Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, baru-baru ini aku diberi peluang yang sangat berharga untuk menyertai satu program kelolaan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) iaitu program Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora. Program yang disertai seramai 30 pengamal media ini diadakan di Taman Tugu, Kuala Lumpur. Melalui program ini banyak sebenarnya pengetahuan tentang aspek penjagaan alam sekitar yang aku dan rakan-rakan belajar. Selain itu, aku juga dapat berjumpa ramai kawan baru. ✌
ALAM FLORA MENYOKONG AGENDA KELESTARIAN ALAM SEKITAR
Sebelum bercerita tentang program itu sendiri, Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) mengorak langkah lebih jauh dalam mengguna pakai pendekatan holistik ke arah kelestarian yang merangkumi aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) merentas rantaian nilai. Ini dilakukan melalui beberapa program dan inisiatif yang melibatkan pengalihan sisa dari tapak perlupusan dan kemudahan rawatan sisa.
Ketua Pegawai Operasinya, Azahari Zainal Abidin, berkata Alam Flora kini berada di landasan yang betul untuk menambah baik aspek kehidupan lestari dan penjagaan alam sekitar, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Antaranya ialah menggunakan teknologi digital dalam operasi hariannya, dengan memantau kenderaan operasinya bagi membolehkan penyediaan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan, dan dengan mengurangkan sisa bahan api yang boleh mengurangkan kesan karbonnya.
“Kita harus ingat bahawa mengekalkan persekitaran dan menjaga kebersihan adalah usahasama semua pihak. Untuk melakukan itu, informasi mengenai amalan kelestarian alam sekitar, kebersihan dan penjagaan alam sekitar melalui media arus perdana dan media sosial memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat menerima informasi yang cepat dan tepat untuk aktiviti harian mereka.”
SUSTAINABILITY HUNT 2022 BY ALAM FLORA
AHLI KUMPULAN MERAH |
Okay seterusnya adalah bermulanya SUSTAINABILITY HUNT! Terdapat 5 checkpoint yang mempunyai tugasan masing-masing.
CHECKPOINT 1: TRASH ENCYCLOPEDIA
Selain itu, untuk setiap barang yang dijumpai juga perlu dipadankan dengan barangan yang lebih lestari untuk alam sekitar. Sebagai contoh, beg plastik dipadankan dengan beg serbaguna yang boleh diguna berulangkali. Di sini aku sendiri dapat belajar sebenarnya banyak barang-barang dirumah yang sebenarnya ada pilihan yang lebih lestari untuk digunakan.
CHECKPOINT 2: SUSTAINABILITY CHAMPION
Tahukah anda bahawa setiap hari sebanyak 31 billion Tan gas Karbon Dioksida yang dilepaskan diruangan atmosfera? Memang banyak, disini aku dapat belajar bahawa banyak juga aktiviti seharian yang melepaskan CO2 tertinggi. Yang paling banyak pastinya daripada kenderaan yang bernama kereta.
CHECKPOINT 3: THE TREE'S LAST MESSAGE
CHECKPOINT 4: UPCYCLE
Aktiviti di checkpoint ini adalah sangat menarik. Setiap seorang daripada kami diberikan baju lama dan unting. Menggunakan dua bahan itu kami perlu menyediakan beg serbaguna yang cantik dengan panduan krew yang bertugas. Upcycle sememangnya satu aktiviti yang sangat baik kerana dapat mengurangkan kos untuk menghasilkan bahan yang baru.
CHECKPOINT 5: THE SEED OF LIFE
Microgreen ini boleh dituai pada 7 sehingga 21 hari selepas ditanam. Sangat pantas bukan?! Selain itu, bekas tanamannya juga kami menggunakan bekas plastik yang kebiasaannya digunakan untuk bawa pulang makanan.
SELESAI
Selesai sahaja di checkpoint 5 maka berakhirlah aktiviti Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora. Sebelum berakhirnya program, majlis pemberian hadiah diadakan untuk memberi hadiah kepada para pemenang. Untuk pengagihan hadiah, terdapat tiga kategori iaitu Media Arus Perdana, Blogger, KOL dan Influencer.
Setiap kategori pula akan menerima jumlah hadiah yang sama iaitu, tempat pertama memenangi hadiah wang tunai RM500. Pemenang tempat kedua dan ketiga pula, masing-masing akan membawa pulang RM300 dan RM150.
Walaupun tidak memenangi sebarang hadiah, tetapi bagi aku sendiri program ini sangat baik kerana memberi kesedaran dan pengetahuan yang lebih banyak tentang betapa pentingnya alam sekitar untuk kita semua.
Apa-apapun aku sekali lagi berterima kasih pada Alam Flora atas jemputan untuk sertai program ini dan diharap agar program ini dijadikan sebagai acara tahunan dan in shaa Allah aku pasti akan sertai lagi!
MENGENAI ALAM FLORA SDN BHD
Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), adalah anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), yang ditubuhkan bagi memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sisa sehingga ke proses pelupusan sampah.Alam Flora merupakan salah sebuah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan di kawasan Tengah dan Pantai Timur Semenanjung, meliputi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
#AlamFloraSustainabilityHunt2022 #JomRawatBumi #BeyondWasteManagement #OnlyOneEarth #WorldEnvironmentDay
Best betul dapat join aktiviti macam ni. Nak nak retis sama group pulak tu. Lagi la semangat ye tak?.
ردحذفaktiviti yang bagus dan bermanfaat mengajar kita utk lebih prihatin dan mengambil berat ttg penjagaan alam sekitar
ردحذفWahh best betul bila dapat join aktiviti macam ni. Da lama kan xde aktiviti mcm ni sejak pkp. Sekaligus dapat pupuk semangat cintakan alam sekitar
ردحذفMenarik juga kan ada activities macam ni. Hopefully next one Nell pun dapat join to learn and be part of this campaign.. We need more of this too!
ردحذفBagusnya aktiviti seperti ini.. Pupukkan semangat cintakan dan sayangi flora dan fauna..
ردحذفBest sangat aktiviti macam ni. Sambil selesaikan tugasan, kita belajar sekali.
ردحذفMemang bagus initiative macam ni untuk memupuk sustainability living, i had a great time too
ردحذفBestnya event macam ni kannn, mendedahkan kita kepentingan hijau bumi.. kalau kat Johor ada, nak gak join..
ردحذفOhh wowo....this absolutely gonna benefitted to many. A very good initiative by Alam Flora, hope more programs like this moving forward. Cheers Siennylovesdrawing
ردحذفPernah join sekali memang setiap tahun alam flora buat hunt mcm ni hehehe harap next time ajak kita suka join gak hehehe meriah best walaupun penat sikit
ردحذف