Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang menonton sebuah filem menarik yang ditayangkan di Disney Plus iaitu filem Pinocchio (2022). Pinocchio (2022) ini merupakan sebuah filem fantasi muzikal yang diarahkan oleh Robert Zemeckis dengan lakon layar oleh Zemeckis dan Chris Weitz. Filem ini yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures merupakan filem "live-action remake" untuk filem animasi keluaran Disney pada tahun 1940 dengan judul yang sama, iaitu berdasarkan buku Itali (1883)berjudul The Adventures of Pinocchio oleh Carlo Collodi.
PINOCCHIO (2022)
Pengarah : Robert Zemeckis
Lakonlayar : Robert Zemeckis & Chris Weitz
Penerbit : Andrew Milano, Chris Weitz, Robert Zemeckis, Derek Hogue
Sinematografi : Don Burgess
Muzik : Alan Silvestri
Tarikh Tayangan : 8 September 2022
Durasi : 105 minit
BARISAN PELAKON FILEM PINOCCHIO (2022)
- Benjamin Evan Ainsworth sebagai Pinocchio
- Joseph Gordon-Levitt sebagai Jiminy Cricket
- Tom Hanks sebagai Gepetto
- Cynthio Erivo sebagai The blue Fairy
- Giuseppe Battiston sebagai Stromboli
- Lorraine Bracco sebagai Sofia
- Keegan-Michael Key sebagai "Honest" John
- Kyanne Lamaya sebagai Fabiana
- Jaquita Ta'le sebagai Sabrina
- Angus Wright sebagai Signore Rizzi
- Sheila Atim sebagai Signora Vitelli
- Luke Evans sebagai the Coachman
- Lewin Lloyd sebagai Lampwick
- Jamie Demetriou sebagai guru besar
Baca Juga : Senarai Drama Korea Tahun 2022
SINOPSIS FILEM PINOCCHIO (2022)
Di sebuah kampung kecil Itali pada tahun 1895, kriket gelandangan Jiminy Cricket memasuki rumah seorang pengukir kayu warga emas janda bernama Geppetto, yang tinggal bersama anak kucing peliharaannya Figaro dan ikan emas Cleo. Geppetto telah menyelesaikan kerja pada boneka berdasarkan arwah anak lelakinya, yang dia namakan Pinocchio. Sebelum tertidur, Geppetto mendoakan bintang.
Selepas beberapa hari, Geppetto memutuskan untuk menghantar Pinocchio ke sekolah. Walau bagaimanapun, Pinocchio tidak lama kemudian didekati oleh musang penipu "Jujur" John dan rakan kucingnya Gideon. John yang jujur meyakinkan Pinocchio bahawa dia harus menjalani kehidupan yang terkenal untuk benar-benar menjadi budak lelaki sejati, apabila dia benar-benar merancang untuk menjualnya kepada master boneka Stromboli.
Jiminy, dengan bantuan seekor burung camar bernama Sofia, meyakinkan Pinocchio untuk meneruskan ke sekolah, tetapi Pinocchio dibuang oleh guru besar kerana dia seorang boneka. Pinocchio memutuskan untuk pergi ke Stromboli's, manakala Honest John meletakkan balang kaca di atas Jiminy. Di teater Stromboli, Pinocchio berkawan dengan salah seorang pekerja Stromboli, Fabiana dan bonekanya Sabina. Pinocchio mempamerkan persembahan yang baik untuk orang ramai, tetapi Stromboli mengurungnya dalam sangkar burung untuk menghalangnya daripada pergi. Jurulatih Stromboli akhirnya membebaskan Jiminy dari balang, dan Pinocchio menyuruhnya mencapai kunci kunci sangkar dengan berbohong untuk memanjangkan hidungnya. Geppetto, Figaro dan Cleo keluar untuk mencari Pinocchio apabila dia gagal pulang ke rumah untuk makan malam.
Percaya bapanya telah meninggal dunia, Pinocchio meratapinya dan air mata ajaib jatuh dari matanya pada Geppetto, menghidupkannya semula. Geppetto memberitahu Pinocchio bahawa walaupun menjadi boneka, dia telah membuktikan dirinya sebagai budak lelaki sejati, dan mereka berlepas pulang apabila anggota badan Pinocchio menjadi manusia. Jiminy menceritakan bahawa cerita telah diberitahu tentang Pinocchio menjadi budak lelaki sejati, tetapi tidak mengesahkannya, menegaskan bahawa yang penting ialah Pinocchio mempunyai hati yang berani, jujur dan tidak mementingkan diri, dan bahawa dia benar-benar nyata kepada bapanya yang bangga dan penyayang.
ULASAN FILEM PINOCCHIO (2022)
Tanggal 8 September 2022 filem ini ditayangkan di aplikasi streaming Disney + dan beberapa hari kemudian barulah aku dapat menonton filem ini kerana sudah mempunyai waktu yang lapang. Untuk filem ini, bagi aku antara yang menarik adalah pada visualnya. Walaupun Pinocchio itu sendiri merupakan watak CGI tetapi gabungan CGI dan 'sebenar' sangat menjadi.
Mengenai jalan ceritanya pula, aku merasakan ada sesuatu yang kurang terutamanya di bahagian bagaimana Pinocchio itu boleh wujud. Walaubagaimanapun jalan cerita seterusnya berjalan dengan baik dan aku sebagai penonton dapat memahami cerita ini dengan mudah. Persembahan yang dibawakan oleh Tom Hanks sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Beliau berjaya membawa wataknya dengan sangat baik terutamanya apabila perlu melakonkan majoriti babaknya hanya seorang diri.
Kalau bercakap tentnag filem Disney antara yang tidak akan terlepas adalah tentang muziknya. Sebenarnya ada banyak ya lagu dalam filem ini dan antara yang paling menonjol bagi aku adalah bagi persembahan lagu "When You Wish Upon a Star" yang dinyanyikan oleh Cynthia Erivo sebagai Blue Fairy.
Satu perkara lagi yang menarik minat aku adalah tentang muzik latar filem ini. Kadang-kadang aku sepertinya dapat agak muziknya yang kedengaran tidak asing daripada filem-filem yang aku pernah tonton sebelum ini. Rupa-rupanya muzik untuk filem ini digubah oleh Alan Silvestri iaitu komposer bagi filem Avengers: Infinity War & Avengers: Endgame! Patutlah familiar!
Okay, aku rasa sampai situ sahaja ulasan yang aku nak berikan. Untuk sebuah filem "remake live-action" bagi aku filem ini sebuah filem yang menghiburkan, penuh dengan nostalgia serta visualnya sangat menarik. Anda bolehlah tonton filem ini bersama keluarga dan anak-anak, pastinya mereka turut terhibur. Untuk itu aku berkan filem ini :-
⭐⭐⭐/ 5 BINTANG
Baca Juga : 30 Filem Yang Paling Dinantikan di Tahun 2022
RUJUKAN :
- Wikipedia
- Disney Plus
Bosan la asyik remake atau live adaptation. Lama Disney takde skrip baru menarik sejak Frozen pertama
ردحذف