Apa yang menarik di Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah?

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa yang menarik di Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah?

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan semua? Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kepada yang belum tahu, baru-baru ini aku ada menyertai FAM TRIP kelolaan QTT Group PLT dan KembaRojak. Salah satu lokasi penginapan dan aktiviti adalah di sebuah lokasi yang cukup menarik, yang sebenarnya baru sahaja dibuka pada tahun 2023 iaitu DIMA GARDEN.

In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan kongsikan pengalaman aku bermalam di sini, serta aktiviti apa yang ada dan apa yang boleh anda jangkakan apabila berada di DIMA GARDEN. Selamat membaca !

{tocify} $title={KANDUNGAN}

APA YANG MENARIK DI DIMA GARDEN, KUALA KETIL, KEDAH?


Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

DIMA GARDEN merupakan sebuah lokasi yang terletak berdekatan dengan pekan Kuala Ketil iaitu sekitar 5 minit sahaja. Bermula dengan kandang kuda sahaja, kini Dima Garden menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuklah penginapan.

Diasaskan oleh Datuk IR Mansor Musa, perkataan DIMA itu merupakan gabungan nama beliau dan juga isterinya iaitu D (Datuk) I (Ir) M (Mansor) A (Afiza). Sudah 6 bulan beroperasi, Dima Garden mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada orang ramai, yang datang bukan sahaja untuk menginap tetapi juga melakukan aktiviti menarik yang tersedia di sini. 

Untuk pengetahuan anda semua, lokasi Dima Garden dan rumah ibubapa aku yang terletak di Merbau Pulas adalah sangat dekat! Hanya mengambil masa sekitar 10 minit sahaja. Untuk ke bandar Sungai Petani, aku dan keluarga perlu melalui jalan yang terletak berhadapan dengan Dima Garden ini.

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah


PENGALAMAN MENGINAP SELAMA 2 HARI 1 MALAM DI DIMA GARDEN!


Baiklah, sekarang tibalah masanya untuk aku ceritakan pula tentang penginapan. Alhamdulillah, untuk malam terakhir kami semua dapat bermalam di Dima Garden, Kuala Ketil. Untuk makluman, keseluruhan Dima Garden ini adalah berkeluasan sebanyak 12 hektar. Luas betul!

Sehingga kini pula terdapat 23 buah unit yang tersedia buat pengunjung yang ingin menginap di Dima Garden ini.

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Untuk penginapan kali ini aku menginap dan bermalam di bilik jenis Kabin. Bilik jenis ini boleh memuatkan sehingga empat orang pengunjung. Untuk rekaan bilik ini sememangnya sangat ringkas. Hanya ruang tidur dan juga tandas.

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Walaupun ringkas, untuk bilik jenis kabin ini cukup selesa, lengkap dengan kemudahan seperti peralatan membuat air, pendingin hawa, seterika dan sebagainya. Lebih menarik lagi, lokasinya yang berada betul-betul berhadapan dengan kolam renang. 

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Selain dari bilik jenis kabin, terdapat beberapa lagi penginapan di Dima Garden yang tersedia iaitu jenis Cengal, Akasia dan juga Kapsul. Untuk jenis Cengal adalah seperti bilik di bawah :-

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Bilik jenis Cengal kelihatan seperti sebuah rumah melayu klasik dan cukup selesa. Boleh memuatkan dua orang pengunjung. 

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Dua lagi jenis penginapan adalah Akasia iaitu jenis rumah pokok yang mempunyai 4 unit memuatkan dua pengunjung manakala 1 lagi unit boleh memuatkan seramai 5 pengunjung. 

Jenis bilik terakhir adalah jenis Kapsul yang boleh memuatkan seramai dua orang pengunjung. Terdapat tandas dan bilik mandi yang selesa disediakan berdekatan dengan bilik jenis ini. 

HARGA PENGINAPAN DI DIMA GARDEN

Berikut adalah senarai harga mengikut penginapan yang tersedia di Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah.

JENIS PENGINAPANSABTU & AHAD ISNIN - JUMAAT
KABIN
(4 PAX)
RM310.00RM290.00
CENGAL
(2 PAX)
RM295.00RM275.00


JENIS PENGINAPANSABTU & AHAD ISNIN - JUMAAT
AKASIA 1
(2 PAX)
RM255.00RM235.00
AKASIA 2 & 3
(2 PAX)
RM215.00RM195.00
AKASIA 4
(2 PAX)
RM295.00RM275.00
AKASIA 5
(5 PAX)
RM517.50RM497.50


JENIS PENGINAPANSABTU & AHAD ISNIN - JUMAAT
KAPSUL TYPE A
(3 PAX)
RM202.50RM182.50
KAPSUL TYPE B
(2 PAX)
RM175.00RM155.00


KEMUDAHAN DI DIMA GARDEN, KUALA KETIL

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Baiklah, apa pula kemudahan yang tersedia buat mereka yang menginap atau datang ke sini? Banyak sebenarnya kemudahan yang tersedia termasuklah kolam renang, vending machine, ruang makan, ruang barbeku, surau, tandas awam dan juga dewan terbuka.

Kolam renang yang tersedia memang sangat luas, mempunyai dua bahagian, satu untuk dewasa, satu untuk kanak-kanak. Kedalaman bagi kolam renang dewasa tidaklah terlampau dalam. Untuk mereka yang memilih menginap di bilik jenis Kabin atau Cengal, kolam renang terletak berhadapan sahaja dengan bilik anda.

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Selain itu, terdapat juga ruang barbeku dengan beberapa meja untuk berehat di sekitar bilik jenis Kapsul dan Akasia. Pondok rehat pula tersedia bagi penginapan jenis Cengal manakala untuk jenis Kabin pula tersedia meja dan tempat duduk khas.

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

KAWASAN PERSEKITARAN DIMA GARDEN, KUALA KETIL

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Suasan sekitar Dima Garden sememangnya sangat cantik dan tenang. Walaupun berada dekat dengan jalan utama, tetapi kawasan ini agak tenang dan sunyi daripada bunyi-bunyian kenderaan lalu-lalang.

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Aku sendiri sempat bersarapan dengan tenang berhadapan dengan kolam renang. Oh ya, bercakap mengenai sarapan, jangan risau pihak Dima Garden turut menyediakan sarapan untuk para pengunjung.

Sekiranya anda ingin mencari makanan sendiri, anda bolehlah mencari di pekan Kuala Ketil yang terletak hanya 5 minit sahaja atau ke Lotus Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani yang terletak sekitar 10 minit sahaja. 

AKTIVITI - AKTIVITI MENARIK DI DIMA GARDEN!

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Baiklah, selain penginapan yang menarik, Dima Garden turut menawarkan aktiviti-aktiviti lasak yang menarik. Sehingga kini terdapat tiga akviti yang disediakan iaitu ATV Ride, Horse JoyRide dan juga Archery.


Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Berikut adalah harga yang ditawarkan bagi setiap aktiviti yang disediakan :-

ATV RIDE
  • RM30 / 15 Minit
  • RM45 / 30 Minit

HORSE JOYRIDE (2 PUSINGAN) 
  • DEWASA : RM12
  • KANAK-KANAK (12 TAHUN) : RM10

MEMANAH
  • RM 10 / 7 arrows
Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Untuk ATV Ride, terdapat tiga litar yang disediakan, iaitu litar bagi mereka yang mula belajar, litar untuk penunggangan biasa-biasa dan akhir sekali litar ekstrem. Untuk kuda pula, pengunjung dapat merasai pengalaman menaiki kuda sebanyak dua pusingan. 

DEWAN TERBUKA UNTUK ACARA / PERKAHWINAN!

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Baiklah, sekiranya anda masuk sahaja ke kawasan Dima Garden melalui jalan utama, pastinya anda akan melihat sebuah dewan terbuka yang luas. Sebenarnya itulah dewan yang khas untuk sebarang acara termasuklah acara perkahwinan.

Menariknya, terdapat sebuah lokasi disebelahnya lengkap dengan pelamin dengan dekorasi ala taman. Untuk yang berminat mengadakan acara atau perkahwinan disini anda bolehlah mengambil pakej-pakej yang tersedia seperti pakej perkahwinan jasmine, azalea. Untuk pakej perkahwinan, harga pakej bermula RM17,900 sehingga RM24,900.

Selain itu terdapat juga pakej-pakej lain seperti pakej dinner dan pakejhi tea lavender serta pakej team building.

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah

Alhamdulillah, keberadaan aku dan rakan-rakan disitu sempatlah juga menikmati juadah kenduri yang enak di dewan terbuka itu.

KESELURUHANNYA

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah
Datuk Ir Mansor Musa menunggang kuda kegemaran beliau

Dima Garden merupakan sebuah lokasi percutian yang lengkap untuk semua. Selain dapat menikmati penginapan yang cukup selesa, pengunjung juga mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. 

Datuk Ir Mansor Musa selaku pengasas Dima Garden turut menyatakan bahawa akan ada beberapa penambahan dan juga tarikan terbaru yang akan dijalankan dimasa hadapan. Tahniah diucapkan!

Oleh itu, kepada anda yang berada di sekitar daerah Kulim, Baling, Kuala Muda dan seluruh Malaysia bolehlah datang menginap dan melakukan pelbagai aktiviti di DIMA GARDEN, KUALA KETIL, KEDAH.

DIMA GARDEN, KUALA KETIL



LOKASI : Lot 3472, Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, 09400 Sungai Petani, Kedah

TELEFON : 010 461 0838
0124236675


#DimaGarden #DimaStable #DimaATV #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Dima Garden, Kuala Ketil, Kedah


Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!