Buffet Ramadan 2023 : Citarasa Desa di Hotel Royal, Kuala Lumpur

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ramadhan Tiba ~ Bila bulan puasa sahaja, selain beribadah antara yang menjadi perkara yang menyeronokkan adalah makanan. Pasti ramai sekarang yang sedang berkira-kira mencari tempat buffet Ramadhan yang menarik pada harga yang berpatutan. Untuk anda yang berniat untuk berbuka puasa di Buffet Ramadhan yang berpatutan, anda bolehlah ke Citarasa Desa di Hotel Royal Kuala Lumpur.

CITARASA DESA HOTEL ROYAL KUALA LUMPUR


Kini Hotel Royal Kuala Lumpur kembali dengan Bufet Ramadan untuk tahun 2023, yang bertemakan CITARASA DESA. Hotel Royal Kuala Lumpur terkenal dengan sajian makanan yang cukup enak dan berbagai citarasa sebelum ini. Namun sajian kali ini juga menepati citarasa masyarakat Malaysia sempena bulan Ramadan kali ini.

Terletak di lokasi yang cukup strategik, Hotel Royal Kuala Lumpur pastinya satu lokasi yang cukup tepat untuk anda menikmati buffet Ramadhan. Boleh menempatkan sehingga 150 orang pada satu-satu masa, Citarasa Desa di Hotel Royal Kuala Lumpur juga turut menyediakan ruangan solat termasuklah solat terawih yang dikendalikan oleh ustaz. 


Buffet Ramadhan Citarasa Desa di Hotel Royal Kuala Lumpur ini bermula pada jam 6 petang sehingga 10 malam. Selain itu, Hotel Royal Kuala Lumpur turut menampilkan dua artis tanah air iaitu Kelly Azman dan Ani Mayuni yang akan menghiburkan para pengunjung sepanjang bulan Ramadhan nanti. Seterusnya, pelbagai hadiah cabutan bertuah akan diberikan kepada pengunjung yang hadir. Menarik bukan?!

SENARAI MENU DAN SAJIAN DI CITARASA DESA HOTEL ROYAL KUALA LUMPUR

Okay, untuk bahagian seterusnya adalah antara sajian yang anda bakal dapat di Hotel Royal Kuala Lumpur. Jangan terliur pula ya.


"Saya gabungkan kesemua hidangan makanan dengan berdasarkan masakan – masakan ibunda kita dari semua rantau kampung."

Jelas Mohd Hafif bin Mohd Saleh - Executive chef di Hotel Royal Kuala Lumpur

Sebagai peminat makanan kampung dan desa, menu dan sajian kali ini memang sangat menyelerakan dan sedap- sedap belaka. Rindu pula suasana kampung apabila menikmati hidangan sebegini. Antara yang menjadi pilihan aku sendiri adalah air tebu, daging masak hitam,  roti bom,  masak lemak, ayam percik dan rojak buah. Memang betul-betul sedap.


🌙PEMBUKA SELERA : Aneka Ikan Masin Ikan Sepat Ikan Masin Bulu Ayam, Ikan Gelama, telur Asin Keropok Udang, Keropok Pedas Papadom, Keropok Pedas Keropok Ikan, Belinjo Lemang Kampong, Ketupat Palas, Serunding Daging, Serunding Ayam.

🌙JEROK BUAH-BUAHAN : Kedondong, Cermai, Mangga, Kelubi, Betik, Anggur Muda, Jeruk Jambu. 


🌙ANEKA KERABU : Kerabu Ikan,Bilis, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Mangga Muda Kerabu Tomato, Kerabu Ayam.

🌙ANEKA SAMBAL : Sambal Belacan, Sambal Mangga, Cincalok, Sambal Tempoyak,Sambal Tumbuk Ikan Bilis, Budu, Sambal Kicap.

🌙ANEKA SUP : Ekor Sapi, Tulang Rawan & Ayam Berempah Bubur Lambuk with Condiment & Beraneka Roti. 

🌙GORENG - GORENGAN STATION : Cucur ikan bilis. Pisang goreng, Keladi, Keledek, jemput pisang. 

🌙ANEKA IKAN BAKAR : Aneka Ikan Bakar – Pari, Ikan Kembong, Cencaru, Bawal & Air Asam, Chilli Kicap. 

🌙SIGNATURE STALL 1 : Roti Canai, Roti Telur, Roti Bom, Dhall Curry Sambal Sardine


🌙SIGNATURE STALL 2 : (PILIHAN CHEF) Nasi Briyani & Daging Masak Hitam Nasi Kandar (Dihidangkan Bersama) Papadom, Acar Jelatah & Air Asam Tomato


🌙STALL NOODLE STATION :  (PILIHAN CHEF) Asam Laksa, Mee Curry, Bihun Sup Utara, Mee Kuah Wantan Mee with Condiment.


🌙STALL STATION : Roasted Whole Lamb, Black Pepper Corn Mint Sauce, Mushroom Sauce.


🌙PENCUCI MULUT : 2 Jenis Agar-agar buah & Agar-agar Cendol, Sago Gula Melaka, Cream Caramel Bread Butter Pudding, 10 Types of Malay dan Nyonya kuih Bahulu, Tapai Pulut,tapai Ubi, Kurma, Ice Kacang Stall.


🌙PENCUCI MULUT PILIHAN CHEFS :  1 jenis Pilihan chefs - Fruit Tartlets, Pineapple Tart, Cherry Tart, Éclair  3 Cake Pilihan Chefs - Pandan Kaya Cake Slice, Black Forest Cake, Chocolate Cake, 3 Jenis Pilihan Chefs - Mini French Pastries 

🌙BUBUR PILIHAN CHEF : Bubur Pulut Hitam 


🌙PILIHAN CHEFS : Rojak Buah 

🌙BUAHAN BERMUSIM : Lychee Whole, Longan, Rambutan.

🌙5 JENIS PILIHAN “MINUMAN SEJUK” : Air tebu, Ice Lemon Tea, Soya Cincau, Air Longan, Lime Juice, Air Sirap Bandung Air Cincau, Air Jagung, Air sarsi, Air Lychee, Air Nenas, Air Tembikai Air Sirap Selasih, Air Barli, Air Limau, Air Sirap limau, Air Soya, Air Asam boi . 

🌙MINUMAN PANAS : kopi & teh tarik





🌙HIDANGAN UTAMA : Setanak Nasi Putih, Char Kway Teow, Ayam Percik Kuah Kacang, Kambing Masak, Kuzi Daging, Masak Lemak Dengan Kacang Panjang Udang Masak Lemak & Nenas + Kacang Buncis Kari Ikan Masin & Nangka Muda Kupang Berlada Pucuk Manis Masak Lemak Putih & Keledek. 


HARGA BERBUKA PUASA 2023 HOTEL ROYAL KUALA LUMPUR


Okay, pasti ramai yang nak tahu bagaimana pula tentang harga kan? Jangan risau tentang harga, sebab bagi aku harga yang ditawarkan sememangnya sangat berpatutan. Untuk buffet ramadhan di kawasan tengah-tengah Kuala Lumpur, harga yang ditawarkan benar-benar rendah dan sangat berpatutan melihat kepada senarai menu yang tersedia.

  • RM88.00Nett (Dewasa)
  • *Group: Every 10 paying guest FREE 1
  • RM58.00Nett (Kanak-kanak  5-12 tahun)
  • RM58.00Nett (Warga Emas 60 tahun keatas)
  • Early Bird : RM75.00Nett 
  • *Selling from 15 Feb – 15 March 2023

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi:

Hotel Royal Kuala Lumpur
Jalan Walter Grenier
55100 Kuala Lumpur,Malaysia
T: (603) 2148 6888 /2855/2813
F: (603) 2142 5359
E: info@hotelroyalkl.com / fb.coordinator@hotelroyalkl.com  


SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!