Singgah Pengerang Raikan Kemeriahan Piala Dunia 2022 dengan Parti Bola Kaw!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Parti Bola Kaw @ Singgah Pengerang

Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar sememangnya begitu meriah dengan begitu banyak kejutan yang diberikan oleh pasukan-pasukan bolasepak terhandal di dunia. Kemeriahan Piala Dunia 2022 ini turut diraikan dimana baru-baru ini aku telah menyertai Parti Bola Kaw yang berlangsung dengan meriah di Hotel Singgah Pengerang, Pengerang, Johor.

SINGGAH PENGERANG SEMARAKKAN PIALA DUNIA DENGAN PARTI BOLA KAW

Parti Bola Kaw @ Singgah Pengerang

Singgah Pengerang yang merupakan salah sebuah rangkaian hotel milik anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), KOPETRO Hotel & Resorts Sdn. Bhd., telah menganjurkan sebuah program ‘Parti Bola Kaw’ iaitu sesi tayangan perlawanan Piala Dunia di Singgah Cafe dengan mengajak orang ramai untuk menonton dan bersorak bagi pasukan pilihan mereka. Dianggarkan lebih 40 orang pengunjung termasuk para pempengaruh media sosial (Influencer), penghuni Hotel di Singgah Pengerang serta para jemputan yang berada di sekitar Pengerang telah hadir memeriahkan program tersebut.

Parti Bola Kaw @ Singgah Pengerang

Tetamu yang hadir pada program ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur telah dihidangkan dengan makanan yang disediakan daripada Singgah Cafe. Turut memeriahkan tayangan Piala Dunia adalah pelbagai aktiviti lain antaranya ialah permainan mini, cabutan bertuah dengan tawaran hadiah menarik, termasuk pemberian jersi bola sepak edisi terhad.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah berkata ini merupakan program yang diadakan buat julung kalinya bertujuan untuk mengumpulkan peminat-peminat sukan bola sepak untuk hadir dan beramah mesra sambil menonton pasukan pilihan mereka beraksi.

“Tayangan bola sepak ini diadakan menerusi beberapa siri bermula pada 9 Disember (peringkat suku akhir), 10 Disember (peringkat suku akhir), 14 Disember (peringkat separuh akhir), 17 Disember (perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat) dan akhir sekali pada 18 Disember nanti bagi perlawanan peringkat akhir,” 
ujar Ahmad Shakir.

Parti Bola Kaw @ Singgah Pengerang

Tambah Ahmad Shakir, selain menyemarakkan semangat bola sepak program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap jenama rangkaian hotel Singgah milik KOPETRO.

Untuk makluman, Singgah Pengerang adalah hotel kedua selepas Singgah Kertih, diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts. Selain itu, turut menawarkan perkhidmatan nasihat bagi pengusaha hotel lain yang mahu mendapatkan khidmat pengurusan hotel. Rangkaian hotel Singgah menampilkan konsep butik yang mensasarkan golongan eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas selain pemilik-pemilik perniagaan dan pelancong-pelancong tempatan.

Parti Bola Kaw @ Singgah Pengerang

Parti Bola Kaw @ Singgah Pengerang

Bermula Januari 2021, KOPETRO Hotel & Resorts mula mengembangkan jenama Singgah dengan memperkenalkan Singgah Cafe selari dengan pembukaan cawangan hotel di Pengerang. dengan Menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa, Singgah Cafe adalah lokasi paling sesuai untuk berehat dan menghabiskan waktu hujung minggu menikmati hidangan makanan dan minuman berkelas premium pada harga berpatutan.

Parti Bola Kaw @ Singgah Pengerang

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian hotel Singgah dan pelbagai pakej penginapan yang ditawarkan, layari laman web www.singgah.com.my atau ikuti akaun Facebook dan instagram @SinggahPengerang atau emel rsv.singgahpengerang@kopetro.com.my untuk membuat tempahan.

Parti Bola Kaw @ Singgah Pengerang

MENGENAI KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD (KOPETRO) 

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan dan Peruncitan. 

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 2 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards. 

Akaun Media Sosial 

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!