertambah ahli keluarga dan sebagainya.

RAYA KESEPULUH : Hari raya ke sepuluh pula merupakan hari ulang tahun kelahiran ayah aku yang ke 56. Persiapan untuk sambutan hari lahir untuk keluarga aku senang sahaja. Aku hanya memesan 5 keping pizza hut dan juga membeli sebiji kek di Kuala Ketil, Kedah. Memang kenyang makan kek dan pizza hut yang banyak.


RAYA DALAM SUASANA MERIAH

Alhamdulillah, untuk tahun ini aku memang bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Sambutan raya untuk tahun 2022 ini memang meriah tetai masih bersederhana. Walaupun perjalanan untuk menziarah-ziarahi itu menjadi agak lama disebakan kesesakan trafik yang melampau, tetapi itulah kemeriahan perayaan aidilfitri yang sebelum ini agak suram.

Sebenarnya aku tak sabar untuk perayaan aidiladha yang akan datang kerana keluarga aku akan berpindah ke rumah baru yang terletak di kampung.  In shaa Allah akan siap sebelum menjelangnya raya aidiladha. 

Baiklah, aku rasa sampai disini sahaja untuk kisah raya aidilfitri 2022 dari aku. Semoga ditahun hadapan kisah raya aidilfitri aku akan menjadi lebih bahagia dengan kehadiran ahli keluarga baru. Apa-apapun aku rasa masih belum terlewat untuk aku ucapkan, selamat hari raya aidilfitri buat semua pembaca dan rakan-rakan.

SEKIAN
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!