Assalamualaikum dan salam sejahtera
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih dikenali ramai sebagai PTPTN adalah salah satu agensi yang memberi bantuan pinjaman buat mereka yang ingin melanjutkan pelajaran. Ramai sebenarnya yang tidak mampu untuk membayar yuran dan perbelanjaan ketika belajar dan PTPTN lah antara agensi yang membantu memberikan pinjaman buat para pelajar.
Sebelum membuat permohonan, anda perlulah ingat bahawa ini adalah pinjaman. Pinjaman perlulah dibayar, melainkan jika anda berjaya dapatkan keputusan yang bagus, lantas tidak perlu membayar pinjaman PTPTN anda.
LIHAT SINI untuk pengecualian pembayaran balik pinjaman PTPTN
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN
Baiklah, tanpa membuang masa, berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu ikut untuk membuat permohonan PTPTN
1) PEMBUKAAN AKAUN SSPN i (SSPN PRIME) PELAJAR
Baiklah, pertama sekali anda perlu membuka akaun SSPN. Terdapat dua pilihan iaitu SSPN i dan juga SSPN Plus. Untuk SSPN i, anda perlu membayar minima deposit RM20 sahaja. Untuk SSPN Plus pula, anda perlu memilih takaful paling rendah dan kemudiannya, anda perlu membayar deposit RM60.
KLIK SINI untuk membuka akaun SSPN
2) SEMAK JADUAL PERMOHONAN
Seterusnya anda perlulah menyemak jadual permohonan yang dikeluarkan mengikut kursus dan universiti anda. Pastikan tarikh anda tahu tarikh tutup permohonan supaya tidak terlepas. Selain itu, anda juga boleh menyemak kelompok dan juga jumlah maksimum pinjaman anda.
KLIK SINI untuk menyemak jadual permohonan PTPTN
3) BELI PIN PTPTN UNTUK PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN
Langkah berikutnya adalah pembelian Pin PTPTN. Sekarang anda boleh membeli Pin PTPTN melalui datam talian sahaja. Untuk pembelian Pin PTPTN, adalah wajib untuk menggunakan kad pengenalan pelajar.
Untuk maklumat, pembelian Pin ini hanyalah berharga RM5 sahaja.
KLIK SINI untuk pembelian PIN PTPTN
4) ISI MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN
Langkah berikutnya adalah dengan mengisi maklumat permohonan pinjaman PTPTN anda. Anda perlulah log masuk menggunakan password yang sama ketika pembelian no pin anda.
Seterusnya anda perlu mengisi maklumat mengikut bahagian yang ditetapkan. Pastikan kursus/program yang dimohon sama seperti surat tawaran masuk Universiti, kesilapan memasukan kursus/program akan menyebabkan permohonan anda ditolak semasa menghantar agreement di kaunter PTPTN.
KLIK SINI untuk mengisi maklumat permohonan pinjaman PTPTN
5) SEMAK STATUS PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN / PANDUAN MENGISI DOKUMEN PERJANJIAN
Anda bolehlah menyemak status permohonan anda sama ada masih dalam proses atau telah lulus. Sekiranya telah lulus, tekan pada lulus dan print perjanjian sebanyak dua set serta lekatkan setem hasil bernilai RM10 di setiap perjanjian dan lampirkan surat tawaran masuk universiti. Setem hasil tersebut tidak perlu dimatikan.
KLIK SINI untuk menyemak status permohonan pinjaman PTPTN
KLIK SINI untuk Panduan Mengisi Dokumen Perjanjian
Begitulah sedikit sebanyak cara-cara dan langkah untuk anda memohon pinjaman PTPTN. Semoga dengan panduan yang diberikan ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan yang lancar dan betul. Sekiranya terdapat sebarang persoalan dan permasalahan anda boleh ajukan diruangan komen di bawah.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.