Media Fam Trip 2022 : Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komanwel

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Media Fam Trip 2022 : Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komanwel

Tourism Selangor pada 1 Ogos 2022 telah menganjurkan Media FAM Trip dan Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022. Penganjuran Media FAM Trip dan Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 ini mendapat sambutan yang baik dan hangat daripada penggiat media. 

MEDIA FAM TRIP 2022 : TOURISM SELANGOR DI RESORT TAMAN EKO RIMBA KOMANWEL



Tourism Selangor sebagai Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menganjurkan program FAM (Familiarization) Trip atau Open Day dan Majlis Makan Malam Apresiasi Media Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komenwel pada hari ini. Program tersebut pada majlis makan malam telah dirasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor. Seramai lebih 150 orang penggiat media dalam kalangan wartawan, editor, penulis, blogger, selebriti, KOL, youtuber, dan banyak lagi telah menyertai program ini yang bermula dari pagi hingga malam. 

YB Tuan Hee Loy Sian, dalam satu kenyataan berkata,” Program ini dianjurkan oleh Kerajaan  Negeri melalui Tourism Selangor untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan rakan-rakan penggiat media yang membantu khususnya memrpomosikan industri pelancongan di Negeri Selangor. Komitmen yang dizahirkan oleh rakan-rakan media ini, amat penting bagi memastikan industri pelancongan dapat berkembang maju terutamanya dalam persediaan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik. 

Telah terbukti, sepanjang tahun 2021 dan 2022 rakan-rakan media kita telah memberikan liputan media yang tinggi bagi mempromosikan inisiatif-inisiatif bantuan kerajaan Negeri, Kempen-kempen promosi, penganjuran acara dan program pelancongan dan juga menyertai program seperti FAM Trip yang dianjurkan oleh Tourism Selangor.”

Encik Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor berkata,” Untuk tahun ini, pihak Tourism Selangor telah bekerjasama dengan pihak Resort Taman Eko Rimba Komanwel sebagai penaja lokasi dan program terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, sesi FAM Trip atau Open Day yang kita jalankan pada sesi pagi, dan Majlis Apresiasi Media yang kita jalankan pada sesi petang/malam”.


RESORT TAMAN EKO RIMBA KOMANWEL

Media Fam Trip 2022 : Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komanwel

Resort Taman Eko Rimba di Rawang menjadi pilihan Tourism Selangor sebagai lokasi penganjuran program untuk memperkenalkan tarikan pelancongan dan aktiviti yang berkonsepkan eko pelancongan seperti, Glamping, Jungle Trekking, ATV, Aktiviti kayak dan banyak lagi. 

Resort Taman Eko Rimba Komanwel  terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menghala ke Rawang, kira-kira 24km ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3km dari Bandar Rawang. Tarikan ini merupakan hutan simpan yang besar dengan keluasan lebih 260 hektar dalam spesies dipterokarpa tanah rendah bersempadan dengan Hutan Lipur Kanching dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Media Fam Trip 2022 : Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komanwel

Commonwealth Eco Forest Park & ​​Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993, taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap yang disediakan dengan pemandangan panorama, susunan formal, tapak perkhemahan, chalet, monumen air pancut, trek joging, denai mendaki, ladang lebah kelulut dan kemudahan lain untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah untuk percutian.

RTERK kini diuruskan oleh Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

MEDIA FAM TRIP RTERK 2022

Program ini diadakan bermula seawal 8.30 pagi dengan jumlah peserta melebihi 50 orang. Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik, sarapan dan seterusnya sesi taklimat tentang program seterusnya.

Media Fam Trip 2022 : Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komanwel

Setiap peserta diberikan 'passport' dimana terdapat 14 lokasi perlu dilengkapkan dengan tugasan yang mudah iaitu bukti bergambar pada tempat yang ditetapkan. 14 lokasi ini merupakan lokasi-lokasi aktiviti dan tempat bergambar yang cantik sekitar Resort Taman Eko Rimba Komanwel.

5 hadiah diberikan untuk gambar tercantik yang dimuat naik di laman Instagram manakala 15 lagi hadiah untuk cabutan bertuah. Setelah passport semuanya dicop penuh, peserta perlu memuat naik gambar tercantik di laman Instagram.

Media Fam Trip 2022 : Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komanwel

Alhamdulillah, aku dan rakan-rakan berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Majlis penyampaian hadiah diadakan selepas waktu makan tengahhari dan seterusnya majlis dan Media FAM Trip pun berakhir.

Melalui program sebegini, penggiat media dapat melihat lokasi yang cantik sekitar Resort Taman Eko Rimba Komanwel ini sekaligus dapat membantu mempromosikan taman eko rimba ini kepada rakyat Malaysia untuk datang dan beriadah bersama keluarga.

Terima kasih diucapkan buat Tourism Selangor atas jemputan untuk menyertai program ini dan semoga Tourism Selangor dapat mengadakan lagi pelbagai program untuk menaikkan lagi sektor pelancongan di negeri Selangor.

NAK BERCUTI? PUSING SELANGOR DAHULU!

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!