Lirik Lagu : Oda Bumi Anbia - Siti Nurhaliza

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lirik Lagu : Oda Bumi Anbia - Siti Nurhaliza

Sebuah lagu yang dihasilkan hampir 20 tahun yang lalu, lagu berjudul Oda Bumi Anbia merupakan sebuah lagu daripada album studio ke sembilan penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Lagu yang menceritakan tentang peperangan di bumi anbia ini dihasilkan oleh Mat S. W dan lirik oleh Ad Samad.

LIRIK LAGU : ODA BUMI ANBIA - SITI NURHALIZA


Judul Lagu : Oda Bumi Anbia
Penyanyi : Siti Nurhaliza
Komposer : Mat S. W
Penulis Lirik : Ad Samad

Pencerita : Izinkanlah aku bercerita
sebuah kisah yang telah engkau tahu
Dari kaca TV dan di dada-dada akhbar
Kau sendiri melihat dan mendengarnya bukan? 
Penganiayaan satu bangsa terhadap satu bangsa yang lain
Begini apabila kemanusiaan di penghujung kewarasan

Siti Nurhaliza : Merengkok tubuh mungil
Di atas pasir berbumbung langit
Entah apalah dosanya
Rebah dihinggap peluru yang tak bermata

Berkawat lasykar angkuh
Di balik jentera perisainya
Berselendangkan senjata
Tiada belas nuraga nun dihatinya

Dunia bagaikan pejamkan mata
Serta terpasung tangannya
Tidak mampu berbuat apa
Sedangkan mungkar beraja

Pencerita : Netzarim, Khan Yunis, Gaza, Jenin, Namlus dan sepanjang Tebing Barat
Hari demi hari lasykar angkuh ini terus mengganas mencari mangsanya
    Kanak-kanak atau orang tua, tidak mengapa, pada mereka sama sahaja!

    Siti Nurhaliza : Mengalir darah merah
Di atas bumi suci Anbia
Laungan Intifada
Bergema membakar semangat perjuangannya

Dunia bagai pejamkan mata
Serta terpasung tangannya
Tidak mampu berbuat apa
Sedangkan mungkar beraja
Oh mengapa?

Dunia bagai pejamkan mata
Serta terpasung tangannya
Tidak mampu berbuat apa
Sedangkan mungkar beraja

Dunia bagai pejamkan mata
Serta terpasung tangannya
Tidak mampu berbuat apa
Sedangkan mungkar beraja
Oh mengapa?

Pencerita : Sampai bila? Sampai bilakah penindaasan dan kekejaman ini akan berterusan?
Sampai bilakah bumi Anbia ini akan terus menyaksikan pertumpahan darah?
Sampai bila, rakyatnya harus terus terkapai-kapai mencari keadilan dan kebebasan?
Aku sendiri menanti jawabnya.

NYANYIAN SECARA LANGSUNG LAGU ODA BUMI ANBIA - SITI NURHALIZA


SEKIAN
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!