Turunkan Berat Badan dengan Minuman Kesihatan Beras Perang NutriBrownRice®

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera

NutriBrownRice®

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Baiklah kali ini au nak menceritakan tentang beras perang. Rasanya ramai yang pernah dengar atau pernah cuba beras perang ini kan? Tahukah anda dengan memakan beras perang ini dapat menurunkan berat badan anda? Menggantikan bijirin yang lebih halus dengan beras ini boleh membantu anda menurunkan berat badan.

Bijirin halus seperti nasi putih, pasta putih dan roti putih kekurangan serat dan nutrien yang dimiliki oleh bijirin penuh seperti beras jenis ini. Serat membantu anda berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama, oleh itu dengan memilih makanan yang kaya serat boleh membantu anda mengambil kalori yang lebih sedikit secara keseluruhan.

Malah, kajian menunjukkan bahawa individu yang makan lebih banyak bijirin penuh seperti beras perang mempunyai kurang berat badan berbanding daripada mereka yang makan bijirin penuh dengan kuantiti yang sedikit. 

MULAKAN HARI ANDA DENGAN SECAWAN NUTRIBROWNRICE UNTUK KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI!

NutriBrownRice® mengeluarkan minuman kesihatan berasaskan beras perang yang sememangnya memudahkan kita untuk mengambil beras perang dalam kehidupan seharian. Lebih mudah untuk mengambil beras perang apabila ia telah diproses menjadi minuman yang sihat.

Kalau sebelum ini agak sukar kerana perlu menyediakan beras perang ini menggunakan periuk nasi dan sebagainya, kali ini mudah sahaja anda hanya perlu menambahkan air pada satu sachet minuman NutriBrownRice® ini sahaja.

BAGAIMANA TERCETUSNYA NUTRIBROWNRICE® ?


"Pada tahun 2014, bapa saudara saya meninggal dunia akibat kanser, pada tahun yang sama, anak saya yang berumur 4 tahun terpaksa menjalani pembedahan tulang. Lebih daripada 1 doktor mengesyaki bahawa ia adalah kanser tulang. Itu mengejutkan saya secara emosi & mental.

Nasib baik, ia adalah pembedahan yang berjaya, dan ia hanya jangkitan tulang. Tetapi anak saya terpaksa menderita kesan tidak bertoleransi gastrik dan laktosa kerana preskripsi antibiotik selama 6 bulan.

Ini membuatkan saya menyelidik makanan hipoalergenik & bebas laktosa yang sesuai dengan anak lelaki saya. Ini adalah bagaimana NutriBrownRice® dilahirkan.

Hari ini, NutriBrownRice® mengeksport ke dunia dan terkenal dengan cara tersendiri. Terima kasih kerana memilih NutriBrownRice® sebagai minuman bijirin penuh prebiotik pilihan anda untuk seisi keluarga anda." Branden Kuan, Pengasas dan ayah kepada tiga orang anak.


5 PERISA NUTRI BROWN RICE

#1 ORIGINAL + PREBIOTIC


NutriBrownRice®
  • 5.1gram Prebiotik untuk setiap hidangan ; Tenangkan perut anda!
  • Cuba Google "kebaikan Vitamin E"! Penting!
  • 1 cawan ~ 1 Vitamin E semulajadi avocado
  • Review mereka yang pernah mencuba berkata ia memperbaiki sistem penghadaman yang mengganggu mereka selama bertahun-tahun. Rasai sendiri dalam masa 2 minggu.
  • Gastrik? Anda sepatutnya mencuba sejak 2014!

#2 PURPLE SWEET POTATO + PREBIOTIC

NutriBrownRice®

  • 10.5g Prebiotik dari Belgium untuk setiap hidangan. Sesuai untuk mereka yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi. Ini adalah makanan, bukan ubat untuk merawat sebarang keadaan perubatan.
  • Penyelidikan telah menunjukkan untuk membantu mengawal gula darah tinggi dengan 10g prebiotik setiap hari, ditambah ke dalam minuman.
  • Minum setiap hari selama 2 bulan untuk rasai perbezaannya.
  • Vitamin E semulajadi yang tinggi; antioksidan yang kuat

#3 OAT WITH SOY LECITHIN

NutriBrownRice®
  • 1 cawan ~ 1000mg Lecithin Soya untuk otak dan jantung
  • Sesuai untuk ibu mengandung & yang menyusu
  • Lecithin soya menghalang saluran susu tersumbat & melancarkan pengaliran susu
  • 96% pengguna berasa kenyang sehingga waktu makan seterusnya, sarapan yang ideal
  • Oat baby Australia lembut dan kenyal
  • Sifar kolesterol, rendah kalori (160 kcal/hidangan)
  • 1 sudu teh gula perang asli sahaja ditambah

#4 CHOCOLATE

NutriBrownRice®

  • Campuran coklat dari 3 negara dengan serat asli
  • Kegemaran kanak-kanak, juga dibuat untuk penggemar coklat
  • KATAKAN TIDAK kepada minuman coklat manis. Ini adalah bijirin penuh
  • Kenyang lebih lama & dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran & kerja
  • 1.6 sudu teh gula perang asli lagi sedap

#5 ORIGINAL WITH BROWN SUGAR + PREBIOTIC

NutriBrownRice®

  • Sesuai untuk orang dewasa yang sibuk bekerja. Perut anda terasa hangat & selesa serta-merta! Teruskan fokus dan bekerja!
  • Tinggi dengan Vitamin B6 - Cuba Google manfaatnya!
  • 1 cawan memberi anda 43% daripada keperluan Vitamin B6 harian anda
  • Formula baharu dengan Prebiotik Belgium untuk penghadaman
  • 0.6 sudu teh gula perang asli sahaja lagi sedap!
Produk ini tidak bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat doktor anda jika anda ragu-ragu, atau mempunyai sebarang penyakit kronik atau sebarang ubat jangka panjang.

CARA PENGGUNAAN :


Penggantian sarapan pagi:
1 sachet + 220 ml (80-90°C) air suam

Disyorkan mengambil ;
1-2 sachet sehari
1 sachet = 1 hidangan bijirin penuh

PENGALAMAN SENDIRI :

NutriBrownRice®

Ya, aku sendiri mencuba dan mengamalkan NutriBrownRice®. Untuk pertama kalinya, memang terkejut juga sebab rasa lapar tu terus hilang. Kalau tak sebelum ni mesti setiap dua jam mencari makanan untuk dikunyah tetapi tidak lagi selepas mencuba NutriBrownRice®.

Selain itu, antara yang aku perasan sebelum ini perut selalu rasa tak sedap, tapi masalah itu sudah hilang. Kalau ditanya atara 5 perasa di atas yang mana aku suka, pastinya aku suka chocolate sebab aku penggemar coklat.

Kepada anda yang nak cuba bolehlah beli di laman Shopee mereka atau terus ke Instagram mereka melalui pautan dibawah.

NUTRIBROWNRICE®


إرسال تعليق

2تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!