Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalau sebelum ini anda hanya menonton filem-filem tentang DINOSAUR di pawagam dan sebagainya, kini anda boleh pergi sendiri melihat dan berinteraksi dengan dinosaur serta bermain pelbagai lagi tarikan menarik di Jurrasic Dinosaur Adventure Park, Pavilion Bukit Jalil.
Baru-baru ini aku sendiri sempat melihat wajah-wajah keriangan anak-anak kecil dan juga ibu bapa mereka apabila mereka berseronok dengan segala permainan dan tarikan yang ada di Jurrasic Dinosaur Adventure Park, Pavilion Bukit Jalil.
KERIANGAN DAN KESERONOKAN DI JURRASIC DINOSAUR ADVENTURE PARK, PAVILION BUKIT JALIL
Buat pertama kalinya di Malaysia, Jurassic Dinosaur Adventure Park dibuka khususnya kepada golongan kanak-kanak untuk mengalami taman permainan interaktif tertutup bersama pelbagai spesis dinosaur dari zaman prasejarah.
Dinosaur amat popular di kalangan kanak-kanak, merupakan makhluk yang mempersonakan dan hanya boleh dijumpai di dalam buku dan filem. Oleh itu, KKday, sebuah peneraju platform pengalaman pelancongan Asia membawa Jurassic Dinosaur Adventure Park ke Malaysia untuk membawa para pengunjung ke era Jurassic.
Taman tema ini menampilkan pelbagai jenis dinosaur animatronik dengan saiz yang sebenar, menggambarkan kehidupan di habitat mereka dan mampu bergerak serta menghasilkan bunyi yang menggerunkan. Para pengunjung juga dibenarkan untuk mengambil gambar bersama dinosaur-dinosaur ini.
Dibuka sehingga 31 Ogos 2022, Jurassic Dinosaur Adventure Park bertempat di Pavilion Bukit Jalil menjemput semua orang dari semua peringkat umur untuk mengalami keriangan taman tema tersebut. Objektif utama taman tema ini adalah untuk menyediakan platform yang mencetus minat kanak-kanak untuk mempelajari lebih tentang makhluk prasejarah ini sambil bermain dengan pelbagai aktiviti dan sukan yang menyeronokkan.
Taman tema tersebut direka untuk memberi pengalaman yang luar biasa dengan merangsangkan emosi, perhatian dan konsentrasi para pengunjung. Ianya turut dilengkapi dengan alat trampolin, permainan, alat tunggangan, pameran dinosaur yang banyak dan sebagainya yang akan membuatkan kanak-kanak teruja dengan pengalaman tersebut.
TARIKAN MENARIK DI JURASIC DINOSAUR ADVENTURE PARK PAVILION BUKIT JALIL
Hutan Pra-sejarah
Apabila anda melangkah masuk, anda akan kagum dengan pelbagai jenis dinosaur yang seakan-akan hidup dan menyambut anda dengan ngauman mereka! Anda juga dibenarkan untuk berswafoto tetapi waspada, jangan sampai digigit!
Berinteraksi dengan Dinosaur yang seolah-olah bernyawa!
Dinosaur ini hidup! Lariiiii - tapi ambil gambar dulu!
Tunggang dinosaur kegemaran anda
Keretapi Express Dino
Gelongsor Gunung Berapi
Keadaan hangat di gunung berapi! Bergelongsor di gelongsor 3meter untuk lari dari lahar yang mendidih! Lekas! Masa tidak banyak untuk lari!
Jangan biar kaki anda tersentuh Lava Trampoline
Lahar memenuhi lantai! Permainan imaginasi zaman kanak-kanak menjadi realiti dengan ruang trampolin gunung berapi. Lihat setinggi mana anak anda (atau anda) boleh melompat mengelak lantai lahar.
Ruang Permainan Menggali Tulang Dinosaur
Baiklah pengembara kecil, tiba masanya untuk anda mengambil penyodok dan gali! Kami perlu pertolongan anda untuk mencari tulang dinosaur. Adakah anda mampu mencari semuanya?
Permainan Menembak Dino Hunting
Istana Belon Udara Dino Jungle
Ball Pit Interaktif
Gaung Teka Teki Binaan
Alamak, anda terjatuh ke gaung! Kami perlukan bantuan anda menyelesaikan teka teki binaan untuk keluar!
Gelongsor Keriangan Interaktif
Gelongsor Keriangan yang membuatkan anak anda tidak berhenti bermain!
Maklumat Acara & Tiket
KKday merupakan pembekal tiket ekslusif Jurassic Dinosaur - Adventure Park Interactive Indoor Playground. Tiket masuk boleh dibeli melalui https://kkday.me/dinogcma.
Jurassic Dinosaur – Adventure Park Interactive Indoor Playground
🐫Lokasi : Pavilion Bukit Jalil, Lot 5.85.00, Level 5, Orange Zone
🐫Tarikh dibuka : 1 Jun sehingga 31 Ogos 2022
🐫Waktu Operasi ;
Hari biasa: 10.00am - 8.30pm (Tutup dari 2:00pm - 3:30pm)
[Pas sehari]
Hari minggu/Cuti Am/Malam Cuti Am/Cuti Sekolah: 10.00am - 9.40pm, 6 sesi sehari
(10am, 12pm, 2pm, 4pm, 6pm, 8pm)
100 minit / sesi
*Kemasukan akhir adalah pada pukul 8.00 malam
HARGA TIKET
🎫Harga Hari Biasa : RM 55
🎫Harga Hari Minggu : RM 60
(termasuk cuti am, malam cuti am dan cuti sekolah)
*Harga untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sama. Disarankan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas
**Tiket Hari Biasa adalah untuk sesi sehari, manakala Hari Minggu terhad kepada slot masa tersedia
Jimat sehingga RM28 dengan pakej pembelian 4 tiket
🎫Harga Hari Biasa : RM 196
🎫Harga Hari Minggu : RM 212
(termasuk cuti am, malam cuti am dan cuti sekolah)
Tiket Hari Minggu dan Hujung Minggu boleh di didapati dengan diskaun 50% pada 8 dan 9 Ogos 2022 dengan menggunakan kod promosi DINO8. Pengunjung juga boleh menikmati diskaun 50% untuk Pas 1-Hari pada Hari Minggu dengan pembelian minimum sebanyak 4 tiket menggunakan kod promosi DINO50. Sah dari hari ini sehingga 31 Ogos 2022. Tiket boleh digunakan serta merta atau pada tarikh yang berlainan, sila pastikan anda manfaatkan promosi ini dengan menempah tiket anda dengan awal supaya dapat menikmati pengalaman jurassic yang luar biasa.
*Tiket sah sehingga 31 Ogos 2022
Untuk pembelian, sila klik pautan https://kkday.me/dinogcma
Untuk informasi lebih lanjut, anda boleh layari ;
Laman Web : https://www.kkday.com/en-my
Facebook : https://www.facebook.com/KKday
Instagram: https://www.instagram.com/kkdaymy/
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.