Tahniah! Hannah Delisha Dilantik Sebagai Duta Jenama Elegant Cosmetics

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tahniah diucapkan buat Hannah Delisha kerana menjadi Duta Jenama Elegant Cosmetics | Baru-baru ini aku berpeluang untuk menghadiri satu majlis pelancaran produk terbaru dari Elegant Cosmetics. Bertempat di Hotel Tenera, Bangi, majlis yang diadakan pada 17 Mac 2023 ini turut mengumumkan Hannah Delisha sebagai duta jenama mereka.

PELANCARAN PRODUK TERBARU ELEGANT COSMETICS EADOS


Untuk anda yang aktif di aplikasi TikTok pastinya sudah mendengar nama jenama Elegant Cosmetics yang produknya sering direview oleh para pempengaruh. Untuk maklumat, Elegant Cosmetics bermula pada tahun 2020 dengan produk Elegan Cosmetics Whitening Emulsion sebagai produk pertama.

Bermula dengan produk tersebut, Elegant Cosmetics terus maju melancarkan beberapa produk lain dan terkini, melancarkan pula produk ke lapan mereka iaitu Elegant Cosmetics EADOS Serum


Serum ini dihasilkan dengan teknologi oil infused water yang mana mampu memberi kepuasan kepada pengguna dan sesuai untuk semua jenis kulit. Berasaskan air yang mampu memudarkan parut, melembapkan kulit, memberi efek tona lebih sekata, melembutkan dan mencerahkan wajah, mengecilkan pori-pori dan pelbagai lagi.



Encik Fitri Khai, Pengasas Bersama Elegant Cosmetics berkata,

"Setiap produk yang dihasilkan oleh Elegant Cosmetics melalui proses ujian makmal. Ujian makmal ini dilakukan untuk mengesan kehadiran barang kimia terlarang dan ternyata semua produk Elegant Cosmetics bebas dari unsur bahaya kepada kulit manusia.
Untuk pengetahuan semua, terdapat tiga produk Elegant Cosmetics iaitu Detox Cleanser, LipGlass dan Cheeky Blush yang dihasilkan sepenuhnya di Korea. Selain itu, Elegant Cosmetics juga sudah memasuki pasaran negara jiran seperti Brunei, Singapura dan juga Indonesia. 

Encik Fitri turut menjelaskan bahawa Elegant Cosmetics juga dalam proses mendapatkan Sijil Pengesahan Halal JAKIM agar ia lebih yakin digunakan oleh pengguna dan membantu para ejen dan stokis Elegant Cosmetics untuk menjana pendapatan dengan lebih kompetitif.

Untuk pembelian produk pula, buat masa ini, untuk pembelian produk Elegant Cosmetics hanya menerusi sistem ejen dan stokis sahaja. Walaubagaimanapun anda jangan risau kerana produk Elegant Cosmetics bakal muncul di salah satu lokasi barang kecantikan terkemuka iaitu Sephora. 


PELANTIKAN HANNAH DELISHA DUTA JENAMA ELEGANT COSMETICS 


Hannah Delisha, siapa yang tidak kenal pelakon serba cantik dan berbakat besar ini. Pada malam yang serba meriah tersebut, beliau telah dilantik sebagai Duta Jenama Elegant Cosmetics. Penampilan beliau yang cantik dan personalitinya yang bersih daripada kontroversi pastinya membuatkan orang ramai menyukai beliau.

Ditanya tentang mengapa Hannah Delisha dipilih sebagai duta , Encik Fitri Khai menjelaskan,

Hannah Delisha dipilih kerana kecantikannya yang semulajadi serta personaliti beliau. Beliau tidak perlu memakai solekan tebal setiap hari dan kelihatan segar dan cantik sentiasa. Hannah Delisha memiliki kecantikan semulajadi. Untuk kekal tampil cantik menawan, rutin penjagaan wajah adalah perkara utama. 


Pemilihan Hannah Delisha sebagai Duta jenama Elegant Cosmetics juga adalah seiring dengan kualiti visi dan misi jenama tersebut yang sangat teliti dari setiap aspek. Visi - Jenama Elegant Cosmetics lebih meluas di pasaran Asia dengan kualiti produk dan potensi jenama setaraf antarabangsa. Misi - Melahirkan lebih ramai wanita mahupun lelaki yang mempunyai kulit cantik semulajadi tanpa beralas mekap dengan keyakinan diri yang lebih tinggi. 


Hannah Delisha yang kini sedang menjalani penggambaran bagi drama bersiri yang sedang ditayangkan iaitu drama Andai Itu Takdirnya menjelaskan bahawa beliau sendiri telah mencuba produk Elegant Cosmetics selama dua bulan sebelum bersetuju menjadi duta. Untuk maklumat, drama bersiri 60 episod Andai Itu Takdirnya ini turut ditaja oleh Elegant Cosmetics.

Saya mempunyai kulit yang sangat sensitif. Melihat pada kredibiliti syarikat dan juga mencuba sendiri serum dan produk Elegant Cosmetics ternyata sesuai untuk kulit saya. Walaupun produk jenama tempatan, bahan-bahan yang digunakan dalam produk adalah bahan natural atau semulajadi.


Encik Fitri Khai menjelaskan bahawa Hannah Delisha dilantik sebagai duta jenama Elegant Cosmetics yang bakal mempromosi kesemua 8 produk terdiri daripada:

  • Elegant Cosmetics Whitening Emulsion
  • Elegant Cosmetics Night Recovery Cream
  • Elegant Cosmetics Cellulose Face Scrub
  • Elegant Cosmetics Jeju Detox Cleanser
  • Elegant Cosmetics Cheeky Blush
  • Elegant Cosmetics Shine Lipglass – Diana
  • Elegant Cosmetics Shine Lipglass – Giselle
  • Elegant Cosmetics EADOS Serum

ELEGANT COSMETICS EADOS SERUM








Aku yakin pasti ramai yang nak tahu lebih lanjut tentang Elegant Cosmetics EADOS Serum ni kan? Baiklah, EADOS atau nama panjangnya Elegant Age Defiance Oilet Serum (EADOS) mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit wajah. 


EADOS Serum yang diformulasikan khas untuk menganjalkan kulit, memudarkan kesan parut serta mengecutkan jerawat dari hasil gabungan formulasi utama yang berkesan iaitu bahan " Adenosine" dan "Hibiscus Sabdariffa Fruit Extract" atau Ekstrak Bunga Roselle untuk hasilkan lebih banyak kolagen yang sihat dalam kulit kita. Inovasi terbaharu "Oilet Bubble" atau "Oil-Infused Water" dengan 3 warna yang berbeza iaitu "Pink- Ekstrak Bunga Roselle, Biru- Adenosine dan Kuning-Vitamin C" yang terdapat dalam EADOS Serum ini yang memberi penyerapan yang lebih mendalam untuk memberikan impak yang maksima kepada kulit.



Elegant Cosmetics EADOS Serum ini boleh digunakan seawal usia 17 tahun dan untuk harganya pula dijual pada harga RM79.00 (30ml) sahaja. 


Semua rangkaian produk Elegant Cosmetics boleh didapati di Instagram @elegantcosmetics.hq , Tiktok @elegantcosmeticshq atau boleh juga dapatkan dengan agen-agen terdekat diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia.

ELEGANT COSMETICS

Laman Web : https://hqelegant.com/
Instagram : https://www.instagram.com/elegantcosmetics.hq/
Facebook : https://www.facebook.com/elegantcosmeticshq/

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!