Nak Menang Kereta dan Wang Tunai RM7,000? Jom Borong Barang di Fellera Beauty

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Saban tahun menganjurkan jualan harga murah, pengasas produk yang juga pemilik empayar perniagaan, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, Syarifah Khyra Muhsin teruja mengumumkan promosi terkini yang akan berlangsung 20 hingga 27 Disember ini.

Pengusaha produk viral, suplemen berasaskan jeli, Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral dan Jus Ajaib itu berkata harga ditawarkan hingga diskaun 15 peratus. Malah, tidak hanya tawaran harga runtuh tidak masuk akal, jualan hujung tahun itu turut menawarkan ganjaran wang ringgit tunai dan sebuah kereta.

“Cabutan bertuah kami anjurkan sempena jualan hujung tahun ini termasuklah menawarkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza, wang tunai RM7,000 dan banyak lagi.


“Harga jualan hujung tahun ini memang tak masuk akal.  Boleh borong barang keluaran syarikat saya. Dan siapa tahu hadiah cabutan bertuah ditawarkan bakal jadi milik anda.

“Ada juga item edisi istimewa termasuk ‘come back’ The Best Lipmatte dan Parfait Sponge Foundation. 


Dalam pada itu, Syarifah Khyra takjub dan teruja kerwna Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral terus menjadi pilihan ramai wanita termasuk selebriti popular. Malah tanpa berselindung, pemilik nama penuh, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin, 30, berkata, setiap kali meneliti testimoni pengguna terhadap keberkesanan produknya, dia pasti mengalirkan air mata.

Syarifah Khyra bersama produk kebanggaannya, Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral

Tambah Syarifah Khyra, senario positif itu terus membakar semangatnya untuk terus memperkasa golongan wanita dalam kehidupan seharian asbab memakan jeli fenomena dipasarkan.

“Ada yang hampir bercerai sebab tak dikurniakan anak. Ada yang dihina berbakul-bakul dengan mentua kerana tak mampu memberikan cucu. Tak kurang yang diherdik dan dipandang sinis kerana belum ada anak hingga suami minta mencari jalan.

“Malah ada digelar dengan panggilan jahat iaitu mandul kerana tak mampu melahirkan anak. Namun asbab jeli saya dan izin  Tuhan, derita itu bertukar bahagia.

“Ada testimoni yang sudah lapan tahun berkahwin, namun dengan izin menjadi pengguna jeli ini, pasangan itu dikurniakan cahaya mata. Semuanya paparan realiti hidup yang pahit dilihat, namun setiap usaha itu pasti ada hasil indah,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini bersyukur kerana produk jelinya yang terkenal dengan tagline sekali sedut, tak cari lain itu mampu menyuntik senyum ramai wanita dari anak dara hingga ke usia emas.

“Lebih beruntung produk jeli ini juga menjadi kepercayaan ramai selebriti popular tanah air. Termasuklah Neelofa, Rozita Che Wan, Elfira Loy dan Syatilla Melvin.

“Malah kebanyakan daripada artis itu digunakan khidmat mereka mempromosikan tanpa terlalu ‘hardsell’. Ternyata selebriti ini sendiri mengakui khasiat  jeli berkenaan seperti wanita lain.

“Pendek kata, ramai wanita diberi kesempatan indah untuk hamil, suami makin sayang, dalaman diri makin cantik asbab menggunakan produk jeli ini,” katanya.

Dalam pada itu, Syarifah Khyra sendiri takjub melihat kebahagiaan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail saat dikurniakan Muhammad Bilal.


“Saya mahu ramai lagi golongan wanita mengecapi nikmat hidup sama seperti Neelofa dengan kehadiran cahaya mata. Insya-Allah. Kita jangan putus harap dan usaha ya!.

“Semoga produk jeli ini dalam bentuk stik berasaskan vitamin, ekstrak buah dan 30 peratus campuran jamu ini terus menjadi pelengkap kaum Hawa.

“Ia dapat menyelesaikan masalah utama golongan wanita termasuk haid, senggugut, cyst, fibroid, hubungan kelamin selain komplikasi kulit. Jeli ini juga tinggi kandungan antioksida untuk ketahanan diri daripada serangan virus,” katanya. 

Testimoni yang menggunakan produk #jellyajaibviral











Sekian

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!