YBeeee dan Curry Spice Kembali dalam Instant Cafe Night Live! Edisi X

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Khas buat peminat komedi di seluruh Malaysia, sebuah acara menarik bakal menemui anda pada 18 Mac 2023 ini! Acara yang dikenali sebagai "Instant Cafe Night Live! Edisi X" ini bakal menampilkan dua watak utama yang cukup menghiburkan dengan jenaka dan telatah yang cukup kelakar. 

YBEEE DAN CURRY SPICE KEMBALI DALAM INSTANT CAFE NIGHT LIVE! EDISI X 



The Instant Cafe Theatre Company yang ditubuhkan pada tahun 1989 merupakan antara perintis untuk bakat-bakat komedi dan antara yang paling diingati dan menyerlah sudah pastinya watak Ybeeee dan Curry Spice yang dijayakan dengan begitu baik oleh Jo Kukathas!


Dari kiri, Tria Aziz, Sean Ghazi, Jo Kukathas dan Shirazdeen Kareem

Untuk "Instant Cafe Night Live! Edisi X" kali ini, pihak Shiraz dengan bangganya bekerjasama dengan The Instant Cafe Theatre Company. Ini adalah berikutan kejayaan luar biasa dan sambutan yang membanggakan terhadap Instant Cafe's "The May 9 Show" pada tahun 2019. Kolaborasi ini memberikan persembahan SATU MALAM SAHAJA dengan pelakon bertaraf bintang di Dewan Plenari yang berprestij ini akan menarik penonton di Malaysia dan di seluruh rantau ini.


Penerbit Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim 

"Instant Cafe Night Life! Edisi X", edisi ini akan 'dibentangkan' di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen  Kuala Lumpur pada 18 Mac 2023, 8.30 malam dan tiket akan mula dijual pada 10 Februari 2023 di www.mytickets.asia. Harga tiket ialah RM588 (Meet & Greet), RM388 (Diamond), RM288 (Platinum), RM188 (Perak) dan RM88 (B30)


YBeee dan Curry Spice turut membuat kemunculan ketika sidang media

Saksikan Jo Kukathas dengan watak ikoniknya YBeeee, Ahli Parlimen Ulu Katak dan 'Deputy Minister of Kickbacks and Comebacks' dalam kerajaan gabungan menariknya yang baharu; Curry Spice yang cukup berani, si cantik dan memukau dari Sentul, bintang program Netflix "Keeping Up With The Coomarasamys" dan biopiknya yang akan datang "Ini Kari Lah".


INSTANT CAFE NIGHT LIVE! EDISI X akan dikemudikan oleh penyanyi sensasi Malaysia, Sean Ghazi yang tiada tandingan dan pelawak standup paling comel, Kuah Jenhan. Dua tetamu, dua hos, dua kali ganda keseronokan! Saksikan mereka membicarakan pelbagai topik dan perkara dari 'banjir ke quinoa ke uniti ke harapan baru, impian lama, Malaysia untuk rakyat Malaysia, semuanya, segalanya... dono wai'.

Acara ini direka oleh Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi bersama Kam Raslan dan Na'a Murad.

INSTANT CAFE NIGHT LIVE! EDISI X


Tarikh : 18 Mac 2023, Sabtu
Lokasi : Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre
Website : www.shirazprojects.com / theinstantcafetheatre.com
Harga Tiket : RM588 (Meet & Greet), RM388 (Diamond), RM288 (Platinum), RM188 (188), B30 (RM88)
Tiket : https://www.myticket.asia/
Contact : 03-8600196
Info Hotline : 012-2560082
Facebook : shirazprojects / instantcafetheatre
Instagram : shirazprojects / instantcafetheatre


SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!