Makan di Restoran Western House, Kulim, Kedah

Aerill Hassan
1
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama terperap artikel ini untuk ditulis, akhirnya dapat pun berkongsi dan bercerita panjang dalam blog. Baru-baru ini iaitu sekitar dua minggu lalu, (agak lama terperam) aku dan adik-adik aku serta mak saudara aku ke Kulim Landmark Central kerana ada beberapa urusan di situ.

Kemudian, mencari tempat untuk makan malam, kebanyakan tempat makan di Landmark Central Kulim dan pernah cuba, jadi mak saudara aku mencadangkan untuk makan di satu restoran makanan western yang menarik, terletak tidaklah jauh daripada Landmark Central. Jadi, kami pun meneruskan perjalan ke Restoran Western House.

MAKAN DI RESTORAN WESTERN HOUSE, KULIM, KEDAH

Makan di Restoran Western House, Kulim, Kedah

Restoran Western House ini terletak berdekatan dengan TNB Kulim, di deretan kedai berhadapan dengan jalan besar. Ketika kami datang, masih belum ramai kerana waktu itu sudah petang dan aku rasa di waktu malam mesti lebih ramai orang.

Untuk tempat makannya ada beberapa tempat yang anda boleh pilih sama ada untuk duduk di ruangan luar dengan udara segar, dan juga duduk di bahagian dalam restoran yang lengkap dengan pendingin hawa. Aku sudah semestinya memilih utnuk duduk di ruangan berpendingin hawa, lebih sejuk dan selesa. 

Makan di Restoran Western House, Kulim, Kedah

MAKANAN BERSAIZ BESAR, sebelum ke restoran ini, aku dan adik aku ada melihat beberapa review terutamanya di Google Review, melihat sama ada restoran ini bagus atau tidak, melihat pandangan dan ulasan orang lain terlebih dahulu. Melihat kepada ulasan, ramai yang mengatakan jika datang dua orang, hanya perlu memesan satu menu sahaja kerana saiz hidangan yang besar. Benar kah?

Untuk menyelesaikan persoalan itu, kami pun memesan hidangan Chicken Chop dan Smoky Burger.

Makan di Restoran Western House, Kulim, Kedah

Inilah saiz CHICKEN CHOP yang dipesan, memang penuh pinggan dan melimpah ruah kuah black peppernya. Selain dua kepingan ayam, turut diletakkan adalah sosej dan roti sandwich yang bersaiz amat besar.

Bagi aku memang benar apa yang ditulis reviewer di Google Review, saiznya memang besar dan jika aku pesan untuk diri sendiri sahaja memang tidak akan habis. Alhamdulillah, penyelesaiannya mudah, minta satu lagi pinggan kosong dan bahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. 


Makan di Restoran Western House, Kulim, Kedah

Menu seterusnya adalah SMOKY BURGER. Saiz hidangannya juga memang besar manakala jumlah kentang goreng yang diberikan sekali memang banyak. Nak makan memang perlu dipotong kepada beberapa bahagian ya. 

Makan di Restoran Western House, Kulim, Kedah

Makan di Restoran Western House, Kulim, Kedah

Untuk minuman pula, disebabkan kami datang berempat, jadi kami memilih empat minuman yang berbeza iaitu Milo V.I.P, Teh Ais V.I.P, Blackcurant V.I.P dan Oren Sunquick V.I.P. Apa perbezaan V.I.P dan biasa? Pastinya saiz gelasnya yang lebih besar dan juga untuk minuman bersusu akan diletakkan aiskrim bersamanya.

Makan di Restoran Western House, Kulim, Kedah

Keseluruhannya dengan saiz yang besar, memang kami semua berpuas hati dengan makanannya. Kenyang itu sudah semestinya. Selain itu dengan suasana restoran yang tenang, memang selesa makan di sini. 

Aku rasa mesti ramai yang nak tahu pasal harganya pula? Berikut adalah harga bagi setiap menu yang dipesan pada hari tersebut :-

  • Chicken Chop : RM27.90
  • The Smoky Burger : RM 15.90
  • Milo Ais V.I.P : RM 6.00
  • Teh Ais V.I.P : RM 5.90
  • Blackcurrant V.I.P : RM4.90
  • Oren Sunquick V.I.P  : RM4.90
Melihat kepada harganya bagi aku sangat berpatutan untuk saiz hidangannya. Memang besar dan aku sangat berpuas hati. Mungkin selepas ini aku akan datang dengan keluarga aku dan menikmati menu-menu lainnya pula.

MENU & HARGA DI WESTERN HOUSE, KULIM, KEDAH

Berikut adalah menu dan harga di Restoran Western House. Anda boleh lihat menu-menu lain yang turut terdapat di sini. 

Makan di Restoran Western House, Kulim, Kedah



RESTORAN WESTERN HOUSE, KULIM, KEDAH



Lokasi : No 9G, Taman Akasia, Taman Seri Akasia, 09000 Kulim, Kedah
Laman Web : https://westernhouse.webador.com/

Email : westernhouse@gmail.com
Telefon : 016-6066090


SEKIAN

إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!