Citarasa Malaysia di 'Surr! In the Sky' @ KL Tower - Festival Nasi Kandaq & Cabaran Teh Tarik

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

'Surr! In the Sky' @ KL Tower - Festival Nasi Kandaq & Cabaran Teh Tarik

Baru-baru ini telah berlangsungnya acara julung kalinya diadakan di Menara Kuala Lumpur iaitu 'Surr! In the Sky' @ KL Tower - Festival Nasi Kandaq pada 27 dan 28 Januari 2024 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur.

CITARASA MALAYSIA DI 'SURR! IN THE SKY @ KL TOWER - FESTIVAL NASI KANDAQ & CABARAN TEH TARIK

'Surr! In the Sky' @ KL Tower - Festival Nasi Kandaq & Cabaran Teh Tarik

Festival yang diadakan dua hari ini telah membawa lebih daripada 10 restoran-restoran terkenal dari Pulau Pinang seperti Hameediyah, Kapitan, Hussain Pasembor Padang Kota, Line Clear, Ais Tingkap, Jamal Mohamed (Ketapang), Kudu dan banyak lagi.

"Ini adalah kali pertama kami mengumpulkan pengusaha Nasi Kandar yang ternama bersama-sama dalam satu festival di Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Nasi Kandaq Hunters dan Nasi Kandaq Transporter,"
kata Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

'Surr! In the Sky' @ KL Tower - Festival Nasi Kandaq & Cabaran Teh Tarik
"Kami juga sanagt teruja untuk menganjurkan lebih banyak acara sebegini di Menara Kuala Lumpur dan berhasrat untuk mengumpulkan pengunjung dan pencinta makanan bagi menikmati makanan tempatan di sini," 
tambah beliau lagi.

'Surr! In the Sky' @ KL Tower - Festival Nasi Kandaq & Cabaran Teh Tarik

Kemuncak festival ini adalah para pengunjung boleh menjamu selera di Sky Deck bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam pada hari Sabtu dan Ahad sambil menikmati pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur. Untuk menjamu selera di Sky Deck, Menara Kuala Lumpur telah menawarkan pakej berharga RM60.00 untuk satu keluarga (terdiri daripada 2 dewasa dan 2 kanak-kanak) atau RM20.00 setiap seorang.

'Surr! In the Sky' @ KL Tower - Festival Nasi Kandaq & Cabaran Teh Tarik

CABARAN TEH TARIK @ KL TOWER

'Surr! In the Sky' @ KL Tower - Festival Nasi Kandaq & Cabaran Teh Tarik

Selain itu, Menara Kuala Lumpur juga mengadakan Cabaran Teh Tarik @ KL Tower pada 27 dan 28 Januari 2024 dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang, di mana terdapat kira-kira 50 peserta telah bertanding untuk menunjukkan kemahiran kreatif mereka membuat dan menarik teh. Pusingan akhir diadakan di Sky Deck dimana mereka telah diadili oleh 3 orang juri yang berpengalaman. Peserta juga telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000 untuk pemenang pertama, RM3,000 untuk pemenang kedua, atau RM2,000 untuk pemenang ketiga.

'Surr! In the Sky' @ KL Tower - Festival Nasi Kandaq & Cabaran Teh Tarik

Rakan acara yang telah bersama-sama menjayakan 'Surr! In the Sky' @ KL Tower - Festival Nasi Kandaq dan Cabaran Teh Tarik adalah ACGAS, HARTA dan F&N

Semoga acara-acara ini akan diadakan setiap tahun dan dapat memperkenalkan lagi citarasa Malaysia buat pengunjung yang datang ke Menara Kuala Lumpur. Layari media sosial rasmi Menara Kuala Lumpur untuk mengetahui maklumat lanjut tentang acara kami akan datang.

MENARA KUALA LUMPUR

LAMAN SESAWANG : https://kltower.com.my/

FB : https://www.facebook.com/officialmenarakl
IG : https://www.instagram.com/menarakl/
X : https://twitter.com/Menara_KL
YOUTUBE : https://www.youtube.com/@MenaraKualaLumpurOfficial/featured
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@menarakl

SEKIAN


إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!