Makan 'Authentic Nyonya Noodles Hut' di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan 'Authentic Nyonya Noodles Hut' di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Sebut sahaja menu Peranakan Nyonya, apa yang terlintas di fikiran anda? Kalau aku, pastinya menu seperti mee kari, laksa peranakan dan sebagainya.  Sudah lama juga sebenarnya aku tak mencuba menu Peranakan Nyonya.

Alhamdulillah, baru-baru ini aku sempat ke sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur iaitu Santa Grand Signature Kuala Lumpur. Di kesempatan itu, aku mencuba beberapa menu Peranakan Nyonya yang sedap-sedap belaka. Nak tahu apakah menunya? Jemput baca sehingga ke penghujung artikel ya! 🍜

SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR PERSEMBAHKAN
 'AUTHENTIC NYONYA NOODLES HUT'!

Makan 'Authentic Nyonya Noodles Hut' di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Santa Grand Signature Kuala Lumpur persembahkan menu "Authentic Nyonya Noodles Hut" untuk meraikan masakan tradisi Peranakan Baba Nyonya. Menu promosi ini tersedia di ketiga-tiga restoran iaitu Kopi Bar, Kapitan Cafe dan Sky Lounge bermula 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023 menjanjikan kelazatan masakan Baba Nyonya buat pengunjung yang hadir.

Tanpa perlu mengembara jauh, para pencinta makan kini boleh datang ke Santa Grand Signature Kuala Lumpur dan seterusnya merasai resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh Chef Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabila Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef).

Makan 'Authentic Nyonya Noodles Hut' di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Menu yang dihidangkan merangkumi kesemua rasa dan ciri penting Nyonya termasuklah kesegaran, kemanisan, masam, kepedasan dan rasa yang kaya dengan masakan asli Nyonya; Assam Laksa, Mee Kari dan Laksa Peranakan Nyonya.

Makan 'Authentic Nyonya Noodles Hut' di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Makan 'Authentic Nyonya Noodles Hut' di Santa Grand Signature Kuala Lumpur
Assam Laksa

Makan 'Authentic Nyonya Noodles Hut' di Santa Grand Signature Kuala Lumpur
Laksa Peranakan Nyonya

Makan 'Authentic Nyonya Noodles Hut' di Santa Grand Signature Kuala Lumpur
Mee Kari


Selain hidangan istimewa ini, pengunjung juga boleh menikmati juadah Nyonya yang menjadi kegemaran ramai termasuk Cucur Udang, Nasi Goreng Nyonya dan banyak lagi.

Makan 'Authentic Nyonya Noodles Hut' di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

JOM CUBA MENU 'AUTHENTIC NYONYA NOODLES HUT' DI SANTA GRAND SIGNATURE KL

Makan 'Authentic Nyonya Noodles Hut' di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Alhamdulillah, aku sendiri telah mencuba ke semua menu 'Authentic Nyonya Noodles Hut' dan sememangnya menu yang disediakan betul-betul sedap, terutamanya Mee Kari. Sebagai peminat Mee Kari, aku berpendapat mee karinya betul-betul sedap dan sebaris dengan mee kari yang pernah aku cuba sebelum ini.

Makan 'Authentic Nyonya Noodles Hut' di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Makan 'Authentic Nyonya Noodles Hut' di Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Makanan yang sedap, ditambah lagi dengan suasana restoran yang menarik dan tenang pastinya pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. 

Untuk anda yang nak mencuba bolehlah ke Santa Grand Signature Kuala Lumpur, bermula jam 12.00 tengahhari sehingga jam 6.00 petang sahaja. Untuk harga pula, setiap hidangan hanyalah berharga RM15 sahaja. Betul-betul berbaloi kan?!

Sehingga hari ini, Santa Grand Signature Kuala Lumpur mengekalkan kaedah memasak tradisional dan menggunakan bahan premium yang paling segar. Inilah yang benar-benar membezakan hotel ini daripada hotel-hotel lain.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi +603-2027 1969 atau emel di reservation@santagrandhotels.com.my



SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR


No 36, Menara Santa, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia

Laman Sesawang : www.santagrandhotels.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/sgsklcc/
Instagram : https://www.instagram.com/sgsklcc/

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!