Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

Aerill Hassan
1
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, sekarang kita sudah hampir berada di pertengahan Ramadan. Bagaimana dengan puasa anda? Masih cukup? Alhamdulillah, baiklah, kali ini aku nak kongsikan satu tempat menarik yang mana bagi aku ramai yang tak tahu iaitu Taman Agroteknologi MARDI Langkawi.

Ya, baru-baru ini aku sertai FAM TRIP ke Langkawi dan Taman Agroteknologi MARDI Langkawi merupakan antara lokasi yang kami singgah dan lakukan aktiviti. In shaa Allah dalam artikel ini aku akan kongsikan pengalaman aku di sini. Selamat membaca.

{tocify} $title={KANDUNGAN}

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI LANGKAWI

Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

Taman Agroteknologi MARDI Langkawi merupakan salah satu produk pelancongan yang terkenal di Langkawi. Ianya sering menerima kunjungan pelawat dari dalam dan luar negara. Taman seluas 27.39 hektar ini dibuka kepada umum bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai penggunaan teknologi moden dalam industri pertanian di Malaysia. Terkenal dengan ladang buah buahan yang terdiri dari pelbagai jenis dan bercirikan komersil.

Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

Anda akan di bawa mengelilingi Taman ini dengan menaiki pengangkutan yang disediakan. Jika anda berminat mengenai tumbuhan herba, di sini juga ada. Setelah penat melihat keseluruhan kawasan taman, anda akan dibawa di satu perhentian bagi menikmati buah-buahan tempatan.

AKTIVITI DI TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI LANGKAWI

Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

Sampai sahaja di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi, kami terus ke kaunter tiket. Seterusnya kami menaiki tram membawa kami melihat kawasan sekitar yang sememangnya sangat luas. Boleh dilihat pelbagai jenis tanaman dan ladang yang terdapat di sini.

AKTIVITI MENANAM POKOK

Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

Aktiviti pertama yang kami lakukan adalah menanam pokok. Pokok buah ajaib. Anda pernah dengar tentang buah dan pokok ini? Dikatakan buah ini dapat menukar rasa masam menjadi manis. Sangat sesuai bagi mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan sebagainya, kerana apa-apa yang masam akan menjadi manis selepas makan buah ini.

MENDAKI BUKIT / MENELUSURI HUTAN

Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

Ya, di dalam kawasan Taman Agroteknologi MARDI Langkawi ini terdapat laluan hutan yang mana anda boleh melihat pelbagai jenis herba dan pokok-pokok ubat. Memang menarik. Jangan risau, laluannya mudah sahaja, terdapat kawasan bertangga dan juga tidak bertangga. 

Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

FLYING FOX / FISH FEEDING

Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

Setelah penat mendaki, pendakian berakhir di kawasan berdekatan dengan tasik atau kolam. Di dalam kolam ini terdapat beberapa jenis ikan, dan anda boleh memberi makanan kepada ikan-ikan yang sentiasa lapar macam aku sendiri.

Selain itu, terdapat juga aktiviti Flying Fox. Anda akan menaiki menara yang agak tinggi dan akan 'terbang' sehingga ke penghujung tasik. Memang kelihatan seronok. Untuk aktiviti ini, anda perlu membayar RM25 untuk dewasa manakala kanak-kanak adalah RM 18 sahaja. 

Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

BUFFET BUAH

Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

Selepas penat dengan akviti-aktiviti di atas, kami meneruskan perjalanan dengan menikmati pelbagai hidangan buah-buahan yang enak. Ya, mungkin ada yang beranggapan kalau bukan musim buah, buah apa sahaja yang ada. Jangan risau, Malaysia dikurniakan tanah dan cuaca yang baik untuk tanaman-tanaman dan buah-buahan yang tidak bermusim.

Banyak juga buah yang kami makan, termasuklah limau bali, nenas, mempelam, tembikai merah, tembikai kuning, nangka dan sebagainya. Memang puas dan mengenyangkan serta sihat!

Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

Sebenarnya terdapat beberapa lagi tarikan di sini yang kami tak sempat nak lawati kerana masa sangat mencemburui. Antaranya adalah rumah anggur, bunny house, kandang rusa dan sebagainya. Mungkin perlukan satu hari suntuk untuk habiskan masa di sini sahaja.

HARGA TIKET MASUK KE TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI LANGKAWI


Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

Berikut merupakan harga tiket masuk ke Taman Agroteknologi MARDI Langkawi. Terdapat perbezaan harga bagi warganegara dan juga bukan warganegara ya. 

JENIS TIKETDEWASAKANAK-KANAK
WARGANEGARA (MYKAD)RM 15RM 8
BUKAN WARGANEGARA (TANPA MYKADRM 40RM 25

Harga tiket yang ditawarkan bagi aku sangat berpatutan dengan aktiviti dan lawatan yang boleh dilakukan di sini. 

PROGRAM REPLANTING : MINGGU HIJAU LANGKAWI 1.0

Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

Taman Agroteknologi MARDI Langkawi akan melaksanakan program Replanting (Green Tourism) bagi Minggu Hijau Langkawi 1.0. Program ini terbuka kepada semua pada 26 Mei 2024 ini. 

Pelbagai program yang menarik yang akan di adakan berkaitan pertanian dan kehijauan. Selain itu, anda berpeluang membina kenangan anda di Langkaw dengan menyumbang bagi program penghijauan semula ini dengan hanya membeli pakej serendah RM150 sahaja dan nama anda akan di abadikan bersama pokok yang di sumbangkan. 

Meneroka Keindahan dan Kepelbagaian di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi!

Bila anda datang ke Langkawi sekali lagi, anda boleh tunjukkan kepada kawan kawan dan keluarga anda pokok yang telah anda sumbangkan. Jom sama sama ambil bahagian menghijaukan kembali bumi kita ini. Replanting, Go Tourism untuk Minggu Hijau Langkawi. 

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI LANGKAWI


LOKASI : 1, Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

HUBUNGI : 04-953 2551
EMEL : lgkagro@mardi.gov.my

LAMAN SESAWANG : https://www.mardi.gov.my/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/MARDILangkawi/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/mardilangkawiofficial/


QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di qttgroup.management@gmail.com dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!