Aplikasi Think Quran Lancar Kempen #FahamKhatamAlQuran Sempena Ramadhan Tahun Ini

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini telah berlangsungnya sebuah majlis pelancaran Kempen #FahamKhatamAlQuran bertempat di Karangkraf Mall, Shah Alam. Kempen ini dilancarkan oleh Think Quran iaitu sebuah  platform yang sesuai untuk umat Islam meningkatkan hubungan mereka dengan kitab suci. 

Aplikasi Think Quran ini dibina adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memahami al-quran dan menyediakan kaedah yang paling berkesan untuk mempelajari bahasa Arab al-Quran dan mensasarkan 100 juta orang akan memahami bahasa al-Quran dengan bantuan Think Quran.

{tocify} $title={KANDUNGAN}

PELANCARAN KEMPEN #FAHAMKHATAMALQURAN

Tingkatkan Penghayatan Kitab al-Quran dengan Kaedah Mudah dan Terbukti


Bersempena bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, Think Quran melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran untuk menggalakkan orang ramai memahami setiap perkataan dalam kitab suci tersebut.

Kempen tersebut telah dilancarkan oleh Dato’ Abdul Radzeen Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, Think Quran bersama dengan Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Kumpulan Karangkraf. 

Menggunakan kaedah pengulangan dengan modul yang berkesan, Think Quran menyasarkan pengguna aplikasinya dapat mengimarahkan bulan puasa tahun ini dengan lebih berkesan.


MINIMA 15 MINIT PENGGUNAAN APLIKASI THINK QURAN


Dengan lebih 300,000 pengguna di Malaysia, Singapura dan Indonesia, modul aplikasi Think Quran amat berkesan dalam menawarkan modul ringkas yang padat dalam masa yang singkat. Aplikasi interaktif yang sesuai digunakan kanak-kanak mahupun orang dewasa membolehkan pembelajaran dan penghayatan Al-Quran dapat diadakan di mana-mana sahaja untuk mengisi ruang masa ketika bulan Ramadhan. Hanya dengan 15 minit sehari pengguna mampu mengukur prestasi secara kendiri dalam aplikasi.

“Bulan Ramadhan amat dinantikan setiap tahun oleh semua orang. Think Quran amat teruja untuk berkongsi bersama dengan sahabat yang lain berkenaan kaedah berkesan untuk memahami dan menghafal Al-Quran. Dengan penghayatan yang lebih mendalam, saya berharap Think Quran dapat membantu kita melalui bulan puasa yang lebih barakah,”

ujar Dato’ Abdul Radzeen Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, Think Quran.



Pengguna boleh mengakses kempen tersebut melalui laman web rasmi Think Quran, platform Sinar Harian, Karya Bestari, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan MyQuranTime di TV Digital.

SATU SET PERCUMA AL-QURAN AMAZING


Selain itu, bersempena dengan pelancaran kempen ini Think Quran menawarkan satu set percuma Al-Quran Amazing dengan setiap langganan seumur hidup Think Quran pada harga RM 399. Ayuh bersama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadhan dengan penghayatan penuh Al-Quran.

Marilah kita bersama-sama meningkatkan penghayatan Al-Quran bersama Think Quran dan juga menyemarakkan bulan Ramadhan yang bakal tiba.

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!