Pelancaran 200 Iklan Kereta "Oh Bear Go!" Bertemakan Basikal dan Kereta Api Sempena Kempen Melawat Taiwan

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Taiwan merupakan sebuah lokasi pelancongan yang menarik dengan menawarkan pelbagai makanan dan juga tempat-tempat menarik untuk dilawati. Selain itu, antara yang sinonim dengan Taiwan adalah sebagai negara yang mesra muslim. Baru-baru ini Taiwan mengumumkan untuk membuka sempadan sepenuhnya kepada pelancong bermula 13 Oktober 2022 ini. Berita gembira ini pastinya membuatkan semua orang tak sabar untuk melancong ke negara yang indah dan penuh dengan pelbagai lokasi menarik ini.

Seiring dengan pembukaan sempadan pada 13 Oktober ini, Biro Pelancongan Taiwan Pejabat Kuala Lumpur baru-baru ini melancarkan program pengiklanan kereta Melawat Taiwan "Oh Bear Go! bertemakan basikal dan keretapi di Malaysia. Sebanyak 200 buah kereta dengan iklan bertemakan "Oh Bear Go!" akan  melintasi jalan-jalan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor dengan memaparkan keindahan pemandangan di negara Taiwan. Dengan adanya program ini diharap agar dapat membangkitkan kenangan indah kepada mereka yang pernah dan akan melancong ke Taiwan.


Majlis pelancaran iklan kereta Melawat Taiwan "Oh Bear Go!" 2022 bertema basikal dan kereta api telah diadakan di Hotel Kloe, Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut, turut dipamerkan adalah iklan kereta Melawat Taiwan serba baharu "Oh Bear Go!". 

Terdapat tiga tema penampilan untuk program pengiklanan bertemakan "Oh Bear Go!" ini iaitu :-
  • Basikal Tasik Matahari Bulan Nantou
  • Kereta Api Bunga Sakura Chiayi Alishan
  • Laut Bunga Hydrangea Yangmingshan Taipei

Lebih menarik, maskot Taiwan "Oh Bear Go!" akan menunggang basikal di jalan-jalan di Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor yang bakal menjadi tarikan orang ramai.


Chou Shih Pi, pengarah Pejabat Biro Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur, yang menghadiri majlis pelancaran itu berkata, 

"Taiwan telah menggunakan basikal & kereta api sebagai tema promosi pelancongannya dalam dua tahun yang lalu, jadi sudah tentu basikal dan kereta api dipadankan dengan pemandangan indah Taiwan dalam reka bentuk iklan. Tambahan pula, Taiwan menggunakan "Salam Taiwan" sebagai tema untuk mempromosikan pelancongan mesra Muslim secara aktif sebelum pandemik, jadi iklan kenderaan ini turut memasukkan elemen pelancongan mesra Muslim, dengan harapan dapat menarik lagi umat Islam Malaysia untuk melancong ke Taiwan.”


DESTINASI PELANCONGAN MESRA MUSLIM

Taiwan terus menambah baik persekitaran sambutan mesra Muslim bagi menarik rakan Muslim dari seluruh dunia untuk melihat keindahan Taiwan. Hab pengangkutan utama dan tempat pemandangan negara dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan mesra Muslim

Lebih 200 restoran dan hotel telah menerima pensijilan halal yang berkaitan. Menurut Mastercard-Crescent Rating "Global Muslim Travel Index (GMTI) 2022, Taiwan mengekalkan kedudukan tempat kedua di kalangan destinasi bukan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC) di seluruh dunia kerana persekitaran pelancongan yang mesra Muslim dan ini telah menjadikannya destinasi pilihan untuk pelawat Islam yang melancong ke luar negara.

IKLAN KERETA BERTEMA "OH BEAR GO!"

Berikutan sekatan pandemik selama hampir tiga tahun, Taiwan melancarkan 200 iklan kereta bertema "Oh Bear Go!" di Malaysia buat kali pertama. 120 daripadanya akan melintasi Lembah Klang, 40 di Pulau Pinang dan 40 di Johor. Ini juga merupakan kali pertama beratus-ratus iklan kenderaan bertema pelancongan muncul di jalan-jalan Malaysia pada masa yang sama. 


Sehubungan itu, Biro Pelancongan Taiwan turut dianugerahkan "Pengiklanan Kereta Terbanyak Untuk Jenama Pelancongan" oleh Malaysia Book of Records. Sijil itu disampaikan kepada Pengarah Chou oleh wakil Malaysia Book of Records, Encik Aaron Bong, Timbalan Pengurus Besar.

PERADUAN IMBAS & MENANG (SCAN & WIN)

Sempena pengiklanan kereta bertema "Oh Bear Go!", Pejabat Biro Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur turut mengadakan Peraduan Imbas & Menang (Scan & Win) #taiwanmynextdestination berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 26 November. 

Semua peserta hanya perlu menyiarkan gambar mereka dengan iklan kereta pada halaman Biro Pelancongan Taiwan FB Malaysia (@tbrockl), dan hastag #taiwandmynextdestination untuk mendapat peluang memenangi hadiah, termasuk penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Taipei yang ditaja oleh Starlux Airlines, tablet premium, dan kad Touch ‘n Go Taiwan edisi special yang termasuk kredit RM200.


Majlis pelancaran ini turut disertai pengacara TV tempatan terkenal Xiao Yu, penyampai berita Tan Chia Yong, dan pengacara radio Suria FM DJ Lin. Kehadiran mereka adalah untuk berkongsi tanggapan dan pandangan mereka tentang Taiwan serta pelbagai pengalaman melancong yang menyeronokkan pada majlis pelancaran iklan kereta Melawat Taiwan bertema basikal & kereta api.


Maklumat lanjut tentang #taiwanmynextdestination Peraduan Imbas & Menang boleh didapati di halaman rasmi Facebook atau halaman rasmi Instagram.

#taiwanmynextdestination #timefortaiwan

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!