Assalamualaikum dan salam sejahtera
Malaysia merupakan antara negara di dunia yang memiliki bangunan pencakar langit terbanyak di dunia. Negara kita berada di kedudukan ke empat (4) keseluruhan dalam senarai yang dikeluarkan oleh Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH), dengan sebanyak 358 buah bangunan tersenarai dengan ketinggian melebihi 150 meter.
Untuk artikel kali ini kita akan melihat senarai bandar dengan jumlah bangunan pencakar langit terbanyak, senarai bangunan tertinggi dan juga sejarah bangunan tertinggi di Malaysia.
{tocify} $title={KANDUNGAN}
BERAPA JUMLAH BANGUNAN PENCAKAR LANGIT DI MALAYSIA?
Untuk maklumat, bangunan pencakar langit pertama telah dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1978 dan sehingga sekarang Kuala Lumpur mempunyai salah satu latar langit tertinggi di dunia. Selain Kuala Lumpur dan kawasan metropolis sekitarnya, kebanyakan bangunan pencakar langit di Malaysia turut tertumpu di bandaraya George Town dan Johor Bahru.
Sehingga tahun 2023, bangunan Merdeka 118 di Kuala Lumpur telah menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, dibina dengan ketinggian 678.9 meter, mempunyai balai cerap tertinggi yang terletak di puncak menara.
Sejarah bangunan pencakar langit di Malaysia bermula dengan kemajuan pembinaan di Kuala Lumpur sekitar tahun 1970-an dan 1980-an, dimana rekod bangunan tertinggi sentiasa dipecahkan saban tahun. Pada tahun 1971, bangunan Sime Darby (sekarang dikenali sebagai Bangunan Takaful) dengan 28 tingkat merupakan bangunan pertama yang ketinggiannya melebihi 100 meter. Kemudiannya, pada tahun 1978, bangunan Bank Muamalat menjadi bangunan pencakar langit pertama di negara ini yang mengikut takrifan CTBUH.
Pada tahun 1985, bangunan setinggi 65 tingkat yang dikenali sebagai Komtar telah dibina di George Town menjadi bangunan pencakar langit pertama yang ketinggiannya melebihi 200 meter. Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia dari tahun 1998 sehingga 2004, dan sehingga kini masih memegang takhta sebagai bangunan pencakar langit kembar tertinggi di dunia.
Sehingga sekarang, Malaysia mempunyai sebanyak 285 buah bangunan yang sudah siap dengan ketinggian melebihi 150 meter, 67 buah bangunan melebihi ketinggian 200 meter dan 6 bangunan dengan ketinggian melebihi 300 meter.
SENARAI 10 BANGUNAN TERTINGGI DI MALAYSIA
Berikut merupakan senarai 10 bangunan pencakar langit tertinggi di Malaysia di mana bangunannya telah siap dibina. 9 daripada 10 bangunan pencakar langit ini terletak di ibu negara Kuala Lumpur manakala hanya 1 dari Johor Bahru.
SENARAI BANDAR DENGAN BANGUNAN PENCAKAR LANGIT TERBANYAK DI MALAYSIA
Berikut merupakan senarai 10 bandar dengan jumlah bangunan pencakar langit terbanyak di Malaysia mengikut takrifan CTBUH iaitu melepasi ketinggian 150 meter.
SEJARAH BANGUNAN TERTINGGI DI MALAYSIA
Berikut merupakan senarai bangunan yang pernah memegang takhta sebagai bangunan tertinggi di Malaysia. Sehingga tahun 2023, bangunan tertinggi di Malaysia adalah Merdeka 118 yang juga merupakan bangunan dan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai, UAE.
BERAPA BANYAK LAGI BANGUNAN PENCAKAR LANGIT DI MALAYSIA AKAN DIBINA?
Mengikut senarai yang telah dikeluarkan, sebanyak 21 bangunan sedang dalam pembinaan dan telah diluluskan pembinaannya manakala 13 lagi bangunan sedang dipertimbangkan untuk kelulusan dan pembinaannya.
Jika dilihat kebanyakan pembangunan bangunan pencakar langit adalah sekitar metropolis Kuala Lumpur dan metropolis Penang. Tak sabar nak ketahui bangunan pencakar langit dengan binaan unik pada masa hadapan seiring dengan arus pemodenan di negara Malaysia.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.