Makan Steak Tersedap di Les Bouchons Puteri Harbour

Aerill Hassan
1
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Les Bouchons Puteri Harbour

The King of Steak and Fries! Les Bouchons merupakan sebuah restoran yang telah wujud sejak tahun 2002 dan ia merupakan antara restoran pertama di Singapura yang memperkenalkan French Steak Frites "Steak and Fries". Daripada hanya dua cawangan di Singapura, Les Bouchons mengembangkan lagi cawangannya ke Iskandar, Johor, Malaysia iaitu di pusat tumpuan Puteri Harbour dengan dekorasi bistro Paris.

Sejak pembukaan restoran ini, matlamatnya adalah  sentiasa sama – untuk memastikan pelanggan berasa dialu-alukan, selesa, menikmati pengalaman yang konsisten, memuaskan dan kualiti yang baik. Les Bouchons dikenali sebagai The King of Steak and Fries! Atau sebagai orang Perancis memanggilnya Le roi du steak frites. Atau orang tempatan memanggilnya “Malaysia Boleh!”

Artikel kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku mencuba beberapa makanan di sini serta kenapa aku sarankan anda untuk datang dan cuba sendiri hidangan di Les Bouchons Puteri Harbour. 

MAKAN STEAK TERSEDAP DI LES BOUCHONS PUTERI HARBOUR

Les Bouchons Puteri Harbour

Macam mana boleh tiba-tiba makan di sini? | Okay sebenarnya kalau ada yang baca artikel Trinidad Suites Puteri Harbour mesti tahu bahawa aku baru-baru ini menginap di hotel tersebut. Yang belum baca bolehlah baca terlebih dahulu.

Pada sebelah malam untuk hari pertamanya selepas berjalan-jalan sekitar Marina Walk Puteri Harbour, aku dan rakan-rakan seterusnya berjalan dalam beberapa ratus meter menuju ke restoran Les Bouchons Puteri Harbour ini. 

Les Bouchons Puteri Harbour


Restoran ini menyediakan menu no pork, no lard and no alcohol. Dapur yang digunakan untuk memasak in shaa Allah Muslim friendly, iaitu tiada bahan masakan seperti yang dinyatakan. Restoran ini juga menyediakan minuman keras untuk pelanggan non-muslim, tetapi di dapur memasak tidak ada bahan-bahan yang haram. 

Masuk sahaja ke dalam restoran ini, memang terasa bagaikan berada di Perancis dengan lagu-lagu yang berkumandang, dekorasi dalaman restoran ini sememangnya sangat cantik. Selain itu, suasana juga meriah dengan beberapa pelanggan lain menyambut hari lahir mereka di sini dan dinyanyikan oleh semua orang yang berada di dalam restoran termasuklah aku dan rakan-rakan. 

Les Bouchons Puteri Harbour

Seterusnya tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu tentang makanan yang dicuba. Sebelum membaca bahagian ini, aku nak minta maaf terlebih dahulu kerana mungkin anda akan terliur melihat menu-menu yang dicuba. 😅

SENARAI MENU YANG DICUBA DI LES BOUCHONS

Les Bouchons Puteri Harbour
Smoked Trout with Toast and Sour Cream (RM50)

Les Bouchons Puteri Harbour
Wild Mushroom Velouté with Truffle Oil (RM30)


Les Bouchons Puteri Harbour
Burgundy Escargots with Garlic Butter (6 pcs) (RM40)


Untuk entrée, makanan yang dicuba adalah Smoked Trout with Toast and Sour Cream (RM50), Wild Mushroom Velouté with Truffle Oil (RM30) dan Burgundy Escargots with Garlic Butter (6 pcs) (RM40)

Wild Mushroom Velouté with Truffle Oil ini memang sedap dan enak sebagai pembuka selera dan dimakan bersama French Bread. Pada mulanya aku ingatkan ia adalah ikan salmon, rupanya ikan trout untuk menu Smoked Trout with Toast and Sour Cream. Rasanya memang sedap dan lebih kenyal berbanding ikan salmon. 

Menu berikutnya iaitu Burgundy Escargots with Garlic Butter ini pula memang unik sebenarnya. Tanpa mengetahui nama menunya, memang agak sukar untuk mengagak apakah hidangan ini, tapi siapa sangka rasa escargots memang sedap. Ini merupakan pertama kali aku mencubanya untuk seumur hidup.


Les Bouchons Puteri Harbour
Free Flow of Home-Made French Fries

Les Bouchons Puteri Harbour
Mixed Salad

Les Bouchons Puteri Harbour
Catch of the day for 2 ( Grilled local Seabass 900gm to 1KG) ( RM 208)

Les Bouchons Puteri Harbour
Wagyu Sirloin MBS 6/7 (RM 258)


Les Bouchons Puteri Harbour
Royal Meal Platter (2pc Lamb Chop, 2 pcs Merguez, Half Roasted Chicken & Angus Beef Fillet (RM358)

Untuk hidangan utama pula, disediakan Mixed Salad dan juga Free Flow of Home-Made French Fries, Catch of the day for 2 (Grilled local Seabass 900gm to 1KG) (RM 208), Wagyu Sirloin MBS 6/7 (RM 258), dan Royal Meal Platter (2pc Lamb Chop, 2 pcs Merguez, Half Roasted Chicken & Angus Beef Fillet (RM358)

French Fries yang disediakan ini sangat istimewa kerana di buat sendiri.  Menu ikan siakap itu pula memang sangat sedap kerana isi ikannya memang segar. Dipanggang dan dimasak dengan sedikit mentega membuatkan rasanya benar-benar bangkit dan begitu menyelerakan dimakan dengan sos khas. 

Menu Wagyu Sirloin pula memang sangat sedap. Sebenarnya aku sendiri memang jarang makan steak, inikan pula daging wagyu. Selalu tengok kawan-kawan kongsikan tentang wagyu, alhamdulillah kali ini dapat juga merasai sendiri daging wagyu. Memang sangat sedap, lembut dan berjus. 

Kalau datang untuk makan beramai-ramai, anda bolehlah cuba Royal Meal Platter yang didatangkan dengan  2 ketul lamb chop, 2 ketul sosej Merguez, ayam roasted separuh dan beef fillet. Memang saiznya besar, dan aku sendiri terkejut dengan saiz hidangan ini.

Les Bouchons Puteri Harbour
Créme Brûlée Masion (RM20)

Les Bouchons Puteri Harbour
Créme Caramel Maison (RM20)

Les Bouchons Puteri Harbour
Home Made Double Chocolate Lava Cake with Vanilla Ice Cream (RM25)

Selesai menjamah hidangan utama ( sebenarnya perut sudah penuh & serba kekenyangan) tibalah masa untuk mencuba pencuci mulut. Tiga jenis pencuci mulut dicuba iaitu Créme Brûlée Masion (RM20), Créme Caramel Maison (RM20), dan Home Made Double Chocolate Lava Cake with Vanilla Ice Cream (RM25)

Créme Brûlée Masion di restoran ini memang sangat sedap. Klau diikutkan, inilah Creme Brulee yang tersedap pernah aku rasa. Creme Caramel Maisonnya pula memang manis dan dan caramelnya sedap. Chocolate Lava Cakenya pun memang sedap dengan coklatnya yang menyelerakan dimakan bersama aiskrim vanilla. 

JOM CUBA STEAK SEDAP DI LES BOUCHONS PUTERI HARBOUR


Les Bouchons Puteri Harbour

Secara jujurnya pengalaman makan di Les Bouchons ini memang terbaik dengan pilihan makanan yang memang enak dan menyelerakan. Steak wagyu dan beberapa lagi menu yang dicuba membuatkan aku tak sabar untuk kembali makan di Les Bouchons Puteri Harbour lagi satu hari nanti.

Untuk sebearang info lebih lanjut tentang restoran Les Bouchons Puteri Harbour termasuklah menu-menunya, anda bolehlah melihat pautan yang ada disenaraikan di bawah.

SEKIAN

LES BOUCHONS PUTERI HARBOUR



LOKASI : Lot R-GL1, Menara Teega, Jalan Lebuh Laksamana, Puteri Harbour, Iskandar Puteri, 79250 Johor Bahru


WAKTU OPERASI :

Selasa hingga Jumaat : 12.00 tengah hari - 3.00 petang | 6.00 petang sehingga 12.00 tengah malam
Sabtu hingga Ahad : 12.00 tengah hari sehingga 12.00 tengah malam
Tutup : Isnin

Untuk tempahan, hubungi : +607 585 2310

Pertanyaan tentang acara : WhatsApp : +6016 433 7223

EMAIL : info@lesbpuchonsmalaysia.com

إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!