Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik belaka. Baiklah kali ini aku seperti biasa nak kongsikan satu lokasi tempat makan menarik di negeri Johor. Aikk, macam mana boleh ada dekat Johor ni kan? Sebenarnya selepas sahaja habis Batam Mega Fam Trip, beberapa orang dalam kumpulan kami meneruskan trip sekitar negeri Johor.
Macam sayang pulak nak terus balik ke Kuala Lumpur tanpa singgah-menyinggah. In shaa Allah akan ada satu artikel khas tentang tempat-tempat dan lokasi persinggahan sepanjang perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur. Untuk kali ini, aku nak kongsikan tentang Laman Desaru Bistro, Desaru, Johor.
MAKAN DI LAMAN DESARU BISTRO, DESARU, BANDAR PENAWAR, JOHOR
Laman Desaru Bistro ini merupakan satu lokasi lengkap untuk anda yang mencari makanan pelbagai citarasa di Desaru ini. Mungkin sekarang kalau sebut sahaja Desaru pasti ramai yang sudah tahu tarikan apa yang terdapat di situ, tetapi bagaimana pula dengan tempat makan?
Laman Desaru Bistro ini dimiliki oleh Tuan Jamaluddin Ho a.k.a Jamal Sg Rezeki / Jamal Ho. Dengan bilangan staf seramai 25 orang, Laman Desaru Bistro ini merupakan lokasi tempat makan yang sangat sesuai untuk anda bersantai bersama rakan mahupun keluarga.
Untuk ke Laman Desaru Bistro ini mudah sahaja, anda hanya perlu mengikut lokasi seperti mana yang tertera dalam Google Maps. Sebelum masuk ke kawasan ini, anda perlu melalui pos pengawal dan bagitahu sahaja nak pergi makan di Laman Desaru Bistro ini, dan anda akan dilepaskan masuk.
Tempat meletak kenderaan memang banyak disini, jangan risau ya. Selain itu, berdekatan dengan Laman Desaru Bistro ini adalah blok kediaman pekerja di Desaru ini. Jadi memang meriah juga dengan kehadiran mereka yang datang untuk makan di sini.
Mengenai makanan pula, memang ada pelbagai jenis makanan di sini antaranya adalah makanan laut, hidangan ala Thai, makanan hidangan melayu, hidangan Barat, ikan bakar, sate dan juga makanan Punjabi. Selepas ini akan ada makanan Indonesia di sini yang bakal dibuka dalam jangka masa terdekat.
Bila ada pilihan makanan yang banyak ini, memang lagi seronok untuk makan disini sebab boleh pilih nak makan hidangan apa mengikut citarasa masing-masing.
MENU YANG DICUBA
Alhamdulillah, sememangnya waktu tengah hari itu aku sendiri memang lapar. Di bawa makan ke sini sememangnya satu pilihan terbaik. Makanan yang dimakan pada tengah hari tersebut adalah hidangan melayu. Berikut adalah antara hidangannya :
IKAN SIAKAP TIGA RASA |
IKAN SIAKAP MASAK LEMON |
TELUR DADAR |
KANGKUNG IKAN MASIN |
SUP SAYUR |
SUP EKOR GORENG |
Hidangan di atas dimakan bersama nasi putih dan air jus Tembikai sememangnya satu gabungan yang menarik. Antara yang aku suka adalah Ikan Siakap Tiga Rasa. Memang sedap dan menyelerakan. Sup ekor goreng pula antara hidangan yang anda kena cuba di sini sebab dimana lagi nak cari menu ini? Pertama kali dengar nama menu ini memang menarik.
Jadi kepada anda yang tak tahu di mana nak cari tempat makan yang sedap, lokasi yang selesa, pilihan makanan yang banyak di Johor ini, anda bolehlah ke Laman Desaru Bistro ya. Info tentang Laman Desaru Bistro ini anda boleh lihat di bawah.
SEKIAN
LAMAN DESARU BISTRO
Facebook : Laman Desaru Bistro
WAKTU OPERASI : Setiap Hari | 10.00 pagi – 12.00 malam
Untuk sebarang tempahan, anda boleh hubungi : 018-9888887
#LamanDesaruBistro #TempatMakan #Desaru #BandarPenawar #Johor
ehh dekat dgn rumah ni
ردحذفbolehlah pergi nnti :)
حذف