KYUT SKIN - Revolusi Penjagaan Kulit dengan Penyelesaian Inovatif

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

KYUT SKIN - Revolusi Penjagaan Kulit dengan Penyelesaian Inovatif

Penjagaan kulit muka pada masa sekarang ini bukan sahaja menjadi rutin harian wanita, tetapi kaum lelaki juga dimana semakin ramai yang mula mengambil perhatian tentang penjagaan wajah dan penampilan diri. Dengan semakin banyak pilihan dalam pasaran, produk penjagaan kulit yang mana menjadi pilihan? Sudah pastinya produk yang berkualiti, inovatif dan easy-to-apply menjadi pilihan.

KYUT SKIN - MEREVOLUSIKAN PENJAGAAN KULIT DENGAN PENYELESAIAN INOVATIF

KYUT SKIN - Revolusi Penjagaan Kulit dengan Penyelesaian Inovatif

Kyut Skin merupakan sebuah jenama yang diasaskan bersama oleh pasangan adik-beradik, Nur Fathin Zulaikha dan Nur Fathini Khalillah (NINICOMEI). Dalam dunia di mana rutin penjagaan kulit semakin kompleks dan memakan masa, Kyut Skin muncul sebagai sebuah jenama yang memberi nafas segar dengan rangkaian produk inovatif yang mengutamakan kemudahan tanpa mengorbankan keberkesanan. 

Penubuhan Kyut Skin ini bertitik tolak daripada pengalaman peribadi dan keinginan untuk mencipta penyelesaian bagi masalah yang sering terjadi dalam proses penjagaan kulit. Minat mendalam Fathin dan Nini dalam industri penjagaan kulit dan melancong membuka mata mereka terhadap pelbagai amalan penjagaan kulit di seluruh dunia. Bagaimanapun, masalah kulit yang dilalui oleh keluarga mereka sendiri telah menjadi pencetus kepada idea untuk membangunkan produk utama Kyut Skin, stik pelindung matahari yang mudah digunakan.

KYUT SKIN - Revolusi Penjagaan Kulit dengan Penyelesaian Inovatif

PERBEZAAN KYUT SKIN DENGAN JENAMA TEMPATAN LAIN 

KYUT SKIN - Revolusi Penjagaan Kulit dengan Penyelesaian Inovatif

Antara perkara yang membezakan Kyut Skin daripada jenama tempatan lain adalah pendekatan teliti mereka terhadap formulasi produk. Biarpun tidak mempunyai pengalaman dalam formulasi penjagaan kulit sebelum ini, para pengasas Kyut Skin ini telah mendapatkan bantuan pakar-pakar ahli kimia yang bertauliah untuk menghasilkan produk yang terbaik untuk pasaran. Mereka bahkan pergi ke Korea Selatan untuk bekerjasama dengan pakar-pakar kimia terlatih, bagi memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tertinggi.

KYUT SKIN - Revolusi Penjagaan Kulit dengan Penyelesaian Inovatif

Perjalanan Kyut Skin bermula dengan pembangunan stik pelindung matahari mereka, proses yang mengambil masa kira-kira dua tahun dimana telah ditangguhkan oleh pandemik yang melanda seluruh dunia. Komitmen kepada penyelidikan dan pembangunan yang teliti telah dijalankan untuk semua produk mereka, dalam memastikan setiap ciptaan Kyut Skin memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh jenama tersebut.

Bahan-bahan yang digunakan dalam produk Kyut Skin dipilih dengan teliti untuk memberikan manfaat maksimum kepada kulit. 

Stik pelindung matahari Kyut Skin mengandungi :-
  • Minyak Jojoba : membantu menjaga kelembapan kulit & mencegah jangkitan bakteria serta  pembentukan jerawat. 
  • Minyak Biji Bunga Matahari :  kaya dengan Asid Linoleik & merupakan bahan utama yang mengurangkan kehilangan air kulit. 
  • Minyak Rosehip :  kaya dengan Vitamin A dan E, merangsang penghasilan kolagen, mengurangkan keradangan, dan melawan jerawat.

PENGIKTIRAFAN & ANUGERAH

KYUT SKIN - Revolusi Penjagaan Kulit dengan Penyelesaian Inovatif

Kyut Skin menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan termasuklah Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera, diikuti dengan Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk stick pelindung matahari mereka. Jenama ini juga meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023. Kejayaan-kejayaan ini, bersama dengan testimoni pelanggan yang positif, ini telah memperkenalkan Kyut Skin sebagai produk yang mampu membawa penyelesaian kepada masalah penjagaan kulit yang mudah digunakan, berkesan, mengurangkan jerawat, dan efektif dalam cuaca panas dan lembap.

KYUT SKIN - Revolusi Penjagaan Kulit dengan Penyelesaian Inovatif

PERANCANGAN MASA HADAPAN

KYUT SKIN - Revolusi Penjagaan Kulit dengan Penyelesaian Inovatif

Melihat ke hadapan, Kyut Skin ingin membina kepercayaan orang ramai terhadap jenama berkenaan dan mampu mencapai kejayaan yang konsisten, serta menawarkan produk berkualiti tinggi yang tetap relevan dan menanam keyakinan dalam pengguna mereka. Jenama Kyut Skin kini aktif memperluaskan rangkaian produknya, dengan beberapa formulasi sedang dalam pembangunan, di mana mereka menjanjikan manfaat dan kemudahan yang lebih banyak kepada peminat penjagaan kulit.

KYUT SKIN - Revolusi Penjagaan Kulit dengan Penyelesaian Inovatif

KYUT SKIN - Revolusi Penjagaan Kulit dengan Penyelesaian Inovatif

Ketelusan dan kepercayaan pengguna adalah aspek penting bagi Kyut Skin. Jenama ini berusaha mencapainya dengan mempertontonkan makmal pengeluaran dan penyelidikan mereka, menyediakan kandungan pendidikan, dan menjaga komunikasi terbuka dengan pengguna mereka. Dengan membina tahap kepercayaan ini, Kyut Skin bertujuan untuk mencipta pangkalan pelanggan yang setia dan percaya kepada komitmen jenama ini terhadap kecemerlangan.


PELUANG KERJAYA KEUSAHAWANAN

KYUT SKIN - Revolusi Penjagaan Kulit dengan Penyelesaian Inovatif

Para pengasas produk Kyut Skin ini menggalakkan orang ramai untuk turut serta bersama mereka perjalanan perjalanan ini. Kyut Skin membuka peluang kepada lelaki dan wanita yang berminat untuk menyertai permulaan mereka (program penjual semula) jenama itu, yang menawarkan peluang untuk memulakan kerjaya keusahawanan.


WISMA NINICOMEI / KYUT SKIN SHOWROOM 

No 508, Jalan 1, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor

WhatsApp / Telefon : +6010-394 0467

Laman Web : https://www.kyutskin.com/
Facebook : https://www.facebook.com/kyutskin
Instagram : https://www.instagram.com/kyutskin/
Twitter : https://twitter.com/kyutskin

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!