Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

Aerill Hassan
2
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

Filem Black Panther: Wakanda Forever (2022) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan watak Black Panther di dalam Komik Marvel. Diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, filem ini merupakan filem sekuel bagi filem Black Panther (2018) dan merupaka filem ke 30 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Diarahkan oleh Ryan Coogler, ditulis lakonlayar bersama Joe Robert Cole, filem ini dibintangi ramai pelakon hebat seperti Letitia Wright, Lupita Nyong'o, Danai Gurira, Winston Duke, Florence Kasumba, Dominique Thorne, Michaela Coel, Tenoch Huerta, Martin Freeman, Julia Louis-Dreyfus, dan Angela Bassett.

Filem ini mendapat review di Rotten Tomatoes sebanyak 84% manakala di Metacritic mendapat 67/100 dan CinemaScore memberikan filem ini gred "A'.


FILEM BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER (2022)

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

Pengarah : Ryan Coogler
Lakon Layar : Ryan Coogler/Joe Robert Cole
Penerbit : Kevin Feige/ Nate Moore
Sinematografi : Autumn Durald Arkapaw
Muzik : Ludwig Göransson
Durasi : 161 minit
Tarikh Tayangan : 11 November 2022
Bajet : $250 juta


BARISAN PELAKON BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER (2022)

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)
  • Letitia Wright sebagai Shuri / Black Panther
  • Lupita Nyong'o sebagai Nakia
  • Danai Gurira sebagai Okoye
  • Winston Duke sebagai M'Baku
  • Florence Kasumba sebagai Ayo
  • Dominique Thorne sebagai Riri Williams / Ironheart
  • Michaela Coel sebagai Aneka
  • Tenoch Huerta Mejía sebagai Namor
  • Martin Freeman sebagai Everett K. Ross
  • Julia Louis-Dreyfus sebagai Valentina Allegra de Fontaine
  • Angela Bassett sebagai Ramonda
  • Michael B. Jordan sebagai N'Jadaka / Erik "Killmonger" Stevens
  • Mabel Cadena sebagai Namora
  • Alex Livinalli sebagai Attuma

SINOPSIS PENUH FILEM BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER (2022)

*Diterjemah terus melalui Google Translate

T'Challa, raja Wakanda, meninggal dunia akibat penyakit yang adiknya Shuri percaya boleh disembuhkan oleh "herba berbentuk hati". Shuri kemudiannya tidak berjaya mencuba untuk mencipta semula herba secara sintetik selepas ia dimusnahkan oleh Killmonger.

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

Setahun kemudian, Wakanda berada di bawah tekanan dari negara lain untuk berkongsi vibranium mereka, dengan beberapa pihak cuba mencurinya secara paksa. Ramonda memohon Shuri untuk meneruskan penyelidikannya tentang herba berbentuk hati, dengan harapan dapat mencipta Black Panther baharu yang akan mempertahankan Wakanda, tetapi dia menolak kerana kepercayaannya bahawa Black Panther adalah figura masa lalu. CIA menggunakan mesin pengesan vibranium baharu dalam ekspedisi ke potensi deposit vibranium di bawah air. Seluruh pasukan pencari diserang dan dibunuh oleh Namor dan orangnya yang berkulit biru, bernafas air, tetapi CIA percaya Wakanda bertanggungjawab. Namor pergi ke Ramonda dan Shuri, dengan mudah memintas keselamatan lanjutan Wakanda. Dia menyalahkan Wakanda untuk perlumbaan vibranium dan memberi mereka kata dua - cari dan berikan dia saintis yang bertanggungjawab untuk mesin pengesan vibranium, atau dia akan menyerang Wakanda.

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

Shuri dan Okoye, dengan bantuan rakan mereka dan ejen CIA Everett K. Ross, pergi ke Boston untuk bertemu saintis yang bertanggungjawab: seorang pelajar MIT bernama Riri Williams. Kumpulan itu dikejar oleh FBI, dan kemudian oleh pahlawan Namor, yang mengalahkan Okoye dan membawa Shuri dan Williams ke bawah air untuk bertemu Namor. Ramonda melepaskan Okoye daripada tugasnya sebagai Dora Milaje, dan mencari Nakia, yang telah tinggal di Haiti sejak Blip, untuk mendapatkan bantuan mencari Shuri dan Williams. Shuri bertemu dengan Namor, yang menunjukkan kepadanya kerajaan bawah airnya yang kaya dengan vibranium di Talokan, yang telah dilindunginya selama berabad-abad daripada ditemui oleh dunia. Pahit di dunia permukaan yang pernah menolaknya, Namor mencadangkan pakatan dengan Wakanda menentang seluruh dunia tetapi mengancam untuk memusnahkan Wakanda terlebih dahulu jika mereka menolak. Nakia membantu Shuri dan Williams melarikan diri, dan Namor membalas dengan serangan terhadap ibu kota Wakanda, di mana Ramonda lemas menyelamatkan Williams. Namor berikrar untuk kembali dalam masa seminggu dengan tentera penuhnya, dan rakyat Wakanda dipindahkan ke Tanah Jabari untuk keselamatan mereka.

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

Sementara itu, Ross ditahan oleh bekas isterinya dan pengarah CIA, Valentina Allegra de Fontaine, kerana secara rahsia bertukar maklumat risikan rahsia dengan Wakandan. Shuri, menggunakan sisa herba yang memberi orang Namor kebolehan dalam air mereka, secara sintetik membina semula herba berbentuk hati. Selepas menelan herba itu, Shuri menjadi Black Panther baharu dan bertemu Killmonger dalam Pesawat Ancestral, yang menggesanya untuk membalas dendam. Apabila kembali, dia diterima oleh suku Wakandan yang lain sebagai Black Panther. Walaupun nasihat M'Baku untuk keamanan, Shuri bertekad untuk membalas dendam atas kematian Ramonda dan mengarahkan serangan balas segera ke atas Namor. Bersedia untuk berperang, dengan Ayo memegang peranan sebagai Jeneral Dora Milaje, Shuri memberikan perisai Malaikat Tengah Malam kepada Okoye, yang sebagai balasannya merekrut Aneka untuk menyertainya. Williams mencipta sut perisai berkuasa untuk mempertahankan Wakanda sebagai menghormati pengorbanan Ramonda.

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

Orang Wakandan menggunakan kapal pelaut, Sea Leopard, untuk memasang perangkap untuk Namor, memikat dia dan pahlawannya ke permukaan, dan pertempuran berlaku. Shuri memisahkan Namor daripada seluruh rakyatnya, berniat untuk mengeringkannya dan melemahkannya. Pasangan itu terhempas di pantai padang pasir dan bergaduh. Shuri akhirnya mengalahkan Namor, tetapi dia menyedari persamaan antara laluan mereka sendiri dan memutuskan untuk menyelamatkan nyawa Namor, menawarkan dia pakatan aman. Namor menerima dan pertempuran berakhir. Sepupu Namor, Namora, kecewa dengan Namor mengalah kepada Shuri, tetapi dia berjanji bahawa empati Shuri terhadap rakyat mereka berguna kerana Wakanda tidak mempunyai sekutu lain di dunia. Kini selamat, Williams kembali ke Boston, tetapi terpaksa meninggalkan sut baharunya. Kemudian, Okoye menyelamatkan Ross daripada kurungan.

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

Memilih untuk tidak mencabar takhta, Shuri melawat Nakia di Haiti di mana dia membakar jubah istiadat pengebumiannya seperti yang ibunya mahukan, membenarkan dirinya akhirnya bersedih. Dalam adegan pertengahan kredit, Shuri mengetahui bahawa Nakia mempunyai seorang anak lelaki dengan T'Challa, bernama Toussaint, yang Nakia telah membesarkan secara rahsia jauh dari tekanan takhta. Toussaint mendedahkan nama Wakandannya ialah T'Challa.


ULASAN FILEM BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER (2022)


Seperti biasa, untuk filem-filem Marvel Studios aku akan pastikan untuk menontonnya pada waktu tayangan pertama atau pada hari pertama. Sebab apa? Spoiler akan berada di merata-rata ruang media sosial & of course sebagai peminat filem Marvel aku akan tonton filemnya seawal yang mungkin. Cuma filem Thor: Love & Thunder (2022) sahaja aku tonton lewat, itu pun di negara jiran.

In shaa Allah untuk kali ini aku akan berikan pendapat dan ulasan aku sebaik mungkin untuk filem Black Panther: Wakanda Forever (2022).

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

JALAN CERITA FILEM ini dilihat memberi penghormatan buat Chadwick Boseman yang meninggal dunia sebelum filem ini dihasilkan. Seawal minit pertama penonton dapat melihat bagaimana ceritanya bermula, T'Challa sedang sakit dan kemudiannya meninggal dunia. Dipertontonkan pula intro Marvel Studio dengan wajah dan adegan yang dilakonkan oleh Chadwick Baseman.

Kemudian cerita pun bermula tentang vibranium yang menjadi rebutan ramai, dan barulah Talocan diperkenalkan buat pertama kalinya pada penonton. Secara keseluruhannya, aku sendiri dapat melihat bagaimana Namor mempunyai niatnya yang aku faham, tidak mahu dunia luar mengganggu dunia bawah air mereka dan perbuatan Wakanda memperkenalkan diri mereka sebenar boleh menyebabkan kedudukan mereka tergugat.

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

Selain itu, aku juga dapat melihat perjalanan Shuri yang kehilangan segala-galanya, kemudian perlu mempertahankan Wakanda. Betapa berat peranannya ditambah lagi kesukaran untuk menghasilkan "herba berbentuk hati". Aku juga setuju dengan pengakhiran bagi filem ini kerana pengakhirnya terbuka untuk jalan cerita berikutnya dimulakan. Namor dengan niatnya yang masih sama, cuma mungkin akan menjadi Wakanda sebagai batu loncatan sahaja, manakala anak T'Challa bakal menjadi penggantinya nanti. Oh, tidak dilupakan, Riri Wiliams sebagai IronHeart dan akan mempunyai sirinya tersendiri di Disney Plus.

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

LAKONAN PARA PELAKON semuanya sangat bermutu tinggi. Pujian perlu diberikan pada Angela Basset kerana lakonannya sangat menonjol berbanding pelakon yang lain. Emosi yang dibawakan menusuk tepat ke dalam perasaan. Selain itu, watak Shuri yang dilakonkan oleh Letitia Wright juga sangat berjaya, emosi yang dibawakan setiap satunya memang dapat dilihat dan sangat menjadi.

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

Pujian juga patut diberikan kepada pembawa watak Namor iaitu Tenoch Huerta Mejía yang berjaya membawa watak antihero dengan baik. Emosinya ketika menyerang Wakanda memang sangat bagus! Antara watak yang aku tak sangka akan ada dalam filem ini adalah watak yang dibawa oleh Julia Louis-Dreyfus iaitu Valentina Allegra de Fontaine! Siapa sangka watak ini muncul dalam filem Black Widow (2021), siri Disney Plus Falcon & The Winter Soldier (2020) dan kini dalam filem ini. Watak ini akan menjadi penting bagi filem Thunderbolts nanti!

CGI dalam filem ini juga sangat meyakinkan, tetapi masih ada beberapa babak yang boleh dilihat kesan khasnya tidak berapa menjadi. Babak dalam air juga dilihat begitu cantik dan memperlihatkan betapa cantiknya Talokan. Antara yang menjadi persoalan aku adalah ketika Shuri berenang di Ancestral Plane, pakaiannya dilihat berubah dari basah menjadi kering. Mungkin ada teknik reverse filming disitu? Memang terbaik!

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

PENGHORMATAN PADA CHADWICK BOSEMAN boleh dilihat dari awal sehingga ke penghujung filem ini. Dalam filem ini juga dikatakan T'Challa menyimpan berita penyakitnya daripada orang, sama seperti yang dilakukan oleh Chadwick Boseman. Ramai juga yang berpendapat watak T'Challa perlu diganti dengan pelakon lain, tetapi menurut pendapat aku sendiri, apa yang dilakukan oleh Ryan Coogler dan Kevin Feige adalah lebih baik berbanding menggantikan watak tersebut. Penghormatan dilakukan dengan baik, tanpa menjejaskan filem sebenar.

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

DURASI filem ini yang agak lama iaitu 161 minit mungkin boleh dikurangkan. Ada beberapa babak yang agak panjang dan mungkin tidak perlu sebenarnya kerana penotnon boleh faham jalan cerita dengan mudah tanpa babak yang panjang itu. Ketika aku menonton filem ini, di pertengahan filem aku mendengar bunyi berdengkur. Sama ada bahagian filem itu yang panjang dan agak bosan, atau yang berdengkur tu memang mengantuk.

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)

BABAK AKSI dalam filem ini semuanya memang sangat bagus. Babak di atas jambatan antara babak yang aku suka. Selain itu, babak ketika warga Talokan menyerang Wakanda juga memang menarik selain babak terakhir di kapal yang menyaksikan ramai Wakanda yang tewas. Penonton boleh nampak akhirnya Wakanda bertemu juga seteru mereka yang mungkin lebih kuat.

Review Filem : Black Panther Wakanda Forever (2022)


SECARA KESELURUHANNYA, filem Black Panther: Wakanda Forever (2022) ini boleh dikatakan filem terbaik bagi MCU Phase 4, pengakhiran bagi fasa 4 yang berjaya. Sehingga artikel ini ditulis, filem ini berjaya memungut sebanyak $330 juta! Semoga filem ini dapat memberi impak yang lebih banyak berbanding filem terdahulu. Untuk itu, aku memberikan filem ini ;

BINTANG :⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10


Rujukan;

  • Wikipedia
  • Google Image
  • Marvel Studios

إرسال تعليق

2تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. kalau pengarah gantikan watak T'challa dengan pelakon lain mesti ada comparison. Bila buat macam ni dan cari Black Panther yang baru impak lebih terasa la di hati fans Marvel. Kostum diorang cantik sangat.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!