Bonda Fiesta Vaganza 2022: Bonda Rozita Kongsi Nasihat Buat Usahawan Yang Ingin Berjaya

Aerill Hassan
7
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pengasas kosmetik Sendayu Tinggi, Jamu Ratu Malaya serta pemilik Rumah Hutan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra di sapa Bonda Rozita baru-baru ini berkongsi tentang rahsia kejayaan beliau dalam perniagaannya.  Pengalaman Bonda Rozita yang telah berkecimpung dalam dunia perniagaan herba tradisional sejak memulakan Sendayu Tinggi pada tahun 1997 ini dan masih meneruskan perniagaan sehingga hari ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan.

Antara perkongsian yang diberikan Bonda Rozita ialah seorang usahawan perlulah menetapkan matlamat dalam perniagaan dan pastikan bahawa perniagaan adalah semata-mata bukan kerana wang. Niat dalam membuat perniagaan adalah untuk membantu orang lain dalam masa yang sama menjana keuntungan. Seperti Bonda Rozita sendiri, beliau seronok apabila melihat pengguna menggunakan produk keluaran beliau dan tertanya produk itu berkesan dalam diri mereka.

Selain itu, Bonda Rozita turut menambah bahawa dalam perniagaan tidak perlu untuk membuat gimik dan sebagainya kerana beliau percaya sebagai seorang Melayu dan beragama Islam, adalah tidak molek untuk membuat perkara sebegitu kerana masih ada sifat malu dan juga menjaga tatasusila sebagai umat Islam.


Apa yang penting adalah kejujuran dalam perniagaan. Bonda Rozita yang memiliki beberapa perniagaan seperti Jamu Ratu Malaya (JRM), DeRatu dan perniagaan resort Rumah Hutan Terapi Alam ini juga bercerita tentang kegigihan beliau dalam menimba ilmu walaupun kurang berpengetahuan. Minat beliau untuk belajar perkara baru serta selok belok perniagaan adalah antara rahsia kejayaan beliau sehingga kini.


Disoal tentang rahsia kejayaan beliau dalam perniagaan, Bonda Rozita berkongsi bahawa beliau menjaga hubungan dengan pekerja beliau serta menurunkan ilmu perniagaan yang ada pada mereka supaya perniagan kekal bertahan dan berkembang maju.

Untuk makluman, Rumah Hutan ini diusahakan sejak penghujung tahun 2016 dan inspirasi Bonda Rozita dalam membangunkan rumah hutan ini adalah kerana minatnya yang mendalam terhadap dekorasi yang indah dan serba eksklusif dan dalam masa yang sama mengekalkan keindahan alam sekitar yag dijaga rapi. 

PENGANJURAN BONDA FIESTA VAGANZA (BFV) MERIAH


Bonda Fiesta Vaganza (BFV) pada tahun ini merupakan pemganjuran kali kedua iaitu kali pertama penganjurannya adalah pada tahun 2019. Penganjuran BFV kali ini berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu pada 1 dan 2 Oktober 2022 dianjurkan bagi membolehkan pengunjung mendekati keindahan alam semulajadi Rumah Hutan dengan percuma.

Antara yang menarik buat pengunjung selain melihat keindahan alam semulajadi Rumah Hutan, pengunjung juga dapat membeli produk Jamu Ratu Malaya (JRM), DeRatu yang juga merupakan produk keluaran Bonda pada harga istimewa.


Lebih menarik, terdapat pelbagai promosi pakej, potongan harga sehingga 50% untuk pakej penginapan, potongan harga bagi pakej urutan, produk-produk JRM, produk DeRatu dan juga pelbagai booth lain yang menjual makanan-makanan signature dengan berkonsepkan kemelayuan, barat dan fusion seperti Warung Bonda, Istana Ratu dan Barista Cafe



Program lain yang diadakan di BFV adalah termasuk program berkonsepkan perkongsian ilmu bersama personaliti-personaliti terkenal seperti Ustaz Amin, Ustazah Asni, Shiera Ijoy, Rita Rudaini dan ramai lagi akan diadakan.

Jom memeriahkan Bonda Fiesta Vaganza 2022 yang berlangsung 1 dan 2 Oktober 2022. Selain dapat menikmati keindahan Rumah Hutan, anda juga dapat mengikuti program-program menarik yang ditetapkan! 

BONDA FIESTA VAGANZA


إرسال تعليق

7تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wahhh syok boleh naik ke Rumah Hutan walaupun untuk pelancaram event. Mesti banyak promosi dan lagi best boleh tengok sendiri tempat tu. Hehehe.

    ردحذف
  2. Bonda nie memang figura usahawan yang wajar dikagumi sebab dia berjaya dan kaya tanpa viral bagai kan

    ردحذف
  3. Rumah hutan ni pun satu tempat yang kita nak kunjungi cantik.. kita selalu tengok video bonda ni memang baik dengan staffnya...

    ردحذف
  4. Wah!! Cantiknya Bonda Rozita sekarang yea.. Banyak nya aktiviti dan promosi menarik sepanjang Bonda Fiesta Vaganza ini berlangsung.. Ada masa nanti nak ambil feel menginap dekat sini juga.. mesti best menginap dgn view hutan yang menghijau dan udara yang segar kan..

    ردحذف
  5. Ohh wow...sure beneficial for all that attended to get the good tips from bonda. Thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
  6. Wah meriah nyer event ni! macam best tempat ni kalau ada chance i pun nak visit this place

    ردحذف
  7. Suka caranya Bonda, tak kedekut ilmu untuk berkongsi dan yes, santai no need gimik pun boleh berjaya! Salute her way! 🫡 impressive kan!

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!