Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

Aerill Hassan
1
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak teruskan lagi cerita tentang lokasi menarik ketika TRIP KE LANGKAWI baru-baru ini. Memang banyak sebenarnya lokasi dan tempat yang kami lawati serta aktiviti yang kami lakukan. Untuk kali ini aku nak ceritakan tentang sebuah tarikan terbaru di Langkawi iaitu Lion Marine Langkawi!

Nak tahu apa itu Lion Marine, apa aktiviti menarik dan harga serta pakej yang ditawarkan, jangan lupa baca artikel ini sehingga penghujung ya! ✌

{tocify} $title={KANDUNGAN}

MENIKMATI KEINDAHAN TERSEMBUNYI DI LION MARINE, PULAU SINGA BESAR, LANGKAWI

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

Lion Marine merupakan tarikan terbaru di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Singa Besar. Sebuah kawasan dengan keluasan setengah ekar dibangunkan menempatkan pelbagai aktiviti dan tarikan menarik untuk pengunjung.

Untuk maklumat, Pulau Singa besar merupakan antara pulau utama bagi gugusan kepulauan Langkawi. Terletak di bahagian selatan Pulau Langkawi dan disebelah barat Pulau Dayang Bunting. Jarak dari Pulau Singa Besar ini dari Kuah adalah dalam sekitar 17 kilometer sahaja. 

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!
Bergambar di Jeti Teluk Baru Sebelum Menaiki Bot Ke Lion Marine

SEJARAH PULAU SINGA BESAR

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Lion Marine, aku rasa ada baiknya aku kongsikan serba sedikit tentang sejarah Pulau Singa Besar.

Mengikut legenda dan mitos, Pulau Singa Besar mendapat nama daripada penjaga pulau ini yang dikenali sebagai Mambang Sari, yang menghimpunkan singa di pulau ini untuk menjaganya. Mambang Sari sudah pastinya merupakan mitos dan cerita dongeng yang sama hebat dengan kisah Pulau Dayang Bunting. Pulau Singa Besar juga digandingkan bersama dengan pulau kecil diutara iaitu Pulau Singa Kecil. Antara pulau kecil lain di sekitar pulau ini adalah seperti Pulau Jong di sebelah timur Tanjung Pekula dan Pulau Chupak di sebelah tenggara Tanjung Genting. 

LION MARINE LANGKAWI

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

Lion Marine Langkawi diuruskan oleh Lion Marine Agency dan secara rasminya beroperasi pada 4 Februari 2024. Beberapa fasiliti telah dibangunkan serta beberapa aktiviti menarik telah dirangka untuk menarik pengunjung untuk datang ke sini melihat keindahan alam dan dalam masa yang sama mensyukuri ciptaan Tuhan. 

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

Alhamdulillah, pada hari kedua kami di Langkawi, berjaya juga kami tiba di Lion Marine Langkawi. Perjalanan bermula di Jeti Teluk Baru, Langkawi dan kemudiannya menaiki bot selama 10 sehingga 15 minit menuju ke Jeti Lion Marine. Sampai sahaja ke sana, aku dapat lihat keindahan alam yang begitu cantik, dengan jeti yang dibina kukuh memanggil-manggil pengunjung untuk datang beriadah dan sebagainya. 

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

OOTD DI LION MARINE !

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

Memang banyak port OOTD menarik di sekitar kawasan Lion Marine ini. Kami agak bertuah kerana tiba di waktu orang masih tidak ramai, jadi dapatlah bergambar sepuas-puasnya. Setelah beberapa minit berlalu, tiba pula sekumpulan yang agak besar, datang ke sini untuk melakukan aktiviti.

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!


MAKAN BBQ !

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

Alhamdulillah, setelah tiba dan bergambar di persekitaran Lion Marine, kami menikmati juadah yang disediakan oleh staff Lion Marine yang bertemakan BBQ! Memang sedap makan berdekatan dengan pantai dan laut. Antara menu yang kami makan adalah seperti sate ayam, ayam bakar, sotong bakar, udang bakar dan sebagainya. Memang sedap!

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!


SNORKELING !

Selesai makan dan berehat sebentar, tibalah masa untuk aktiviti seterusnya iaitu Snorkeling. Ya, Lion Marine juga menawarkan aktiviti snorkeling, yang mana pengunjung akan dibawa melihat antara batu karang yang terdapat di sekitar persisiran laut di sini. 

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

Alhamdulillah, setelah masing-masing puas berendam dan sebagainya, masa pun telah menghampiri waktu petang bermakna kami harus pulang ke pulau besar untuk lokasi berikutnya. 

APA YANG MENARIK DI LION MARINE !

Baiklah, setelah melakukan beberapa aktiviti di sini termasuklah termenung di tepi pantai melihat masa depan yang masih samar-samar, berikut adalah antara perkara yang aku rasa menarik di Lion Marine.

✅ Aktiviti Snorkeling
✅ Cafe
✅ Makan BBQ Enak Betul !
✅ Port OOTD 
✅ Kemudahan Mandi / Tandas
✅ Privasi

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

Ya, fasiliti disini bagi aku agak lengkap. Terdapat sebuah kafe yang menjual minuman dan makanan kepada pengunjung dan harganya adalah berpatutan dengan lokasi di sini. Lagi menarik sebab kafe ini menerima pembayaran QR dan juga tunai. Mudah sebab ada orang yang tak bawa tunai ketika travel. (Aku lah tu)

Selain itu, terdapat juga tandas dan bilik air. Cuma mungkin boelh ditambah lagi bilangan tandas dan bilik air ini dan mungkin di'selesa' kan lagi untuk kegunaan pengunjung.

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

Selain boleh snorkeling, pengunjung juga boleh mandi manda di pantai, membuat istana pasir, healing melihat laut yang indah dan sebagainya. Untuk mereka yang kaki bergambar, jangan risau dekat sini ada banyak tempat untuk bergambar. Jangan lupa untuk ambil gambar bersama singa yang menjadi maskot kawasan ini!

Lion Marine ini juga mementingkan kebersihan dan penjagaan kawasan sekitar pulau. Setiap hari sampah yang dihasilkan akan dibawa keluar dan dilupus di tempat lain. Pembakaran adalah tidak dibenarkan untu menjaga ekosistem dan sebagainya. 

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!

PAKEJ MENARIK DITAWARKAN LION MARINE AGENCY

Lion Marine Langkawi ini diuruskan oleh Lion Marine Agency dan pejabat mereka berada berdekatan dengan Jeti Teluk Baru. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan anda boleh lah meghubungi En Hisham bin Yen, Pengurus Besar Lion Marine Agency di +6012-434 8400.

PAKEJ A (RM65) & PAKEJ B (RM85)

🦁 Island Hopping at Lion Marine (Boat Island Tour)
🦁 Naik ke Tasik Dayang Bunting
🦁 Eagle Watching
🦁 Melawat Pulau Singa Kecil
🦁 Untuk pakej B, disediakan Snorkeling gear & Life Jacket

COMBO (RM130)

🦁 Naik ke Tasik Dayang Bunting
🦁 Eagle Watching
🦁 Melawat Pulau Singa Kecil
🦁 Lion Marine
🦁 Snorkeling & life jacket
🦁 Termasuk BBQ

PAKEJ PREMIUM (RM168)

🦁 Pulau Dayang Bunting
🦁 Echo Island, Pulau Selat Akar
🦁 Pirate Island, Kubang Laut
🦁 Fun Fishing (Ikan air laut) bawa ke Lion Marine Langkawi, untuk dimasak
🦁 Eagle Watching 
🦁 Pulau Singa Kecil 
🦁 Pulau Singa Besar 

Untuk setiap pakej ini tiada jumlah minimum peserta dan semua pakej ini kebiasaannya mengambil masa sekitar 4 jam lebih dan untuk setiap hari terdapat dua trip sahaja. Melihat kepada aktiviti dan harga yang ditawarkan, memang sangat berpatutan ya!

Menikmati Keindahan Tersembunyi di Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi!
Bergambar di Jeti Teluk Baru Sebelum Ke Lokasi Berikutnya

LION MARINE LANGKAWI



LOKASI : Lion Marine, Pulau Singa Besar, Langkawi

HUBUNGI : +6012-434 8400 (En Hisham bin Yen)

WAKTU OPERASI : 9.00 pagi sehingga 6.00 petang

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/lionmarinelangkawi/


QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di qttgroup.management@gmail.com dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

Post a Comment

1Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!