Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebut sahaja buah blueberry, pastinya ramai yang menyukai dan menggemari buah comel berwarna biru tua ini. Dengan saiznya yang kecil dan comel, blueberry sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan. Alhamdulillah, baru-baru ini sebuah bengkel telah diadakan iaitu Blueberry Wonder Workshop yang diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
BENGKEL BLUEBERRY WONDER! PENUH KEAJAIBAN BLUEBERRY
Pada tanggal 17 Ogos 2023 telah berlangsungnya Bengkel Blueberry Wonder, bertempat di KL Wellness City di Bukit Jalil. Acara yang berlangsung dari 11.00 pagi hingga 2.30 petang ini memberikan pelbagai maklumat berkenaan Blueberry dalam kesihatan dan juga dalam penyediaan makanan.
Bengkel ini menyediakan aktiviti menarik seperti perkongsian maklumat, demonstrasi penyediaan makanan, dan juga aktiviti menarik iaitu peserta menyediakan sendiri hidangan lazat yang menggunakan Oregon Washington Blueberries yang kaya dengan antioksidan.
Acara terlebih dahulu dimulakan dengan ucapan oleh Encik Eddie Saw, wakil daripada Total Market Solutions yang memberikan penerangan penuh informasi tentang kelebihan blueberry serta bagaimana blueberry menjadi pilihan orang ramai. Kemudiannya, wakil KL Wellness City, iaitu penaja lokasi, turut berkongsi beberapa pandangan tentang kepentingan mengekalkan gaya hidup sihat untuk melengkapkan acara yang berfokuskan kesihatan.
Seterusnya, pempengaruh media sosial Iman Azman berkongsi cerita menarik tentang kepentingan blueberry dalam kehidupan seharian kita. Buah yang kecil namun hebat ini telah menjadi ruji dalam diet moden kerana nilai pemakanan yang luar biasa dan serba boleh yang boleh dimasukkan ke dalam hampir semua hidangan dan minuman.
Iman menambah,
"Anak-anak kecil saya suka bluberry dalam kek cawan mereka dan sebagai ibu bapa saya berasa lebih yakin menambah bahan-bahan segar dan berkhasiat ke dalam snek dan minuman kegemaran mereka."
Perjalanan acara gastronomi ini diserikan lagi dengan kehadiran Chef Zie Zie, yang memperagakan resipi ciptaannya iaitu Blueberry Rosemary Grilled Chicken Poke Bowl. Para hadirin berpeluang menyaksikan sendiri gabungan perisa yang dibawa oleh blueberry menjadikan hidangan yang enak dan manis.
Acara berikutnya adalah dimana aktiviti menyediakan Tart Mini Keju Krim Blueberry serta Minuman Blueberry Colada yang menyegarkan. Sebagai seorang yang hanya tahu makan, banyak juga yang aku belajar tentang cara penyediaan makanan yang senang disediakan dengan bahan yang mudah dicari.
Selesai aktiviti kulinari, setiap peserta diberikan sijil penghargaan untuk menghargai penglibatan peserta dalam acara tersebut. Seterusnya, kami semua menikmati hidangan makan tengah hari yang lazat sebelum berkumpul untuk sesi bergambar.
KHASIAT BLUEBERRY
Blueberry, makanan super yang kaya dengan antioksidan, telah diketahui memberikan pelbagai manfaat kesihatan, daripada menguatkan sistem imun sehinggalah kepada menyokong kesihatan jantung. Ia bebas kolesterol dan natrium dengan Potassium dan Vitamin C yang tinggi, menjadikannya salah satu pilihan utama makanan sihat yang bersih untuk penggemar kesihatan.
Oregon Washington Blueberries dipilih dengan teliti untuk memastikan hanya beri biru berkualiti terbaik dihidangkan dalam setiap hidangan diet anda. Anda boleh dapatkannya di pasar raya dan kedai runcit utama.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.