Shopee Affiliates Dukung Ketulenan & Pemperibadian pada 2024

Aerill Hassan
1
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Shopee Affiliates Dukung Ketulenan & Pemperibadian pada 2024 

Ahli affiliate memainkan peranan utama dalam memupuk kepercayaan dan hubungan antara pengguna Malaysia

Shopee,  platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menjalankan tinjauan “Menyokong Perdagangan Inklusif 2024” yang disertai oleh lebih 3,000 ahli affiliate, mendedahkan sentimen positif menyeluruh terhadap tahun ini. Hasil tinjauan ini mengetengahkan trend terhadap memanusiakan kandungan dan meningkatkan pengalaman mengasyikkan dalam strim langsung. 

Shopee Affiliates memainkan peranan utama dalam membentuk persepsi pengguna. Tinjauan mendedahkan bahawa lebih dua pertiga ahli affiliate teruja untuk mencipta kandungan yang lebih berperibadi dan menekankan keterlibatan tulen dan jujur. Trend ini dapat diperlihat dengan kenaikan sebanyak 420% dalam pesanan yang dipacu ahli affiliate tahun lalu, dengan lebih 60,000 ahli affiliate baharu menyertai ekosistem Shopee pada 2024 setakat ini. 

Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata 

“Kami ada ahli affiliate cemerlang yang telah memacu kenaikan trafik luar biasa lalu meminjam kebolehan mereka ini kepada penjual tempatan dan jenama melalui kandungan berkualiti yang menepati cita rasa rakyat Malaysia. Dalam kita melangkah masuk tahun 2024, masanya sudah tiba untuk kita dukung ketulenan dan pemperibadian. Tinjauan kami menyokong trend ini, dengan 75% ahli affiliate kami menyatakan keinginan mereka untuk memanusiakan pengalaman e-dagang dan mahu untuk berhubung dengan pelanggan melalui cerita dan pengalaman jujur.” 

Shopee Affiliates Dukung Ketulenan & Pemperibadian pada 2024

Tinjauan ini mengetengahkan peralihan terhadap menggunakan Shopee Live, dengan 93% ahli affiliate menyatakan keinginan untuk berkembang melalui platform ini. Tambahan lagi, 87% responden yang ditinjau merancang untuk menjalankan lebih banyak strim langsung dan menggunakan ciri interaktif seperti undian (poll) untuk mencipta pengalaman penonton yang dinamik sementara 94% menjangkakan keterlibatan lebih ramai pengguna tempatan dalam platform. 

“Ahli affiliate kami adalah suara dan penentu trend komuniti mereka. Mereka mempunyai kuasa untuk menyebarkan kepercayaan dan hubungan dengan penonton luar daripada platform digital. Mengembangkan ekosistem kami untuk menyokong e-dagang merupakan keutamaan kami. Kami percaya dengan kuasa ahli affiliate dalam memacu naratif penting dan memberi impak dan membekalkan penjual tempatan satu platform untuk mereka terus berkembang,” 
tambah Soh. 

Ahli affiliate semakin mengenal pasti potensi strim langsung, dengan peningkatan 500% dalam pesanan strim langsung pada tahun lalu. Mereka nampak nilai strim langsung dalam menjana keterlibatan pengguna melalui interaksi secara langsung dan kebolehannya untuk membuat jualan serta-merta.

Shopee Affiliates Dukung Ketulenan & Pemperibadian pada 2024

Celeste Phuah, salah seorang penstrim langsung Shopee Affiliate terbaik menekankan kepentingan ketulenan dalam sesi strim langsung, 

“Saya selalu jujur apabila bercakap tentang produk sesuatu jenama. Saya berkongsi pendapat jujur tentang kualiti, dan begitulah cara saya mencipta kepercayaan bersama pengikut saya. Sebelum mempromosi produk penganjur, saya memastikan saya sendiri cuba dahulu produk tersebut. Dengan cara ini, saya dapat memastikan ianya berguna untuk penonton dan mampu milik.”

Celeste merupakan salah seorang ahli affiliate yang menggunakan ketulenan dan pemperibadian melalui Shopee Live. Celeste memudahkan perjalanan membeli-belah buat lebih kurang 36,000 rakyat Malaysia luar bandar yang mahukan kemudahan dalam talian setiap hari. Sepanjang enam bulan yang lalu, Celeste telah mempermudahkan penebusan lebih enam juta baucar diskaun di seluruh platform. Melalui sesi pendidikan Shopee Live, Celeste memanusiakan e-dagang, menjelaskan kesulitan platform dan baucar kedai untuk memperkasakan pengguna.

Shopee Affiliates Dukung Ketulenan & Pemperibadian pada 2024

Rita Zafran, ahli affiliate Shopee cemerlang, berkongsi,

 "Hubungan saya bersama penonton dibina berdasarkan minat yang dikongsi bersama dan cabaran harian, seperti menyediakan makanan tengah hari anak-anak untuk dibawa ke sekolah dan menyusun beg sekolah anak. Tujuan utama saya adalah untuk mengenal pasti produk yang betul-betul memenuhi keperluan penonton. Pada 2024, saya percaya strim langsung bakal menjadi trend utama buat para affiliate. Saya menyertai strim langsung untuk berinteraksi dengan penonton secara langsung, menjawab persoalan mereka, dan mempromosi produk yang saya sedang guna.”

Sejak Rita berstrim langsung pada 2024, Rita berhubung dengan penggunanya dengan berkongsi tentang produk rumah dan gaya hidup, dan tudung yang selalu dipakainya. Rita menjelaskan tentang produk-produk ini dengan gaya supaya pengguna boleh bertanya secara terbuka tentang apa jua soalan yang mereka ingin tahu. Dalam ruangan komen, Rita menjawab soalan seperti “Dimanakan Rita beli bekas makan tengah hari?”, “Adakah tumbler ini boleh mengekalkan kepanasan?” dan “Bolehkan Rita berkongsi tips untuk menggayakan tudung?”, dimana ianya membolehkan Rita memanusiakan kandungan e-dagangnya. 

Kajian “Menyokong Perdagangan Inklusif 2024” adalah sebahagian daripada siri kepimpinan pemikiran Shopee. Pemahaman berdasarkan data ini menunjukkan bagaimana Ahli Affiliate Shopee mempunyai peluang unik untuk membina hubungan yang membawakan manfaat bersama dan memacu kesetiaan pelanggan terhadap jenama dan penjual tempatan. 

SEKIAN

إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!