Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kiri ke kanan: Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Kalithasan Sothinathan, Pengurus Pemasaran Etika |
Peserta akhir wilayah utara, AZ MYX, dinobatkan juara dan membawa pulang sebahagian dari jumlah hadiah RM200,000.
{tocify} $title={Kandungan}
Mountain Dew Malaysia menamatkan perjalanan menarik selama dua bulan bersama Dew Challenge dengan acara kemuncaknya yang dianjurkan oleh Geek Events di Depoh Sentul, Kuala Lumpur pada 16 Disember. Acara inovatif ini menggabungkan alam maya dan realiti dan menghimpunkan lebih daripada seribu peminat permainan dari seluruh negara untuk pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan.
Menolak Sempadan: Mountain Dew Meraih Dua Guinness World Records Terbaru
Dalam satu detik bersejarah, Mountain Dew dalam satu kerjasama bersama warga komuniti gaming, dan ahli media berjaya mencapai dua Guinness World Records terbaru semasa finale Dew Challenge. Rekod tersebut adalah perkataan paintball terbesar yang dibuat menggunakan 4,715 palet paintball dan penembak aintball serentak paling ramai yang melibatkan 298 peserta. Ini menunjukkan komitmen Mountain Dew untuk menjangkaui sempadan dalam inovasi dan dunia hiburan. Hadir untuk penyerahan sijil rasmi adalah pengadil Guinness World Records, En. Kazuyoshi Kirimura.
Pertarungan Antara Wilayah Melahirkan Juara: AZ MYX Mencapai kemenangan, membawa pulang sebahagian daripada jumlah hadiah RM200,000.
Pusingan akhir Dew Challenge yang menyaksikan pertarungan antara wilayah utara, selatan, tengah dan Malaysia timur, telah menampilkan persaingan sengit di kalangan ribuan peserta yang bertarung dalam talian dan juga di kejohanan paintball PUBG.
Perlawanan akhir di Kuala Lumpur menghimpunkan 16 finalis yang layak dari peringkat wilayah. Gelaran juara dicapai oleh AZ MYX dari wilayah utara diikuti oleh Sem9 Junior (Wilayah Tengah) dan Twenty2rich Guerilla (Wilayah Utara) di tempat kedua dan ketiga, masing-masing merangkul sebahagian daripada jumlah hadiah RM200,000.
Menjangkaui Dunia Permainan: Suasana Yang Meriah
Berlangsung dari jam 9 pagi hingga 7 malam, perlawanan akhir Dew Challenge bukan sahaja satu pesta permainan—ia juga merupakan satu perayaan pengalaman yang pelbagai. Para hadirin dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan vendor, termasuklah Domino’s BoxKu, Uncle Bob, MBO, kejohanan mini bagi PUBG mobile, gerai khas mixology Mountain Dew dan permainan karnival yang menarik. Elemen tambahan ini menambahkan suasana perayaan pada acara tersebut dan mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan untuk semua peserta.
Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd berkata,
“Melalui Dew Challenge pada tahun ini, kami benar-benar boleh menguji kemampuan kami. Kami tahu bahawa kami perlu memberikan rakyat Malaysia satu pengalaman yang unik dan akan membuatkan mereka mencuba sesuatu yang luar biasa, menolak sempadan, dan menjalani kehidupan yang hebat dan bertenaga. Saya gembira untuk mengatakan bahawa kami telah berjaya mencapai tujuan kami dan ia diakhiri dengan cara yang hebat."
“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada komuniti permainan, penaja, vendor dan rakan kongsi media kami kerana menjayakan acara ini. Dew Challenge sekali lagi membuktikan bahawa Mountain Dew bukan sekadar minuman; ia adalah gaya hidup yang menyatukan orang ramai melalui minat yang dikongsi dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.”
Untuk lihat gambar dan highlights daripada pusingan akhir, sila layari laman web Dew Challenge (dewchallenge.com) dan halaman Facebook Mountain Dew (https://www.facebook.com/MountainDewMalaysia). Nantikan butiran mengenai Dew Challenge yang seterusnya.
SEKIAN
Wah hebat!
ردحذف