Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!

Sepang merupakan sebuah daerah yang terletak di selatan negeri Selangor. Daerah ini bersempadan dengan daerah Petaling di utara, daerah Hulu Langat dan Negeri Sembilan di bahagian timur, daerah Kuala Langat di sebelah barat dan Selat Melaka di bahagian selatan.  Daerah ini menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang merupakan pintu masuk utama bagi pelancong luar negara ke dalam negara.

Aku yakin ramai yang sebenarnya ingin tahu lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Sepang ini, terutamanya untuk mereka yang mungkin baru sahaja tiba di KLIA, jadi in shaa Allah artikel kali ini akan membantu untuk anda membuat rancangan perjalanan anda.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEPANG, SELANGOR!

Berikut adalah antara tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati & singgah di Sepang, Selangor!

1) HL DRAGON FRUIT ECO FARM

Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!

HL Dragon Fruit Eco Farm ini merupakan salah satu tempat menarik yang anda perlu lawati sekiranya ke sini!  Memulakan penanaman di tahun 2014, ladang ini terus berkembang pesat sehingga kini dengan menawarkan pelbagai keistimewaan menarik buat pengunjung. 

Pada tahun 2021, HL Dragon Fruit Eco Farm menawarkan sesuatu yang menarik buat pengunjung iaitu struktut buah naga yang terbesar di Malaysia, mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Books of Records!

Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!

Selain dapat melihat penanaman buah naga, pengunjung juga boleh bergambar di kawasan ini. Ada pelbagai jenis buah naga yang ditanam disini termasuklah  Red Ruby, Pink Ruby, Yellow King dan juga Honey White.

Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!

Selain itu, anda juga boleh ke HL Restaurant & Cafe yang dibuka sejak tahun 2016. Di sini terdapat pelbagai jenis menu berasaskan buah naga yang sememangnya unik dan sukar untuk dijumpa di lokasi lain!


📍 HL Dragon Fruit Eco Farm
Lot 7608, Jalan Besar, Batu Satu, 43900 Sepang, Selangor

2) MITSUIT OUTLET PARK KLIA SEPANG

Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang merupakan sebuah pusat beli belah terkemuka terletak hanya 6 kilometer sahaja daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Berkonsepkan 'factory outlet', pusat beli belah ini menawarkan pelbagai outlet berjenama.

Antara jenama menarik yang anda boleh dapatkan pada harga yang cukup berpatutan adalah seperti Pierre Cardin, Hush Puppies, Clarks, Puma, New Balance, Levi's dan sebagainya. 

Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!

Selain itu, disini juga menjadi lokasi membeli belah terakhir sebelum anda berlepas di KLIA.  Sekiranya anda berada di KLIA, terdapat bas 'free shuttle' yang anda boleh gunakan untuk ke Mitsuit Outlet Park KLIA Sepang ini. Selain itu, servis menyimpan barangan percuma dan kiosk check-in penerbangan juga disediakan disini. 

Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!

📍 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
Persiaran Komersial, 64000 KLIA, Selangor Darul Ehsan


3) SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT

Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!


Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dibina pada Februari 1998 dan dirasmikan secara rasmi kepada umum pada 9 Mac 1999 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia telah disiapkan dalam rekod 14 bulan dan dengan pengiktirafan kemudahan pelbagai rupanya, ia diberi penghormatan untuk memasukkan logo F1 dalam namanya dari 1999 hingga 2017.

Digelar sebagai permata mahkota sukan permotoran Malaysia, SIC terkenal dengan acara dan aktiviti sukan permotoran seperti F1 Grand Prix (F1), MotoGP™, Super GT, Piala Kereta Jelajah Dunia (WTCR), Siri Asia Le Mans ( ALMS), Superbike World Championship (WSBK), Endurance World Championship (EWC), Asia Road Racing Championship (ARRC), Asia Talent Cup (ATC), Sepang 12 Hours (S12H), Malaysia Championship Series (MCS), Sepang 1000KM Endurance Race (S1K), Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK), serta acara korporat, gaya hidup dan pameran, menjadikannya tempat pilihan.


Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!

Litar itu sendiri adalah tarikan pelancong dengan bentuk, susun atur dan sejarahnya yang unik. SIC menghidupkan dan menghidupkan permotoran, daripada acara yang dipacu adrenalin kepada memelihara sejarah sukan permotoran, serta membangunkan bakat dengan Pasukan Perlumbaan SIC sendiri, yang ditubuhkan pada 2014.

Disebabkan lokasinya yang unik, SIC terletak secara strategik 14km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 45 minit pemanduan (60km) dari kebanyakan bandar utama, terutamanya dari pusat bandar Kuala Lumpur. Litar ini boleh diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan moden, rangkaian kereta api, dan rangkaian lebuh raya.

Direka oleh arkitek terkenal dunia Hermann Tilke, trek ini mempunyai 15 pusingan dan 8 laluan lurus, dengan aksi berkelajuan tinggi melebihi 300km/j. Trek ini membolehkan banyak peluang untuk memintas, memastikan perlumbaan yang penuh dengan ketegangan dan keseronokan.

Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!

SIC menyasarkan untuk memberi inspirasi kepada generasi sebagai hab sukan permotoran dan edutainment yang canggih di rantau ini, dan pemangkin untuk mencetuskan permulaan baharu bagi industri sukan permotoran Malaysia dan seterusnya. Trek ini boleh memuatkan lebih daripada 170,000 penonton pada satu masa. Grandstands Utama dan 18 Suite Korporat berhawa dingin mempunyai kapasiti 32,000, manakala Grandstands K dan F masing-masing boleh memuatkan sehingga 18,500 penonton, masing-masing menghadap selekoh 1 dan 7. The Hill Stand menawarkan pemandangan terbuka dan panoramik dari selekoh 9 hingga 14.

Litar Antarabangsa Sepang sendiri menawarkan contoh pilihan ruang luar, serta penggunaan Paddock Chalet dalaman, Paddock Club, Suite Perdana dan Suite Korporat - semuanya boleh ditingkatkan atau ke bawah dengan mudah untuk disesuaikan dengan sebarang set-up.  


📍 Sepang International Circuit Sdn. Bhd.
Jalan Pekeliling, 64000 KLIA,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

4) AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT

Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!

Avani Sepang Goldcoast Resort merupakan sebuah resort 5 bintang yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, iaitu perjalanan kira-kira 40 minit sahaja. Resort ini merupakan lokasi tepat untuk anda merelakskan diri, jauh daripada kesibukan di bandar kerana lokasinya dan juga fasiliti yang disediakan memang terbaik. 

Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!

315 buah bilik dan villa terapung di atas laut Selat Melaka merupakan antara tarikan utamanya. Pelbagai aktiviti anda boleh lakukan disini seperti berenang di kolam renang, gymnasium, menaiki ATV, memanah, spa dan sebagainya. 


📍 Avani Sepang Goldcoast Resort, 
No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, 
Kg Bagan Lalang, 43950, Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan 

5) MÖVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE KLIA

Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!

Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA merupakan sebuah lagi penginapan menarik yang anda boleh jadikan lokasi untuk berehat dan bersantai bersama keluarga di Sepang ini. Terletak berdekatan dengan KLIA, hotel ini menawarkan penginapan 5 bintang yang cukup eksklusif.

Tempat-Tempat Menarik di Sepang, Selangor!

Menjadi antara lokasi utama mereka yang akan mengerjakan haji atau umrah, hotel ini turut menjadi lokasi konvensyen dan sebagainya. Di sini terdapat pelbagai ruangan mesyuarat dan ballroom yang sesuai untuk sebarang acara termasuklah perkahwinan.


📍 Kompleks TH Sepang, Jalan Masjid KLIA, Sepang
64000, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

"PUSING SELANGOR DULU!"

Sepang sememangnya menawarkan pelbagai lokasi dan tempat menarik yang anda boleh lawati. Sebelum bercuti ke lokasi-lokasi lain di Malaysia, apa kata bercuti terlebih dahulu di negeri Selangor yang menawarkan 1001 tempat-tempat menarik untuk dilawati.

SEKIAN

Artikel ini dihasilkan dari program Sepang Fam Trip pada 22 Jun sehingga 24 Jun 2023 anjuran Tourism Selangor

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!