Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah semoga kita semua masih kuat dan bertenaga untuk menghadapi masa yang semakin sukar. Baiklah, dalam artikel kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku mendaki sebuah gunung yang memang indah, terletak di Daerah Baling, Kedah.

Gunung yang aku daki bersama rakan-rakan blogger / influencer adalah Gunung Baling. Oh ya, dalam artikel ini aku juga akan kongsikan juga tempat kami menginap dan juga satu lokasi menarik terletak di kaki Gunung Baling yang anda wajib singgah!


{tocify} $title={KANDUNGAN}

PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG BALING, KEDAH !

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Gunung Baling merupakan sebuah gunung batu kapur yang termasuk dalam kategori gunung ' limestone outcrops'. Gunung ini terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling dan berketinggian 546 meter. Sebenarnya terdapat dua buah gunung di sini iaitu Gunung Baling dan juga Gunung Pulai. Jika dibandingkan, Gunung Baling mempunyai pendakian yang lebih mudah berbanding Gunung Pulai.

Baiklah, pertamanya aku nak kongsikan penginapan kami pada malam sebelum mendaki iaitu di Mountain Baling Garden Village. Kedua aku akan kongsikan pula pengalaman pendakian yang sangat indah, penuh dengan kenangan menarik dan akhir sekali aku akan kongsikan tempat cantik di kaki Gunung Baling iaitu Titi Hayun Lubuk Pedati.

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah
Mountain Baling Garden Village > Gunung Baling > Lubuk Pedati


PENGINAPAN DI MOUNTAIN BALING GARDEN TERRACE 

Baling Mountain Garden Village

Mountain Baling Garden Village merupakan sebuah 'boutique chalet' yang terletak di tengah bandar Baling. Untuk ke Pejabat Pendakian Gunung Baling mengambil masa kurang daripada 10 minit sahaja menjadikan ia lokasi sesuai untuk menginap sekiranya ingin mendaki Gunung Baling.

Di sini terdapat tiga jenis bilik iaitu The Royal Suite, Deluxe Queen dan Single Deluxe Double. Bilik yang aku tidur adalah bilik jenis Single Deluxe Double. Bilik yang cukup selesa, terdapat semua kemudahan yang diperlukan seperti peti ais, seterika televisyen, pendingin hawa dan sebagainya.

Baling Mountain Garden Village

Lokasi Mountain Baling Garden Vilage ini juga sangat strategik, berdekatan dengan stesyen minyak dan juga Masjid Ridzwaniah dan juga beberapa lokasi popular di bandar Baling.

Baling Mountain Garden Village

Lebih menarik, di sebelah malam pula terdapat paparan cahaya lampu menarik memancar ke arah Gunung Baling seakan menyambut kedatangan kami untuk mendaki gunung itu.

Baling Mountain Garden Village, Boutique Chalet

LOKASI : Baling Mountain Garden Village, Kedah, Baling, Malaysia
HUBUNGI : 017-558 6428 / 017-422 9001
EMAIL : bmgardenvillage@gmail.com
FB :https://www.facebook.com/bmgardenvillage/
IG : https://www.instagram.com/balingmountaingardenvillage/


PENDAKIAN GUNUNG BALING BERMULA

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah


Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Baiklah, tiba masa yang ditunggu-tunggu iaitu perkongsian mengenai pendakian Gunung Baling. Alhamdulillah, perancangannya adalah untuk kami semua mendaki dan sampai ke puncah ketika matahari terbit. Khabarnya pemandangan ketika matahari terbit sangat lawa.

Maka, seawal jam 4 pagi kami sudah bersiap dan berkumpul bergerak ke kawasan Pejabat Pendakian Gunung Baling. Kumpulan pendakian kami pada pagi itu turut disertai empat orang malim gunung dan juga empat orang anggota Angkatan Pertahanan Awam

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Selesai 'warm-up' dan bergambar kenangan, kami memulakan pendakian seawal jam 4.30 pagi. Untuk makluman, laluan mendaki di Gunung Baling boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. 

Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Terdapat empat 'checkpoint' keseluruhannya dan antara 'checkpoint'nya adalah pondok ini yang menjadi lokasi solat subuh kami. Tiada air yang disediakan, bermakna anda perlu membawa air sendiri.

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Pendakian ke puncak Gunung Baling kebiasaannya mengambil masa sekitar 2 hingga ke 3 jam. Pendakian turun pula mengambil masa 1.5 sehingga 2 jam. Untuk seseorang yang sangatlah jarang bersenam dan mendaki gunung, aku mengambil masa yang agak lama berbanding mereka yang profesional dan sering mendaki.

Beberapa kali juga aku berhenti mencari nafas dan minum air. Pendakian Gunung Baling ini dikatakan mudah dan sesuai untuk 'beginner' seperti aku. Nampak gayanya untuk mendaki gunung-gunung lain, aku perlukan latihan yang lebih keras sebab mendaki Gunung Baling bagi aku sendiri adalah sukar.

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Seperti yang diberitahu, terdapat laluan berbatu dimana aku perlu mendaki melalui lubang, memanjat batu dan sebagainya. Memang mencabar fizikal dan mental.

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Alhamdulillah, semakin sampai ke puncak cuaca semakin sejuk dan berangin. Malangnya matahari terbit tidak dapat dilihat kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun pemandangannya masih menakjubkan.

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Sebenarnya aku sendiri tak sangka bahawa aku berjaya sampai ke puncak Gunung Baling. Sebagai seorang yang sangat jarang mendaki bagi aku ini adalah pencapaian yang patut dibanggakan.

Lebih menariknya, kesemua ahli kumpulan kami berjaya sampai ke puncak! Alhamdulillah. Jom aku kongsikan beberapa gambar menarik yang sempat di ambil.

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Gambar diatas diambil dari lokasi yang dipanggil sebagai puncak tipu-tipu. Mengapa tipu-tipu? Kerana ramai yang ingat bawah inilah puncak sebenar sedangkan puncak sebenar berada di satu lagi tempat. Anda perlu mendaki beberapa meter lagi laluan berbatu barulah sampai. Dalam gambar anda boleh lihat ada bendera Kedah, disitulah pundak sebenar.

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Sampai sahaja dipuncak, apalagi bergambar lah. Sempat juga aku makan sedikit jajan yang dibawa dari bawah.

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Perlu diingatkan buat semua pendaki bahawa sampah-sampah yang dibawa perlulah dibawa pulang. Aku rasa peraturan ini terpakai bukan sahaja di sini tetapi dimana-mana sahaja. Sampah yang kita bawa perlulah disimpan dan dibuang ditempat yang sepatutnya.

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah
KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN 

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Alhamdulillah, setelah beberapa minit berada di puncak, bergambar, berehat, ber'healing' dan sebagainya, tibalah masa untuk turun pula. Bagi aku pendakian turun adalah lebih mencabar kerana kita perlu menuruni laluan yang dilalui sebelum ini yang mana berbatu, condong dan sebagainya.

Pengalaman Mendaki Gunung Baling, Kedah

Alhamdulillah, sampai di bawah dalam sekitar 2 jam pendakian turun. Sampai dibawah apa yang aku perlukan adalah air untuk diminum. Sangat haus ya! Baiklah seterusnya aku akan berikan beberapa info penting tentang pendakian Gunung Baling yang anda perlu tahu.


PENDAKIAN GUNUNG BALING

✅Masa pendakian 8.00 pagi - 10.00 pagi dan jangkamasa pendakian 1 jam 30 minit
✅Bayaran masuk adalah merangkumi permit, sijil, parkir, kemudahan tandas dan bilik mandi
✅Terhad kepada 150 orang satu pada satu-satu masa dan pendakian akan ditutup serta merta sekiranya cuaca hujan
✅Tidak dibenarkan bermalam
✅Digalakkan membuat tempahan awal untuk mengelakkan slot pendakian penuh
✅Tiada pendakian pada waktu petang / sunset dan pendakian tutup selepas jam 10.00 pagi
✅Pastikan setiap kumpulan pendaki mempunyai penunjuk arah


PERSEDIAAN UNTUK MENDAKI GUNUNG BALING


#1 Sila pakai pakaian yang sesuai seperti kasut 'hiking' & sarung tangan terutama pada musim hujan kerana jalan yang licin. Sarung tangan sangat berfungsi terutamanya ketika memanjat batu yang tajam dan sebagainya.

#2 Jangan lupa untuk bawa air yang secukupnya kerana tiada air yang disediakan di puncak dan sepanjang jalan. 

#3 Boleh juga bawa makanan ringan untuk dimakan ketika perjalanan untuk mengalas perut dan sebagainya. Sampah plastik bungkusan dan sebagainya jangan lupa untuk bawa turun.

#4 Untuk pendakian awal pagi, jangan lupa untuk bawa 'head lamp' untuk melihat laluan pendakian dan baju sejuk yang akan dipakai kerana cuaca yang agak sejuk ketika pagi.

PROSEDUR UNTUK PERMOHONAN MENDAKI GUNUNG BALING DI AWAL PAGI

  • Permohonan secara bersurat atau email ke pihak Majlis Daerah Baling selewatnya 3 minggu awal
  • Minimun pendaki adalah 30 orang ke atas
  • Keputudan dan kelulusan akan dimaklumkan melalui WhatsApp
  • Setiap pendakian yang diluluskan akan menerima surat atau email, dan hendaklah membawa surat itu pada hari mendaki
  • Persediaan pendaki adalah dibawah tanggungjawab pemohon
  • Setiap permohonan hendaklah bersama penunjuk arah yang bertauliah
  • Pihak Majlis Daerah Baling juga menyediakan petunjuk arah yang bertauliah bagi kumpulan atau program jabatan

PEJABAT PENDAKIAN GUNUNG BALING


WAKTU OPERASI : Setiap Hari 
EMAIL : mdbaling@mdbaling.gov.my
HUBUNGI : 04 -4701803

BAYARAN DI GUNUNG BALING


PENDAKIAN : 
  • RM10 untuk warganegara 
  • RM 30 pelancong asing
PETUNJUK ARAH : 
  • RM100 - RM150

MELAYAN PERASAAN DI TITI HAYUN LUBUK PEDATI

Titi Hayun Lubuk Pedati

Selepas sahaja selesai mendaki Gunung Baling, kami semua terus makan 'brunch' di Warung Mat Noi Route 67. Selesai menjamu selera, kami semua ke kawasan yang dikenali sebagai Titi Hayun Lubuk Pedati.

Titi Hayun Lubuk Pedati

Memang cantik 'bethol' kawasan ini! Sebatang sungai mengalir dengan deras, pemandangan dinding batu kapur yang cantik bagaikan berada di luar negara sedangkan hanya di Baling!

Ada sebuah jambatan gantung dibina menghubungkan kawasan seberang sungai. Sambil menikmati pemandangan, tiba-tiba datang dua ekor angsa comel berwarna putih yang berenang riang dan menghampiri tebing sungai.

Titi Hayun Lubuk Pedati

Sempat ber'healing' selama beberapa minit, seterusnya kami pulang ke Mountain Baling Garden Village untuk membersihkan diri dan berehat sebelum bergerak ke lokasi berikutnya. 

Oleh itu, sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai penginapan, pengalaman mendaki Gunung Baling dan juga satu lokasi menarik berdekatan dengan Gunung Baling. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan anda gambaran tentang keseluruhan pengalaman yang aku dapat pada trip tersebut. Jumpa lagi dalam artikel berikutnya ! Bye!

Anda juga boleh membaca kisah menarik pendakian yang sama ditulis oleh rakan blogger di laman Bishdream.com !


SEKIAN

#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Untuk sebarang pakej Nature-Based Travelers, anda boleh hubungi melalui :-

📱+60174079734
📱+60193036008
📩 : qttgroup.management@gmail.com

Artikel ini dihasilkan dari program QTT X KembaRojak FAM TRIP BALING yang berlangsung dari 13 Januari 2024 - 17 Disember 2024 anjuran QTT Group PLT, Global Travel Sdn Bhd (KOLA) & KembaRojak.

Jutaan terima kasih diucapkan pada semua penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim gunung dan kumpulan Gua Sireh.

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!