Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pulau Benan merupakan antara salah satu pulau yang perlu anda datang di Kepulauan Riau. Pulau yang terletak di Wilayah Lingga ini juga kadangkala dikenali sebagai Pulau Bersih. Selain faktor pelancongan, pulau ini turut terkenal dengan penduduk yang mesra dan budaya setempat yang menarik.
Pengalaman menginap disini sememangnya satu pengalaman yang sangat menarik dan in shaa Allah aku akan ceritakan sehabis baik tentangnya melalui artikel kali ini.
PENGALAMAN BERGLAMPING DI BENAN ISLAND RESORT, LINGGA,
KEPULAUAN RIAU, INDONESIA
#1 CARA KE BENAN ISLAND RESORT
Selesai sahaja aktiviti kami yang terakhir di Jambatan Barelang, bas yang membawa kumpulan kami terus ke Jeti Pulau Labun. Ya, antara cara untuk ke Pulau Benan adalah dengan menaiki bot laju / ferri dari Jeti Pulau Labun.
Setelah barang semua diangkut ke dalam bot, perjalanan diteruskan. Dari Jeti Pulau Labun ke Jeti Pulau Benan mengambil masa kira-kira 25 minit sahaja. Sempat aku melihat pemandangan sekitar yang masih belum terusik arus pemodenan. Semuanya benar-benar indah.
#2 PENGINAPAN DI BENAN ISLAND RESORT
Dari Jeti Pulau Benan sebenarnya agak jauh untuk ke Benan Island Resort. Terdapat dua cara untuk ke Benan Island Resort. Pertama adalah menaiki motor khas yang boleh membawa ramai penumpang dan barangan. Kedua adalah berjalan kaki sendiri dari jeti ke Benan Island Resort.
Macam aku sendiri, bersama rakan-rakan berjalan dari jeti menuju ke resort. Melihat perkampungan melayu yang cantik, pohon yang indah, walaupun cuaca agak panas memang seronok.
Kawasan glamping terletak di bahagian atas dan setiap glamping boleh memuatkan sehingga 4 orang. Memang selesa ya, sebab ruang yang luas, ada penghawa dingin yang berfungsi dengan baik. Setiap tilam tersedia dengan tuala dan barangan mandi.
Tidur disini memang selesa juga lagi seronok sebab berdekatan dengan tempat mandi yang betul-betul berada di belakang glamping kami. Walaupun tempat mandinya agak dhaif, anda boleh sahaja ke tempat mandi di bangunan belakang yang lebih moden.
Wanita dan beberapa lain ahli lelaki kumpulan kami menginap di Villa dan setiap villa boleh memuatkan sehingga 3 orang.
Pada sebelah petangnya anda boleh bersantai di Coconut beach Resort, menikmati pemandangan laut yang indah, bersembang dan santai bersama rakan-rakan sambil minum minuman yang menyegarkan.
Di sebelah malamnya, hidangan makan malam adalah berasaskan makanan laut. Pertama kali aku cuba kekapis, siput gonggong serta sotong masak bersama dakwatnya. Memang sedap dan rasanya memang berbeza.
#3 PEMANDANGAN SEKITAR BENAN ISLAND RESORT
Antara perkara yang paling aku suka di Benan Island Resort adalah pemandangannya yang cukup memukau. Keindahannya masih terjaga rapi, bersih dan selesa untuk didiami bersama keluarga atau rakan-rakan.
Di sebelah petangnya, anda boleh menuju ke Mangrove Walk sambil menanti waktu terbenamnya matahari. Memang cantik pemandangan disini selain dapat melihat pokok bakau yang terjaga dengan baik. Terdapat juga laluan untuk anda melalui laluan ini.
Pemandangan di sebelah malamnya juga tidak kurang menarik! Dengan cahaya lampu dan juga cahaya bulan, memang sungguh cantik pemandangan di sini. Anda boleh bersiar-siar di sekitar Benan Island Resort ini sambil menikmati udara segar.
#4 AKTIVITI DI BENAN ISLAND RESORT
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah permainan berkumpulan. Kami sempat bermain permainan ala-ala 'team building' di ruangan yang luas terletak berhadapan dengan laut.
Seterusnya anda juga boleh berkayak di sini. Jangan risau kerana kawasan untuk berkayak telah ditetapkan jadi anda tidaklah akan ke kawasan tengah laut yang agak bahaya. Peralatan kayak juga disediakan dalam jumlah kuantiti yang banyak, jadi bolehlah berkayak berama-ramai di sini.
Basikal juga disediakan disini dan anda boleh berbasikal mengelilingi Benan Island Resort ini. Menarik bukan? Aktiviti lain di sini adalah seperti mandi laut, Mangrove Walk, mendaki bukit dan pelbagai lagi. Jangan risau, memang banyak aktivtiti yang anda boleh lakukan di Benan Island Resort ini.
JOM KE BENAN ISLAND RESORT
Jika ditanya pada aku, penginapan di sini untuk dua hari dan satu malam sememangnya tidak cukup. Banyak lagi aktiviti yang aku nak lakukan dalam jangka masa yang lama. Tetapi apakan daya, jadual sudah ditetapkan dan kami perlu ke lokasi seterusnya dengan segera.
Untuk anda yang inginkan kebebasan daripada hirup pikuk kota, ini adalah salah satu lokasi yang anda perlu datang. Percutian bersama keluarga pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluarga serta dapat melakukan aktiviti bersama. In shaa Allah jika diberi rezeki aku pasti akan membawa keluarga untuk bercuti ke Benan Island Resort.
BENAN ISLAND RESORT
Email : benanresort@gmail.com
Telefon : +62 822-1115-8899
Facebook : https://www.facebook.com/benanislandresort
Instagram : https://www.instagram.com/benanislandresort/
#BatamTourismBoard #PelanconganBatam #WonderfulIndonesia ##BenanIslandResort
Artikel ini dihasilkan dari program Batam Mega Fam Trip pada 13 Julai sehingga 16 Julai 2022 anjuran Batam Tourism Promotion Board
bestnya teringin nak glamping
ردحذفMenarik. Jarang nampak orang share apa ada di Riau. Laut di situ tak boleh mandi ke?
ردحذفBoleh je mandi. Siap berkayak lagi :)
حذف