Buffet Ramadan 2024 : Warisan Ibunda di Hotel Concorde, Shah Alam

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buffet Ramadan 2024 : Warisan Ibunda di Hotel Concorde, Shah Alam

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan satu lagi lokasi tempat berbuka puasa menarik, menawarkan pelbagai jenis menu-menu menarik yang anda boleh cuba pada bulan puasa nanti.

{tocify} $title={KANDUNGAN}

BUFFET RAMADAN 2024 : 'WARISAN IBUNDA' DI CONCORDE HOTEL SHAH ALAM

Buffet Ramadan 2024 : Warisan Ibunda di Hotel Concorde, Shah Alam

Buffet Ramadan 2024 di Hotel Concorde Shah Alam kali ini membawa tema 'Warisan Ibunda'. Tema yang dipilih iaitu 'Warisan Ibunda' membawakan makanan dan juadah menu warisan ibu tradisi turun temurun yang dimasak dengan penuh kasih sayang di rumah.


Buffet Ramadan 2024 : Warisan Ibunda di Hotel Concorde, Shah Alam

Terdapat lebih daripada 100 jenis hidangan di Buffet Ramadan Warisan Ibunda. Antara yang menjadi pilihan utama termasuklah Kari Kepala Ikan Jenahak, Telur Ikan Merah Goreng Berempah, Paru Goreng Sambal, Sotong Masak Lemak Belimbing Buluh, Kambing Panggang  dan banyak lagi.

Buffet Ramadan 2024 : Warisan Ibunda di Hotel Concorde, Shah Alam

Buffet Ramadan 2024 : Warisan Ibunda di Hotel Concorde, Shah Alam

Jom kita lihat menu-menu lain yang terdapat di Buffet Ramadhan 2024, Warisan Ibunda di Hotel Concorde Shah Alam.

Buffet Ramadan 2024 : Warisan Ibunda di Hotel Concorde, Shah Alam

Buffet Ramadan 2024 : Warisan Ibunda di Hotel Concorde, Shah Alam

Buffet Ramadan 2024 : Warisan Ibunda di Hotel Concorde, Shah Alam


Buffet Ramadan 2024 : Warisan Ibunda di Hotel Concorde, Shah Alam

Menarik bukan menu untuk berbuka puasa di sini? In shaa Allah anda yang datang ke sini nanti akan berpuas hati dengan menu-menu yang disediakan.

AGIHAN BUBUR LAMBUK TAHUNAN

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Hotel Concorde Shah Alam mengedarkan Bubur Lambuk mereka yang terkenal, yang mana telah menjadi tradisi sejak 20 tahun lalu. Pihak pengurusan dan tuan rumah hotel berkumpul sambil mengalu-alukan kehadiran orang ramai yang datang untuk menerima Bubur Lambuk percuma.

Buffet Ramadan 2024 : Warisan Ibunda di Hotel Concorde, Shah Alam

Penyediaan Bubur Lambuk disediakan oleh kepakaran chef hotel dengan bantuan daripada pihak pengurusan dan hos. Penyediaan bermula seawal jam 7 pagi dengan 200 kg beras, dan banyak lagi bahan lain yang dimasak dalam periuk besar. Jumlah paket diedarkan dalam beberapa jam. Masyarakat Shah Alam telah beratur sejak awal pagi jam 11 pagi untuk mendapatkan Bubur Lambuk kami.

Pengagihan bermula di jalan masuk hotel pada 12 tengah hari 6 Februari 2024 sehingga semua pakej Bubur Lambuk diagihkan kepada masyarakat. 

"Seperti biasa, jalan masuk itu bertukar menjadi "drive-thru" untuk menderma juadah Ramadan kegemaran kami secara efisien. Pada jam 2 petang, kesemua 6,000 paket Bubur Lambuk berjaya diedarkan kepada orang ramai." 

kata Cik Amilia Alias, Pengarah Jualan dan Pemasaran.

HARGA BUFFET RAMADAN 2024 : WARISAN IBUNDA CONCORDE HOTEL SHAH ALAM

Baiklah, aku yakin dan pasti ramai yang ingin tahu berapakah harga bagi buffet Ramadan di Hotel Concorde Shah Alam. Berikut adalah harga bagi Early Bird dan juga harga asal Buffet Ramadan Hotel Concorde Shah Alam.

EARLY BIRD : Baucar Bufet Ramadhan Early Bird boleh dibeli dari SEKARANG hingga 11 Mac 2024 pada harga RM125 bersih setiap baucar.

Promo istimewa pada 3 hari pertama (12 -14 Mac 2024) dan 3 hari terakhir (07 - 09 April 2024) harga Buffet Ramadan Warisan Ibunda pada RM125 bersih setiap dewasa dan RM 65 bersih setiap kanak-kanak (5-12 tahun). Tidak terpakai untuk warga emas).

Hari biasa dari 14 Mac hingga 6 April 2024. Harga bufet Ramadan Warisan Ibunda :

  • RM149 bersih seorang dewasa
  • RM 75 bersih setiap kanak-kanak (5-12 tahun)
  • RM 115 bersih setiap warga emas

Buffet Ramadan 2024 : Warisan Ibunda di Hotel Concorde, Shah Alam

BUFFET SAHUR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM

Hotel Concorde Shah Alam juga menawarkan bufet Sahur dari 12 Mac - 09 April 2024 di Melting Pot Cafe dari 3.30 pagi hingga Imsak. Harganya ialah:

  • RM 66 bersih seorang dewasa
  • RM 33 bersih setiap kanak-kanak (5-12 tahun)

Di samping itu, pada penghujung Ramadan, menjamu selera untuk meraikan hari raya pertama dan kedua dengan Bufet Hi-Tea pada harga RM95 bersih setiap dewasa dan RM 45 bersih setiap kanak-kanak (5-12 tahun)

Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan meja, hubungi kami di 603-5520 8000 atau
e-mel yasanthi@concorde.net

PROMOSI BILIK RAMADAN DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM

Bagi mereka yang ingin berehat di hotel pada bulan Ramadan, promosi bilik Ramadan daripada RM 188 bersih setiap bilik setiap malam (Bilik Sahaja), atau daripada RM238 bersih setiap bilik setiap malam termasuk bufet sarapan pagi untuk 2 orang untuk bukan Islam atau sahur untuk tetamu muslim.

Tempoh tempahan: SEKARANG - 14 April 2024
Tempoh Penginapan : 1 Mac - 14 April 2024

Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan meja, hubungi kami di 603-5520 8000 atau e-mel shah@concorde.net

HOTEL CONCORDE SHAH ALAM


LOKASI : 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam, Selangor
HUBUNGI :  0355208000

FACEBOOK : https://www.facebook.com/concordehotelshahalam/
INSTAGRAM :  https://www.instagram.com/concordehotelshahalam/

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!