Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku sangat teruja untuk berkongsi tentang sebuah lokasi yang menyediakan makanan Arab sedap dan cukup menyelerakan. Untuk anda yang tidak tahu, baru-baru ini aku bersama rakan-rakan dan adik aku ke bandaraya Johor Bahru dan sempat singgah makan di sebuah restoran makanan arab yang dikenali sebagai Zaituna Restaurant.
MAKAN NASI ARAB TERBAIK DI ZAITUNA RESTAURANT, JOHOR BAHRU
Restoran Zaituna ini merupakan sebuah restoran yang menyediakan pelbagai hidangan Arab terutamanya dari Lubnan. Terletak di Taman Tasek, Johor Bahru, restoran ini sememangnya cukup popular dengan pengunjung yang ramai sepanjang masa.
SUASANA DALAM ZAITUNA RESTAURANT
Kami sampai ke restoran ini sekitar jam 4.30 petang dan sememangnya dipenuhi dengan ramai pengunjung. Masuk sahaja ke dalam restoran anda dapat lihat dekorasi kedai bagaikan berada di negara arab, dengan muzik-muzik arab juga turut diperdengarkan buat pengunjung yang sedang menjamah makanan.
Ada banyak tempat duduk dan juga ramai pengunjung. Disarankan untuk anda yang ingin mencuba makanan arab di sini untuk membuat tempahan awal sebab pengunjung memang ramai dan datang daripada pelbagai kaum.
Suasana dalam restoran sememangnya selesa dan anda boleh memilih sama ada mahu duduk di tempat makan berkerusi dan meja atau yang bersila. Pendingin hawa juga turut disediakan untuk memberikan keselesaan buat pengunjung yang datang.
HIDANGAN YANG MENARIK DI ZAITUNA RESTAURANT, JOHOR BAHRU
Sekarang tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu cerita tentang makanan. Kepada yang belum tahu, aku sememangnya peminat makanan Arab terutamanya nasi arab. Ada beberapa restoran arab yang telah aku review sebelum ini. Ada yang menepati citarasa aku dan ada yang sedikit hampa. Bagaimana pula dengan Zaituna Restaurant ini?
Berikut adalah antara menu yang dicuba pada hari tersebut di Zaituna Restaurant.
🍃Tabouleh Salad RM12
👉 Daun parsli yang dicincang halus, tomato, bulgur, dan bawang yang diperasakan dengan garam, jus lemon dan minyak zaitun. RM12
🍥Hummus RM11
👉 Kacang kuda dicampur dengan tahini, minyak zaitun dan jus lemon. RM11
Antara yang wajib ada di restoran arab adalah hummus. Boleh dimakan bersama roti manakala salad tabouleh pula memang sedap dengan rasa yang agak unik.
🍛Dulang Offer RM65
👉 2 Lamb 2 Chicken RM65, tiga jenis nasi (Nasi Mandi, Nasi Maklouba, Nasi Kabsa )
Tiga jenis nasi iaitu nasi mandi, nasi maklouba dan nasi kabsa yang dihidangkan dalam set Dulang Offer ini sememangnya sangat sedap. Kalau datang berkumpulan 4 - 6 orang, aku syorkan untuk anda memesan set ini.
Ayam dan kambing yang tersedia dengan hidangan ini juga dimasak dengan sangat baik dan rasanya memang sedap. Anda boleh menukar sama ada mahu kambing sahaja atau ayam sahaja atau kedua-duanya sekali mengikut selera anda.
🍢Zaituna Mixed Grill Small RM38
👉 4 cucuk daging ayam/kambing, pelbagai kiub kambing, kebab halabi, shish tawook, kafta ayam
Ini juga antara yang menjadi pilihan aku, kebab halabi dan kafta ayamnya memang sedap. Untuk kambing pula aku tak cuba (aku tak makan kambing) tapi menurut rakan-rakan yang mencubanya memang sedap.
🍠Chicken Shawarma Sandwich RM12 & Meat Shawarma Sandwich RM14
Untuk shawarma pula memang saiznya besar, setanding dengan harganya. Untuk setiap hidangan shawarma dihidangkan bersama mayonis dan french fries / potato wedges. Isinya memang padat dan memang berbaloi!
🍕Pizza Cheese RM16
👉 Topping hanya keju mozarella
🍕Pizza Salami RM18
👉 Sosej pedas kering dengan keju putih pada pastri
Terdapat dua jenis pizza yang sempat dicuba pada hari itu. Dua jenis pizza tersebut adalah Pizza Cheese dan Pizza Salami. Pizza yang dihasilkan disini sememangnya sedap tambahan pula pastrinya dihasilkan sendiri di sini.
Oh ya, selain menu-menu di atas, ada juga beberapa menu lain yang anda boleh cuba di sini seperti hidangan spaghetti, burger dan juga seafood. Pilihan yang pelbagai ini sangat sesuai sekiranya ada antara ahli dalam kumpulan yang ingin makan makanan bukan berasaskan makanan arab.
🍺Arabic Tea Pot : RM 14
🍺 Apple Juice Jug : RM 25
Untuk minuman pula, kami memesan arabic tea pot dan juga air jug apple juice. Bagi aku setiap kali ke restoran makanan Arab, arabic tea perlu ada kalau tidak tak lengkap pengalaman makan di restoran arab.
PELBAGAI JENIS MANISAN SEDAP DI ZAITUNA RESTAURANT, JOHOR BAHRU
🍮Kunafa : RM9
Of course manisan tidak dilupakan. Antara yang menjadi bualan dan minat orang ramai sekarang ini adalah manisan kunafa. Memang sedap dan rasanya memang manis. Selain itu, kami juga ada mencuba beberapa manisan lain.
Antara manisan baklawa yang terdapat di sini adalah seperti Baklawa Cashew, Baklawa Pistachio, Baklawa Finger, Baklawa Creamy, Sparrow's Nest Pistachio & Cashew, Ballorich - Cashew & Pistachio dan Baklawa -Rose Pistachio & Cashew.
🍮Baklawa Box Large : RM40
🍮Baklawa Box Medium : RM25
🍮Baklawa Box Small : RM10
🍮Creme Caramel : RM6
🍮Turkish Delight : RM25
JOM MAKAN DI ZAITUNA RESTAURANT, JOHOR BAHRU
Pengalaman makan di Zaituna Restaurant ini memang sangat berpuas hati. Dekorasi dan suasana di dalam restorannya yang cantik dan selesa menjadi sebab ramai pengunjung yang datang ke sini selain pilihan makanan yang enak belaka. Jika ditanya sama ada aku akan kembali lagi ke restoran ini, jawapannya adalah YA! Mungkin dengan membawa keluarga pula selepas ini.
Kepada anda yang berada di sekitar Johor Bahru, anda bolehlah berkunjung ke Zaituna Restaurant ini dan cuba pelbagai hidangan yang menarik. Pastinya anda akan berpuas hati seperti kami di dalam gambar di bawah.
LOKASI ZAITUNA RESTAURANT مطعم زيتونة
🚩Alamat : Zaituna Restaurant | 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200, Johor Bahru, Johor
📱 Telefon : 07-2133577
⌚ Waktu Operasi : Setiap Hari | 11.00 pagi - 11.00 malam ( kecuali Jumaat 2.30 petang)
💻 Laman Web : https://www.zaituna.my
👱 Facebook : https://www.facebook.com/zaitunajb/
💓Instagram : https://www.instagram.com/zaituna_resaurant_jb/
SEKIAN
walaweiii.. sedap2 semuanya Aeril.. terliur ibu ana tengok :)
ردحذفmemang sedap pun mknnn kt restoran ni :)
حذفMeriah menu dia. Sanggup drive ke mana jua kalau rasanya menepati selera. Look at that kunafa!
ردحذفawat la jauh sangat. kalau dekat dah pi ni,kami memang peminat nasi arab. kunafa tu ya ampunnnnnn sedapnyaaa
ردحذفBoleh consider makan kat sini la kalau pergi JB! Harga pun sgt berpatutan kan!
ردحذفOh yumss! some of my friends also went there for makan and feedback semua makanan sana best
ردحذفI wish to eat at Zaituna Restaurant one day when cravings for Arabian food yummy
ردحذفOhh wow....time to enjoy nasi Arab when I'm at JB then, saved this for my reference lol. Cheers Siennylovesdrawing
ردحذفOmg the food looks awesome! I love arabic food and this is something i'm dying to try especially after reading how good it is!
ردحذفWah sampai ke Johor food review kome. Hehehe. Nampak menarik semua menu. Restoran pun cantik. Nanti kalau ke sana, boleh cuba. Hehehe
ردحذفMemang sedap menu2 kat sini.. AM dah cuba.. Paling AM suka adalah menu Nasi Dulang sbb adalah 3 jenis Nasi dengan pilihan Ayam dan Kambing.. Memang terbaik!!! Harga kat sini pun memang murah, berbaloi dan rasanya sedap
ردحذفThe food presentation was so great ! cuma I tak berapa minat dengan makanan Arab, maybe because too many spices on it.
ردحذف