Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, ramai pastinya ketika ini sedang berkira-kira untuk mencari barangan dan produk untuk hari perayaan seperi kuih raya, baju raya dan pelbagai lagi. Yalah, persiapan awal untuk perayaan Aidilfitri haruslah dilengkap. Setelah dua tahun beraya di musim pandemik Covid-19, kini kita sudah boleh membeli belah dengan lebih meriah.
Baiklah, seperti mana yang anda boleh baca pada tajuk, Starvendors, salah sebuah jenama festival membeli belah terbesar di negara baru-baru ini membuat sidang media berkenaan satu lagi festival yang katanya bakal memecahkan "Guinnes World Book of Records". Nak tahu rekod apa yang ingin dipecahkan, jom baca sehingga akhir.
STARVENDORS KLCC MEGA RAYA FEST 2023
Jenama beli belah terbesar negara, Starvendors kembali memeriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023.
Acara yang bakal berlangsung pada 13 hingga 17 April ini diadakan di lokasi berprestij iaitu Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLConvec). Setelah mencipta rekod di Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Longest Non-Stop Festival” selama 75 jam tanpa henti, Starvendors kali ini akan mencatat nama pula di “Guinness World Book” memecahkan rekod dunia Festival Raya 100 jam tanpa henti!
Untuk maklumat, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 adalah penganjuran kali yang ke-3 sejak 2019 lagi. Pada tahun lepas iaitu di tahun 2022, Starvendors telah mengumpulkan lebih 350 usahawan dan 50 selebriti dan menerima pengunjung seramai 2.6 juta orang pengunjung.
Selain itu, Starvendors juga telah menganjurkan Minggu Usahawan Negara bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Malaysian Grand Baazar, Lalaport, diikuti Starvendors Kedah Raya Fest di Alor Setar, Starvendors Perak Fest di ICC Ipoh, dan yang baru berlansung akhir tahun 2022 iaitu Starvendors Foodstival X Travelperaklah. Inisiatif yang telah dilakukan di Ipoh adalah kerjasama bersama Tourism Perak dan juga Sekreteriat Usahawan Perak (STEP).
SEBAGAI PLATFORM EKSKLUSIF KEPADA USAHAWAN DAN SELEBRITI TEMPATAN
Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga artis versatil popular, Dato Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.
Ifa turut memberi khabar gembira bahawa Starvendors akan menjelajah di beberapa lokasi dalam Negara termasuk Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Langkawi, Sabah dan Sarawak.
Starvendors akan melaksanakan lebih 10 acara tahunan bermula pada bulan Mac iaitu Starvendors Foodstival X Nusantara Music Festival, initiative bersama Tourism Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang yang telah dijalankan pada 3 hingga 5 Mac 2023. Acara ini melibatkan usahasama 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.
“Tahun lepas menandakan satu sukses untuk Starvendors kerana dapat melaksanakan ‘road tour’ seperti yang di rancang ke Kedah dan Perak. Justeru untuk tahun 2023, Starvendors akan menjelajah Negara bermula di Johor dan akan bergerak ke negeri lain termasuklah Kuala Lumpur, event terbesar kami,”
jelad Dato' Ifa Raziah.
Starvendors yang diadakan di Johor baru-baru ini juga turut mengadakan tabung untuk bantuan banjir yang berlaku di beberapa daerah di Johor.
“Seperti yang semua maklum, baru-baru ini kejadian banjir yang melanda di beberapa daerah di Johor yang kini melibatkan lebih dari 50 ribu orang mangsa telah pun dipindahkan ke pusat pemindahan. Oleh itu, dengan inisiatif kami sendiri, kami telah membuat tabung bantuan banjir sepanjang perlaksanaan Starvendors Foodstival X Nusantara Music Festival yang bertempat di Pasir Gudang, Johor pada minggu lalu.
Kami telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM4,615.50 dan telah diserahkan kepada Tuan Haji Suhairi bin Haji Hashim, selaku Pengarah Tourism Johor. Semoga dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga yang terjejas.”
“Seterusnya, kami sungguh bebesar hati menjadi pilihan eksklusif oleh pihak Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convec) untuk mengadakan Festival Raya tahun ini,”
katanya lagi.
Berkongsi lanjut, Ifa berkata, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 menambah masa operasi dari 75 jam ke 100 jam tanpa henti sekaligus akan memberi peluang pada orang ramai untuk membeli belah tidak kira waktu.
“Starvendors Mega Raya Fest 2023 akan bermula dari jam 9 malam pada 13 April dan terus sehingga 12 tengah malam pada 17 April nanti. Kita tak tutup ‘booth’, kalau datang untuk membeli-belah jam tiga pagi pun masih berjalan seperti biasa,”
PENGLIBATAN 100 ARTIS TERKENAL TANAH AIR
Festival ini akan menampilkan lebih ramai vendor baru dan lama dengan jualan berbagai produk persiapan raya disamping produk-produk tempatan dan bumiputra yang lain termasuk rangkain emas.
Selain dari memberi peluang pada usahawan tempatan, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 bakal menyaksikan pembabitan 100 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri. Antaranya, Dato' Sri Siti Nurhaliza, Dato Sri Vida, Dato Sri Aliff Syukri, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Fazura, Fattah Amin, Dato Jovian Mandagie, Achey Bocey, Nadia Brian, Nana Mahazan, Shahiezy Sam, Syatilla Melvin, Sharifah Rose dan ramai lagi.
“Seramai 100 artis turut bergabung bersama kita selama 100 jam ini termasuk juga vendor Usahawan dari seluruh tanah air. Selain itu, 100 pengunjung terawal dapat “Sakau” duit raya dan goodies bag bernilai RM111,111. Kita juga mengharapkan pengunjung boleh datang beramai-ramai dari seluruh Malaysia termasuk pengunjung dari Brunei, Singapura dan Indonesia untuk membeli-belah di Starvendors Mega Raya Fest ini.”
SEBIJI KERETA MITSUBISHI XPANDER SEBAGAI HADIAH CABUTAN BERTUAH
“Selain artis, usahawan terkenal juga turut bersama kita. Kita ada rakan penaja sepanjang acara ini berlangsung antaranya Pengangkutan Rasmi Starvendors iaitu Mitsubishi Motors Malaysia dan Lofty Ambition Sdn Bhd. Mitsubishi juga menyediakan 2 kereta eksklusif untuk Starvendors membuat roving selama setahun. Tidak dilupakan sebiji kereta Xpander sebagai cabutan bertuah Shop and Win tahun ini dengan setiap perbelanjanaan minima RM50.”
Juga tidak ketinggalan rakan media iaitu TikTok Shop yang akan menyediakan platform “Live” untuk usahawan dan juga mempromosikan acara ini di media sosial.
“Daripada pengalaman dari tahun-tahun sebelum ini, kita juga mahu mempertengahkan pembaruan dan mengambil berat akan pengalaman pengguna. Besar hati kami bila Setel turut serta sebagai rakan kongsi premier yang akan melancarkan pengalaman pembayaran tanpa tunai kepada para pengunjung. Saya anjurkan semua untuk melayari Setel yang mempunyai pelbagai ciri aplikasi merentasi sepanjang perjalanan seharian termasuk pengisian minyak dan pengecasan EV di stesen, pembayaran parkir dan insurans dan bayaran tanpa tunai di kedai-kedai dan secara online. Dengan penglibatan Setel bersama kami di Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, saya pasti Setel Raya Kita!”
PERDANA MENTERI BAKAL HADIR ACARA KEMUNCAK
Mengenai pengisian Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, Ifa berkata acara kemuncak bakal dihadiri Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Hari kelima adalah hari kemuncak, di mana pada jam 10 atau 11 malam kita menjemput Perdana Menteri untuk merasmikan malam kemuncak dan kita juga akan jemput beliau untuk membuat cabutan bertuah Hadiah Utama yang kita anjurkan. Kita juga akan bersama dengan Perdana Menteri dalam satu sesi lawatan bagi usahawan yang berniaga sepanjang malam itu.
“Kita juga akan mengadakan konsert bersama selebriti terbabit pada malam kemuncak itu. Dalam perancangan juga, kita mahu buat takbir raya bersama Perdana Menteri sekiranya ia diluluskan. Jika tidak diluluskan mungkin kami akan buat sendiri satu rakaman takbir raya khusus untuk Starvendors,”
katanya.
“Selebriti yang kita bawa juga dari pelbagai generasi. Dari selebriti senior hingga yang baru atau BBNU termasuklah influencers. Saya percaya setiap artis ini ada peminat mereka baik yang penyanyi atau pelakon,”
katanya.
“Apabila kita buat acara ini sudah pasti semua orang akan melepaskan dendam masing-masing untuk membeli-belah bersama keluarga kerana tahun ini adalah tahun semua orang bersama-sama. Harapan saya, ia boleh melebihi rekod kita pada 2022 dengan jangkaan lebih tiga juta pengunjung selama 100 jam itu.
“Kita sudah buat pelbagai pemasaran seperti billboard, iklan di radio dan video muzik bersama barisan artis atau selebriti yang mempunyai pengikut berjuta. Begitu juga vendor yang mempunyai pengikut mereka tersendiri.
“Jadi harapan saya pada tahun ini adalah tahun kita bangkit bersama termasuklah usahawan-usahawan dan rakan rakan selebriti terus maju kehadapan kerana tagline Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, Lebih Havoc, Lebih Meriah, Starvendors pasti Mega!
Tak sabar pula nak bershopping sakan sambil bertemu dengan para selebriti di Starvendors Mega Raya Fest 2023! Jangan lupa ya nanti beramai-ramai hadir ke KL Convention Centre bermula 13 sehingga 17 April 2023 ini.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.