Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Kalau sebut sahaja tentang makanan Korea pastinya ramai yang menggemarinya, terutamanya apabila semakin ramai rakyat Malaysia yang meminati apa-apa jua yang datang dari negara Korea Selatan, tidak kira artis, drama, filem mahupun makanan!
Kali ini aku nak kongsikan dengan anda tentang sebuah restoran makanan Korea yang aku sebenarnya sudah cuba dan sememangnya berpuas hati & aku sangat mengesyorkan untuk anda semua cuba dan nikmati makanan Korea yang terdapat di restoran ini. Jadi, jemput baca artikel kali ini sehingga ke penamat ya!
DOOKKI | KOREAN TOPOKKI BUFFET
Dookki Korean Topokki Buffet merupakan rangkaian restoran berasaskan makanan Korea yang sangat terkenal iaitu topokki tetapi dihidangkan secara buffet! Korean Topokki Buffet yang anda boleh nikmati selama 1 jam 30 minit. Menarik bukan?! Untuk pengetahuan anda, Dookki bermaksud 'dua hidangan' dalam bahasa Korea.
Konsep 'dua hidangan' ini berasal dari Korea Selatan. Topokki, yang bermaksud 'rice cake' merupakan makanan kegemaran Korea yang mana datang dalam pelbagai bentuk dan mempunyai sejarah yang panjang. Dengan konsep buffet yang dibawa, anda boleh menikmati hidangan topokki dengan pelbagai cara. Konsep ini sesungguhnya sangat sesuai untuk anda datang dan makan bersama keluarga untuk menikmati hidangan yang mana bagi aku cukup enak!
CAWANGAN TERBARU DOOKKI DI SETIA CITY MALL
Dookki mempunyai beberapa cawangan iaitu di IOI City Mall, Putrajaya, Kluang, Johor, One Utama, Petaling Jaya, R&F Mall, Johor Bahru dan cawangan terbaru mereka di Setia City Mall, Setia Alam. Tahniah diucapkan atas pembukaan cawangan terbaru ini!
Sebenarnya sebelum ini aku pernah makan di cawangan IOI City Mall, Putrajaya dan pengalaman makan buat kali pertama memang sangat seronok dan aku sangat puas hati. Untuk cawangan Setia City Mall ini, bagi aku keluasannya lebih besar dan lebih selesa. Selain itu, lokasinya juga baik bagi mereka yang berada di sekitar Setia Alam untuk datang dan mencuba makanan Korea di sini.
JOM LIHAT GAMBAR-GAMBAR DI DOOKKI SETIA CITY MALL
Bagi aku Dookki Setia City Mall ini sangat selesa, ruang untuk mengambil makanan memang luas, tak perlu berhimpit-himpit. Selain itu, setiap meja pula mempunyai dapur yang memang selamat dan mudah untuk digunakan. Susunan tempat mengambil makanan juga terbaik dan senang untuk pelanggan ulang alik mengambilnya.
MAKANAN
Sekarang tibalah masa yang dinantikan, berikut adalah antara makanan dan bahan-bahan Topokki yang anda boleh dapatkan dan nikmati di Dookki.
Banyak kan pilihan yang anda boleh pilih. Macam aku, boleh dikatakan kesemua pilihan yang ada aku akan ambil dalam jumlah yang sedikit. Barulah puas bila mana dapat rasa dan cuba kesemuanya sekali kan?
Pilihan Sos |
Sebenarnya untuk sos dan supnya anda boleh buat sendiri mengikut pilihan dan tahap kepedasan yang anda inginkan. Jangan risau kalau anda tak reti, anda boleh lihat papan yang tertera berdekatan dengan sos tentang cara-cara menggabungkan sos untuk dapatkan rasa yang menepati citarasa anda.
Kalau masih tak reti, jangan risau, anda boleh saja panggil mana-mana krew restoran yang ada dan mereka pastinya akan membantu anda!
Tiga jenis ayam goreng yang anda wajib cuba! |
Bagaimana? memang banyak pilihan yang anda boleh nikmati apabila berada di Dookki ini. Konsep buffet yang diperkenalkan sememangnya digemari oleh penggemar makan yang suka makan macam aku sendiri.
Okay, aku tahu pasti ada antara anda yang tertanya-tanya tentang bagaimana nak makan di sini, macam mana nak masak. Sebenarnya sama sahaja dengan buffet-buffet lain, perbezaan yang ada tidaklah banyak. Untuk itu, aku sertakan dibawah cara-cara memasak topokki dan juga nasi goreng di Dookki.
CARA MEMASAK TOPOKKI
#1 Tuangkan 1/3 sup kedalam bekas topokki
#2 Tuang sos pilihan anda ke dalam bekas topokki
#3 Masukkan bahan-bahan topokki anda ke dalam bekas topokki
#4 Selepas 'rice cake' dan bahan-bahan telah masak, anda boleh nikmati topokki anda!
CARA MEMASAK NASI GORENG
#1 Masukkan nasi dan bahan-bahan lain ke dalam bekas
#2 Tambah minyak bijan (sesame oil)
#3 Setelah menambah minyak bijan, kacau dan goreng nasi anda sehingga siap
#4 (pilihan) anda boleh menambah snow cheese untuk melengkapkan lagi hidangan nasi goreng anda
SENARAI HARGA BUFFET DOOKKI
Setelah mengetahui tentang makanan yang ada di Dookki dan tahu bagaimana cara nak memasak dan sebagainya, pastinya pertanyaan terakhir anda adalah mengenai harga.
Untuk harga di Dookki ini, bagi aku harganya merupakan antara harga buffet yang paling berpatutan kalau nak dibandingkan dengan buffet-buffet yang lain. Aku pernah pergi ke satu restoran buffet ini, dan harganya semakin naik, daripada RM30 lebih kepada RM50 lebih sekarang ini sedangkan kualiti dan pilihan makanannya sama sahaja.
Dewasa 🍲RM39.80 nett
Kanak-Kanak (110cm - 140cm) 🍲RM19.80
Untuk menu tambahan pula harganya adalah seperti berikut;
Double Cheese Ring 🧀 RM18.80 nett
Snow Cheese 🧀 RM9.80 nett
GRAND OPENING PROMOTION
Berita baik untuk anda yang teringin mencuba Dookki Korean Topokki Buffet ini, promosi bersempena pembukaan untuk cawangan ini diadakan bermula 30 Jun ini sehingga 6 Julai 2022. Potongan 50% bagi setiap DUA orang.
Bermakna, anda boleh datang dua orang dan makan buffet tanpa had ini dalam jangka masa yang ditetapkan iaitu 1 jam 30 minit dan hanya perlu membayar harga bagi 1 dan setengah orang sahaja.
ULASAN & REVIEW
Macam biasa, aku akan review pengalaman aku makan dan suasana di restoran Dookki ini. Macam yang anda boleh lihat, aku sememangnya sangat berpuas hati dengan makanan yang terdapat di dalam restoran ini. Sebagai penggemar makanan Korea seperti Topokki, aku sangat suka dengan senarai bahan-bahan yang ada untuk dimasukkan ke dalam bekas Topokki itu.
Selain itu, suasana di dalam restoran juga cukup tenang dan selesa, dengan iringan lagu-lagu Kpop yang membuatkan anda bagaikan berada di Korea Selatan. Waktu yang diperuntukkan selama 1 jam 30 minit itu bagi aku memang sangat cukup, bahkan masih ada waktu untuk aku merehatkan perut yang sudahpun penuh, tetapi masih inginkan lagi Topokki.
Kesimpulannya, aku sangat syorkan anda semua untuk datang dan nikmati Korean Topokki Buffet di mana-mana cawangan Dookki yang berdekatan. Kepada Dookki, tahniah atas pembukaan cawangan ke 5 di Setia City Mall. Semoga lebih banyak cawangan akan dibuka sekaligu dapat memberikan peluang buat seluruh rakyat Malaysia tak kira dimana juga untuk menikmati hidangan yang enak ini.
DOOKKI MALAYSIA SETIA CITY MALL
LOKASI : LG-105, Lower Ground Floor, Setia City Mall,
No.7, Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam,
Sek U13, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Facebook : https://www.facebook.com/mydookki
Instagram : https://www.instagram.com/mydookki
#jomdookki #koreantopokkibuffet
Suka juga makanan Korea. Paling suka Topokki tapi cuma bila nak makan tu lenguh nak mengunyah sebab kenyal rasanya.
ردحذفkt sini bukan topokki je ada, macam2 lgi ada. nnti boleh try dkt sini ya sis :)
حذفWow... Dokki is expending. Deabak! I've dine at Dokki once. It's was awesome. Thank you for sharing this good news.
ردحذفya! mmg best kan? saya first time dulu terpinga2 jugak, pastu terus rasa macam nak lagi :)
حذفTo be honest, makanan Korea kat sini tak murah ye! but surprisingly their buffet price is so affordable.. less than RM 40 pilihan makanan pun banyak! Boleh try la nanti kena ajak my friends to join me bah..
ردحذفharga dia memang berpatutan. sebab tu saya syorkan dkt semua :)
حذفA lot of choices..menarik. dah lama teringin nak makan makanan Korea tapi belum ada kesempatan
ردحذفnnti bolehlah datang sini ya, bawak family. :)
حذفSuka makan dekat sini. Harga onzzzz
ردحذفkan! harap boleh buka byk cawangan lagi :)
حذفMenu-menu kat sini memang sedap dan menarik.. Pertama kali cuba terus rasa AM nak datang sini lagi lain kali..
ردحذفjom nnti am kita pergi lagi :)
حذفTerus rasa terliur nak pi makan Dokki ni lagi.. masa mula buka di Johor, hampir 3x pi makan hahahaah.. best gilerr sedap dan puashati..
ردحذفtudiaaa 3x pegi! saya masuk yg ni baru dua kali makan dkt dookki ni :)
حذفnampak sedap dan menarik menu yang ada di Restoran Dookki Korean Topokki Buffet. Boleh la saya nak cuba juga.
ردحذفboleh cuba nnti ya! harga berbaloi makan pun sedap :)
حذفsedapnya... aduhai ni yg rasa nak terjah dah la tak jauh dari rumah hehehehe
ردحذفnnti kak ayu boleh dtg ngn family ya! mmg sedap tau! :)
حذفbanyak pilihan makanan kat Dookki Setia City Mall I wish to enjoy one day
ردحذفmmg betul! pilihan banyak, tempat makan pun selesa :)
حذفAda kat IOI City Mall ek? Macam mana la boleh tak perasan sebelum nie. Nak gi la weekend nie
ردحذفIena suka makan Topokkin tapi tak pernah lagi cuba dekat Dookki . Hehe baru first time dengar tentang kedai ni. Okay nanti boleh cuba
ردحذفDapat dekat saya memang makan tak ingat dunia jawabnya... tambahan pula sy ni gila makanan korea
ردحذفDokki ni ada certificate halal tak?
ردحذف