Pengalaman Menginap di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Aerill Hassan
1
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku bermalam di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan berkongsi sehabis baik pengalaman aku sepanjang percutian di hotel tersebut.

Berjaya Times Square merupakan antara pusat beli belah yang aku sering pergi ketika sedang belajar di UiTM Shah Alam. Selepas habis kelas, aku dan rakan akan menaiki bas RapidKL atau KTM Shah Alam menuju ke KL Sentral, dan dari KL Sentral pula naik monorel dan akhirnya tiba di Berjaya Times Square. 

Okay, tapi sekarang bukanlah nak cerita tentang pusat beli belah tetapi hotel yang terletak ditingkat atas bagi pusat beli belah tersebut iaitu Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

PENGALAMAN MENGINAP DI BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL, KUALA LUMPUR


Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel 5 bintang yang terletak di ibunegara Kuala Lumpur. Lokasinya yang bagi aku sangat strategik kerana terletak di tengah ibu negara dan berdekatan dengan kawasan seperti Bukit Bintang dan sebagainya. 

Satu lagi, untuk mereka yang suka gunakan pengangkutan awam memang mudah untuk ke hotel ini, anda boleh menaiki monorel yang mana stesennya betul-betul di hadapan hotel ini. Mengikut informasi di wikipedia, bangunan Berjaya Times Square merupakan bangunan ke 15 tertinggi di Malaysia dan mempunyai ketinggian 203 meter. 


Pengalaman Menginap di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Percutian kali ini sebenarnya ringkas sahaja, hanya dua hari 1 malam dan pada awalnya lebih ramai yang sertai tapi ramai yang menarik diri di akhir-akhir. Tapi tak mengapa, termasuk aku hanyalah 4 orang sahaja jadi hanya dua bilik sahaja yang ditempah.

Okay, untuk tempahan bilik pula dibuat menerusi laman web Booking.com dan tempahan itu dibuat sebulan lebih awal. Bila tempahan dibuat awal, harga yang kami dapat pun memang bagi aku sangat murah. Harga asal RM700 semalam untuk satu bilik menjadi RM140+ sahaja.

PROSES CHECK-IN


Menurut informasi yang diberitahu di Booking.com, check in boleh dilakukan bermula pada jam 3.00 petang manakala check-out adalah pada jam 12 tengahhari. Disebabkan hari pertama itu kami semua sudah seharian di Sunway Lagoon (aku akan tulis dalam artikel lain), jadi kami check-in lewat sedikit iaitu sekitar jam 6.00 petang. 

Sebenarnya prosesnya mudah sahaja, tapi mungkin sebab ramai pulak yang nak check-in kemudian ada beberapa orang yang ada masalah menjadikan waktu untuk check-in mengambil masa yang agak lama. Disebabkan bilik pun sudah dibooking dan hanya perlu memberi nama sahaja, jadi petugas hotel pun tak perlu bersusah payah.

Deposit pula perlu dibayar dan untuk dua bilik ini depositnya adalah RM200 dan akan dipulangkan kembali ketika check-out. Ada beberapa borang & kertas yang perlu ditandatangan sebagai perjanjian dan beberapa perkara lain.

BILIK HOTEL 


Terkejut juga sebenarnya sebab bilik kami (laki dan perempuan asing ya) terletak di tingkat 42 manakala tingkat tertinggi dalam hotel ini adalah tingkat 43. Bila dah dapat bilik di tingkat tinggi macam ni aku tertanya juga bagaimana lah pemandangan dari dalam bilik tu? Dari sudut mana bandaraya Kuala Lumpur yang aku akan lihat dari bilik?

Pengalaman Menginap di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Alhamdulillah, memang aku sangat suka dengan pemandangan dari dalam bilik. Kalau orang lain baru masuk bilik hotel mesti akan check setiap bahagian terlebih dahulu tapi aku melihat pemandangan terlebih dahulu. Memang tinggi! 

Oh ya, aku memang sangat suka dengan bangunan pencakar langit dan bangunan PNB 118 ini memang aku dah lama perhatikan sejak dibina dari tingkat satu sehinggalah sekarang.


RUANGAN DALAM BILIK


Pengalaman Menginap di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Ruangan dalam bilik sememangnya sangat besar. Bila masuk sahja anda akan nampak ada dua ruangan disebelah kanan dan disebelah kiri. Dibahagian kanan anda akan menuju ke bahagian ruang tamu dengan meja kayu dan dua sofa.

Tingkap dibelakang sofa tersebutlah yang membawa kepada pemandangan yang sangat cantik seperti dalam gambar diatas. Dua sofa tersebut pula mengadap ke arah televisyen yang tersimpan rapi dan boleh ditarik keluar untuk menontonnya.

Pengalaman Menginap di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Di sebelah hadapan tingkat pula terdapat bilik tidur dengan katil. Untuk bilik yang ditempah ini adalah jenis superior dengan dua katil bersaiz queen. Sangat besar dan sesuai jika anda datang membawa kanak-kanak dan sebagainya.

Di depan katilnya terdapat almari untuk anda menyangkut pakaian serta disediakan juga penggosok baju & papan alasnya. Disebelah tepi almari pula tersedia meja solek dengan cermin untuk anda bersiap, berdandan dan sebagainya. Pintu ditepi itu pula menuju ke bilik mandi.

Pengalaman Menginap di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Bilik mandinya pula memang eksklusif. Tersedia tab mandi dan juga ruangan air pancut berasingan. Anda boleh pilih nak mandi mengikut gaya yang anda suka. Sinki bersaiz besar dengan barangan - barangan mandi yang disediakan oleh hotel terletak di bahagian tepi tab mandi tersebut.

Di mana pula tempat untuk membuang air besar?

Pengalaman Menginap di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Ada satu lagi ruangan berasingan dan pintu berasingan untuk anda membuang air besar atau kecil. Inilah bahagiannya dengan sebuah sinki besar turut tersedia. Untuk mandi, anda kena pastikan kedua-dua pintu biliknya tertutup rapat, risau jika ada sesiapa terbuka pintu tersebut.

Pengalaman Menginap di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur


Di bahagian kanan setelah masuk ke dalam bilik pula menuju ke arah ruangan pantries. Tersedia water heater dan beberapa bungkusan minuman 3-in -1 dan botol air mineral untuk anda minum. Selain itu, di bahagian bawah pula terdapat peti ais mini untuk anda meletakkan barangan sejuk. 

Untuk keseluruhan ruangan dalam bilik hotel ini, bagi aku memang besar dan luas. Ruangan yang tersedia juga sangat selesa tetapi yang paling aku suka adalah pemandangan melalui tingkapnya yang sangat cantik terutaanya diwaktu senja dan waktu pagi.


RUANGAN HOTEL


Pengalaman Menginap di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Aku sempat juga ke bahagian lain di dalam hotel ini, saja-saja mengambil angin pagi, meneroka apa lagi yang seronok di dalam hotel ini.

Di tingkat 15 terdapat ruangan santai dengan kolam renang. Kolam renang ini dibuka bermula jam 7 pagi sehingga 7 malam. Memang luas kolam renangnya. Ada bahagian untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Pengalaman Menginap di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Kalau anda yang memang aktif dan selalu ke gym  dan sebagainya boleh juga ke pusat kecergasan yang terletak berdekatan dengan kawasan kolam renang.

Pengalaman Menginap di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Kalau anda nak tahu, tingkat 15 ini merupakan pengantara bagi kedua-dua menara. Kalau ada yang biliknya terletak di menara 1 dan ada pula yang di menara 2, jumpa sahaja di tingkat 15 ini. Macam kami, pada mulanya bilik yang tersedia terletak dimenara berasingan tetapi setelah dicari akhirnya jumpa juga bilik di menara yang sama.

Itu sahaja ruangan yang sempat aku terokai. Mungkin ada yang akan soal, macam mana dengan restoran dan sebagainya. Baiklah, untuk tempahan bilik hotel ini tidak termasuk dengan makan. Mungkin sebab itu harganya murah. Tetapi sebenarnya sebab utama kami tak ambil pakej sekali dengan makanan sebab kami sudah membuat tempahan di tempat makan di luar. 

Pengalaman Menginap di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Macam biasa, bila ada pintu lift yang bercermin, memang akan bergambar sebagai kenang-kenangan. Bukan selalu dapat ke hotel 5 bintang, jadi apa salahnya bergambar puas-puas. 

PROSES CHECK-OUT


Untuk proses check-out pula memang mudah dan pantas tidak seperti sewaktu nak check-in. Disini anda perlu memulangkan kad kunci kemudian perlu ambil duit deposit yang anda berikan sewaktu check-in. Jangan lupa pula ya!

ULASAN / TAMBAH BAIK


Sebelum menutup artikel ini, aku nak berikan pandangan aku secara keseluruhan, juga beberapa perkara yang boleh ditambah baik oleh pihak pengurusan hotel ini.

  • Perkara yang paling membuatkan aku agak ralat adalah keadaan pendingin hawanya yang sangat menghampakan. Rasa sejuk itu ada tetapi tidak menyeluruh. Bayangkan nak tidur pun tak selesa sebab berpeluh. Kebiasaannya kalau tidur di hotel mesti akan pakai selimut menyelimuti seluruh tubuh badan sebab sejuk, tapi disini tidak. Pendingin hawa di tingkat 42 memang perlu diperbaiki. (Boleh sahaja nak tukar bilik, tapi dah mengantuk & malas nak packing)

  • Mungkin isu ini bukanlah isu besar tapi kalau melihat tempat membuang air besar, aku ada sedikit isu disitu. Aku tak reti nak guna tandas sebegitu. Mungkin mereka yang sudah biasa tiada masalah, tetapi untuk aku yang gemarkan ada paip di dalam tandas memang agak bermasalah untuk aku membuang air besar. (Aku sendiri kena belajar cara gunakan tandas)

  • Vibes di hotel ini memang mewah & eksklusif tetapi bagi aku yang paling aku suka adalah pemandangan melalui tingkapnya. Mungkin kalau aku dapat bilik di tingkat lebih bawah pemandangannya biasa-biasa sahaja. Satu lagi, ruangan di koridor dalam hotel memang sunyi ya. Macam aku sendiri, jarang nak jumpa pengunjung lain yang menginap di dalam hotel ini. Agak scary di situ.

BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL, KUALA LUMPUR



LOKASI : 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

SEKIAN

إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!