Makan Nasi Arab di Restoran Abu Khalid Al-Makawwi, Kulim, Kedah

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan Nasi Arab di Restoran Abu Khalid Al Makawwi, Kulim, Kedah

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini seperti biasa aku nak ceritakan pengalaman aku makan di sebuah restoran nasi arab yang terletak di Kulim. Sebenarnya sudah agak lama sebenarnya cerita ini terperap dan alhamdulillah akhirnya aku dapat menulis dan mereview restoran ini dalam blog.

MAKAN DI RESTORAN NASI ARAB ABU KHALIS AL-MAKAWWI

Makan Nasi Arab di Restoran Abu Khalid Al Makawwi, Kulim, Kedah

Aku pasti ramai yang tahu bahawa aku berasal dari Kulim, Kedah. Pada bulan puasa yang lalu yakni beberapa hari sebelum hari raya aidilfitri, aku dan keluarga membuat tempahan berbuka puasa di salah sebuah restoran nasi arab terkenal di bandar Kulim iaitu Restoran Abu Khalid Al-Makawwi.

Ini merupakan kali pertama aku makan di sini manakala untuk keluarga aku pula sudah banyak kali mereka makan di sini. Dengan membuat tempahan melalui WhatsApp dua hari sebelum tarikh berbuka puasa, alhamdulillah, tempahan berjaya dibuat dengan pilihan untuk makan di ruang berpendingin hawa.

Makan Nasi Arab di Restoran Abu Khalid Al Makawwi, Kulim, Kedah

Ahli keluarga yang ada pada hari tersebut adalah aku sendiri, dua orang adik aku, mak dan juga ayah aku. Kakak sulung aku tak dapat ikut sebab dia berbuka bersama keluarga mertuanya. Alhamdulillah, sebelum nak ke restoran ini sempat kali sekeluarga membeli belah sedikit barangan untuk perayaan di TF Mart, Kulim berhadapan McDonald Kulim. 

Yang lawaknya, selesai membeli belah di TF Mart, kami merancang nak jalan-jalan pula ke Landmark Central, Kulim sebab masih berbaki satu jam. Masuk sahaja ke kawasan meletak kenderaan, nah, sesak pulak, kenderaan tak bergerak langsung. Kalau bergerak pun memang sangat perlahan dan akhirnya kami habiskan masa selama 45 minit hanya untuk mencari tempat letak kereta. Disebabkan masa yang dihabiskan disitu terlampau lama, kami terus ke lokasi restoran ini sahaja. 


Makan Nasi Arab di Restoran Abu Khalid Al Makawwi, Kulim, Kedah

Okay, berbalik kepada cerita di restoran ini, kami sekeluarga memilih Set Talam A. Apa yang ada dalam set talam ini? Dalam set ini, anda akan dapat, nasi arab 1 kilogram, ayam, daging, kambing, kabab, paha kambing dan juga 1 air jug. Air itu ada tiga pilihan sama ada air oren, epal atau teh lemon. Set ini berhagra RM93.00 sahaja.


Makan Nasi Arab di Restoran Abu Khalid Al Makawwi, Kulim, Kedah

CUKUP KE MAKANAN UNTUK 5 ORANG? - Okay bagi aku untuk set ini sememangnya sangat cukup. Memandangkan nasinya memang sangat mengenyangkan ditambah lagi dengan pelbagai hidangan tambahan diatasnya yang memang bersaiz besar. Tetapi untuk keluarga aku yang mungkin makan banyak, aku rasa kami perlu pesan menu berasingan dan juga nasi tambah.

Nasinya memang sedap, ayam dan kambing serta dagingnya pula dimasak dengan begitu baik. Manakala sambal salatah harrahnya pula memang kick dan menambah selera dalam setiap suapan.

Makan Nasi Arab di Restoran Abu Khalid Al Makawwi, Kulim, Kedah

Ruangan di restoran ini juga memang selesa, anda boleh pilih sama ada mahu makan di ruangan luar atau di dalam yang lebih selesa dengan pendingin hawa. Untuk anda yang nak datang ke restoran ini, lokasinya terletak berdekatan dengan stesen bas kulim. Senang sahaja nak parking dan sebagainya memang banyak juga tempat meletak kenderaan.

Mungkin sedikit penambahbaikan adalah dari segi saiz jug airnya yang mana bagi aku agak kecil dan sangat tidak cukup untuk 5 orang makan, tambahan pula untuk keluarga bersaiz besar dan berselera besar seperti keluarga aku. Untuk servis pula, aku memahami ada sedikit kelewatan dan sebagainya memandangkan waktu berbuka puasa memang penuh pelanggan. 

Makan Nasi Arab di Restoran Abu Khalid Al Makawwi, Kulim, Kedah

ADAKAH AKAN DATANG LAGI KE RESTORAN INI? - Of course aku akan datang lagi, dan aku akan mencuba menu-menu lain pula yang ada disini. Kalau sebelum ini agak sukar untuk aku cari restoran arab dengan makanan  yang sedap di Kulim kerana pernah kecewa sebelum ini ( baca ; nasi arab puji arabian kulim ).

Kepada anda yang berada di daerah Kulim, atau saja-saja nak berjalan di Kulim, dan teringin nak makan nasi arab bolehlah ke Restoran Abu Khalid Al-Makawwi ini.


Makan Nasi Arab di Restoran Abu Khalid Al Makawwi, Kulim, Kedah

RESTORAN NASI ARAB ABU KHALIS AL MAKAWWI 



Lokasi : No. 1190, Lorong Belibis 1/1, Taman Tunku Putra , Kulim, Malaysia

Hubungi : 014-6011953
Instagram : https://www.instagram.com/restoran_abu_khalid/
Facebook : https://www.facebook.com/abukhalidkulim/

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!