Peraduan Kongsi dan Menang Food Hunting VIT’S

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


PERADUAN KONGSI DAN MENANG 

VIT’s mengetengahkan produk Pan Mee yang sinonim dengan masyarakat Tiong Hua bersempena peraduan Food Hunting VIT’S pada Tahun Baharu Cina

Tahun Baru Lunar adalah sebuah perayaan utama dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia dan seluruh dunia. Bagi tahun 2023 ini, Arnab telah diangkat sebagai haiwan yang menjadi kebanggaan pada tahun baharu ini. Selain menjadi lambang umur panjang, keamanan, dan kemakmuran budaya masyarakat cina, Tahun Baharu Cina yang bermula daripada 22 Januari 2023 dan melabuhkan tirainya pada 9 Februari 2023 menjadi tahun harapan bagi seluruh masyarakat beragama budha.

Mengikut mitologi Cina hubungan arnab dengan bulan telah mencipta tanda yang mementingkan kecantikan. Mereka adalah makhluk sensitif yang sangat mementingkan kedamaian dan ketenangan. Tahun Baru ini juga dikatakan tanda yang menunjukkan umur panjang dan keberuntungan. Malahan dikatakan tekun, berbakat dan bercita-cita tinggi. 

Tahun Baru Cina juga dianggap sebagai detik permulaan kehidupan dan titik permulaan penentuan nasib seseorang dalam menjalani kehidupan yang akan datang.


Jenama pengeluar mi segera VIT’S, yang telah bertapak di Malaysia sejak 47 tahun yang telah  memperkenalkan inovasi produk baharu. VIT’s telah menjadi perhatian umum dan menjadi salah satu kegemaran mi kering yang popular di seluruh Negara. Antara produk yang dikeluarkan oleh VIT’S antaranya, Mi Goreng Italian berperisa Bolognese, Aglio Olio dan Carbonara yang mendapat sambutan hangat di pasaran. 

Selain dari itu juga VIT’S memperkenalkan produk Fresh Pan Mi sempena perayaan Tahun Baru Cina ini. Pan Mi ini merupakan makanan yang digemari oleh masyarakat cina. Mi diuli dengan menggunakan tangan atau jalur biasa mi dan ditekan oleh mesin dengan tekstur enak tidak seperti pasta Itali. 

Jenis yang popular di Lembah Klang dikenali sebagai "Pan Mi Cili". Pan mi yang dihidangkan dengan daging cincang, telur rebus, ikan bilis goreng dan emping cili goreng yang ditambah sebagai perasa. Pan Mi Cili disertai dengan semangkuk sup jernih dengan sayur-sayuran berdaun.


Dalam pada itu, sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina kali ini juga, VIT’S ingin mengambil peluang untuk menjemput orang ramai menyertai Peraduan Kongsi dan Menang Food Hunting VIT’S dan anda bakal memenangi pelbagai hadiah hadiah menarik. 

“Kami amat teruja untuk kembali menganjurkan peraduan Tahun Baru Cina ini buat para pengguna kami dan menawarkan mereka peluang untuk memenangi hadiah menarik. Ini merupakan antara inisiatif kami untuk terus menyokong para pengguna kami, selain merakamkan penghargaan atas sokongan orang ramai terhadap VIT’s.” 
Kata Pengarah Eksekutif Encik YT Lai, Vit Makanan (Kuala Lumpur).

Peraduan bermula pada 14 Januari 2023 sehingga 15 Februari 2023. Langkah-langkah penyertaan adalah seperti berikut :
  • 1) Siarkan menu atau memori suasana anda sewaktu sedang Food Hunting dalam bentuk gambar atau video bersama makanan atau menu yang menghubungkan anda dengan masyarakat cina seperti bersama menu dimsum, limau mandarin atau bersama Pan Mee VIT’S.
  • 2) Masukkan Hashtag #foodhuntingvits #tahunbarubersamaVITS  #vitspanmee 
  • 3) Tag akaun media sosial VIT’S
  • 4) Pastikan akaun media sosial anda tidak dalam “mode private”  

Anda semua boleh menyertai Peraduan Kongsi dan Menang iaitu “Food Hunting VIT’S” dan memenangi hadiah menarik. Pelbagai hadiah menarik yang disediakan. Tarikh tutup penyertaan pada 15 Februari 2023. 

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!