PELANCARAN PRODUK TERBARU ELEGANT COSMETICS EADOS
"Setiap produk yang dihasilkan oleh Elegant Cosmetics melalui proses ujian makmal. Ujian makmal ini dilakukan untuk mengesan kehadiran barang kimia terlarang dan ternyata semua produk Elegant Cosmetics bebas dari unsur bahaya kepada kulit manusia.
Untuk pengetahuan semua, terdapat tiga produk Elegant Cosmetics iaitu Detox Cleanser, LipGlass dan Cheeky Blush yang dihasilkan sepenuhnya di Korea. Selain itu, Elegant Cosmetics juga sudah memasuki pasaran negara jiran seperti Brunei, Singapura dan juga Indonesia.
PELANTIKAN HANNAH DELISHA DUTA JENAMA ELEGANT COSMETICS
Hannah Delisha dipilih kerana kecantikannya yang semulajadi serta personaliti beliau. Beliau tidak perlu memakai solekan tebal setiap hari dan kelihatan segar dan cantik sentiasa. Hannah Delisha memiliki kecantikan semulajadi. Untuk kekal tampil cantik menawan, rutin penjagaan wajah adalah perkara utama.
Pemilihan Hannah Delisha sebagai Duta jenama Elegant Cosmetics juga adalah seiring dengan kualiti visi dan misi jenama tersebut yang sangat teliti dari setiap aspek. Visi - Jenama Elegant Cosmetics lebih meluas di pasaran Asia dengan kualiti produk dan potensi jenama setaraf antarabangsa. Misi - Melahirkan lebih ramai wanita mahupun lelaki yang mempunyai kulit cantik semulajadi tanpa beralas mekap dengan keyakinan diri yang lebih tinggi.
Hannah Delisha yang kini sedang menjalani penggambaran bagi drama bersiri yang sedang ditayangkan iaitu drama Andai Itu Takdirnya menjelaskan bahawa beliau sendiri telah mencuba produk Elegant Cosmetics selama dua bulan sebelum bersetuju menjadi duta. Untuk maklumat, drama bersiri 60 episod Andai Itu Takdirnya ini turut ditaja oleh Elegant Cosmetics.
Saya mempunyai kulit yang sangat sensitif. Melihat pada kredibiliti syarikat dan juga mencuba sendiri serum dan produk Elegant Cosmetics ternyata sesuai untuk kulit saya. Walaupun produk jenama tempatan, bahan-bahan yang digunakan dalam produk adalah bahan natural atau semulajadi.
Encik Fitri Khai menjelaskan bahawa Hannah Delisha dilantik sebagai duta jenama Elegant Cosmetics yang bakal mempromosi kesemua 8 produk terdiri daripada:
- Elegant Cosmetics Whitening Emulsion
- Elegant Cosmetics Night Recovery Cream
- Elegant Cosmetics Cellulose Face Scrub
- Elegant Cosmetics Jeju Detox Cleanser
- Elegant Cosmetics Cheeky Blush
- Elegant Cosmetics Shine Lipglass – Diana
- Elegant Cosmetics Shine Lipglass – Giselle
- Elegant Cosmetics EADOS Serum
ELEGANT COSMETICS EADOS SERUM
Aku yakin pasti ramai yang nak tahu lebih lanjut tentang Elegant Cosmetics EADOS Serum ni kan? Baiklah, EADOS atau nama panjangnya Elegant Age Defiance Oilet Serum (EADOS) mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit wajah.
EADOS Serum yang diformulasikan khas untuk menganjalkan kulit, memudarkan kesan parut serta mengecutkan jerawat dari hasil gabungan formulasi utama yang berkesan iaitu bahan " Adenosine" dan "Hibiscus Sabdariffa Fruit Extract" atau Ekstrak Bunga Roselle untuk hasilkan lebih banyak kolagen yang sihat dalam kulit kita. Inovasi terbaharu "Oilet Bubble" atau "Oil-Infused Water" dengan 3 warna yang berbeza iaitu "Pink- Ekstrak Bunga Roselle, Biru- Adenosine dan Kuning-Vitamin C" yang terdapat dalam EADOS Serum ini yang memberi penyerapan yang lebih mendalam untuk memberikan impak yang maksima kepada kulit.
Elegant Cosmetics EADOS Serum ini boleh digunakan seawal usia 17 tahun dan untuk harganya pula dijual pada harga RM79.00 (30ml) sahaja.
Semua rangkaian produk Elegant Cosmetics boleh didapati di Instagram @elegantcosmetics.hq , Tiktok @elegantcosmeticshq atau boleh juga dapatkan dengan agen-agen terdekat diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia.
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.